IKLAN

Ahad, 7 Ogos 2011

Bapa Mohon Bantuan Rawat Anak Khunsa

KUALA TERENGGANU - Tatkala umat Islam lain bergembira menyambut Ramadan dengan pelbagai juadah berbuka puasa, seorang bapa di Kampung Tuan Chik Haji di sini, hanya mampu termenung mengenang nasib anaknya yang menghidap penyakit ketumbuhan buah pinggang.

Bagi Marzuki Rani, 50, seorang nelayan dengan pendapatan tidak menentu saban bulan, Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak membawa sebarang pengertian apabila seorang daripada 12 anaknya disahkan menghidap penyakit berkenaan, selain memiliki dua kemaluan, atau lebih tepat khunsa.

Anaknya, Muhammad Aidiel Ashraf Mustaqin Marzuki, 5, perlu diberi rawatan rapi walau apapun halangan yang terpaksa dihadapi, termasuk kekangan kewangan.

Marzuki berkata, penyakit anak kesebelasnya itu mula dikesan apabila darah keluar ketika Muhammad Aidiel membuang air kecil sekitar Oktober tahun lepas.

“Isteri saya, Rokiah Nasir, 41, mendapati kencing anak kami berdarah, lalu membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pembedahan,” katanya ketika ditemui semalam.

Marzuki berkata, mulai saat itu, dia sering kesuntukan duit kerana terpaksa berulang alik merawat anaknya di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Sepanjang tempoh pembedahan dan menjalani rawatan susulan anak di HKL pada 20 November lepas, saya terpaksa mencari duit sehingga RM12,000 untuk makan minum dan tambang,” katanya.


Bedah enam minggu lagi

Menurutnya, Muhammad Aidiel kini mendapat rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dua kali seminggu, iaitu pada Ahad dan Khamis, untuk memasukkan ubat kemoterapi bagi menghilang rasa sakit dan tidak bermaya anaknya itu.

“Setiap kali isteri saya pergi di HUSM Kubang Kerian, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM300 dan RM500 untuk kemoterapi dan perbelanjaan makan minum serta tambang perjalanan.

“Saya cuma nelayan, mana nak dapatkan duit sebanyak itu setiap kali pergi mendapatkan rawatan di sana,” katanya.

Marzuki juga berkata, memandangkan Muhammad Aidiel khunsa, seorang doktor mengesyorkan anaknya itu menjalani pembedahan membuang kemaluan perempuan dan ia dijangka dilakukan dalam tempoh enam minggu lagi.

Bagaimanapun, dia tidak tahu di mana pembedahan itu akan dilakukan kerana belum dimaklumkan doktor.

Selain itu, Muhammad Aidiel berdepan masalah mata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyakit ketumbuhan buah pinggang yang dihidapnya.

Marzuki berkata, dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan.

“Walaupun dapat bantuan daripada JKM, ia masih belum cukup untuk saya merawat anak. Saya cuba juga minta bantuan daripada sumber lain, namun sehingga kini masih hampa,” katanya sayu.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Marzuki menerusi talian 019-9812337. BERNAMA

Sabtu, 6 Ogos 2011

Lapan Makanan Penjana Kesihatan Lelaki

Dalam bab makanan, wanita memerlukan nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara.  Lelaki juga begitu, mereka memerlukan makanan yang mempunyai nutrien tertentu untuk membantu mencegah kanser prostat dan sebagainya.

Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki.  Di bawah ini disenaraikan lapan makanan yang bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk lelaki:

3
1.  Tiram
Tiram mengandungi zink yang berkuasa untuk memperbaiki sel tubuh.    Ianya mempu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat.  Ia juga mampu untuk memelihara sistem reproduksi lelaki termasuk penghasilan sperma.

2.  Pisang
Pisang mengandungi potassium, magnesium dan vitamin B6 yang tinggi.  Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah.  Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok.  Vitamin B6 pula mampu meningkatkan sistem imun tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan meningkatkan metabolisma protein dalam tubuh.

3.  Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin C, beta kerotina, potassium dan sulphoraphane.  Sulphoraphane mengandungi zat antikanser.  Menambahkan brokoli dalam menu harian dapat membantu mencegah kanser kolon dan kanser prostat.  Kajian yang dijalankan di Universiti Harvard mendapati, amalan memakan kubis dan brokoli mampu menghalang serangan kanser pundi kencing di kalangan lelaki.

brazil nut shelled 300x300 Anti Aging Food


 4.  Kacang Brazil
Kacang besar dari Brazil memiliki magnesium dan antioksidan yang berkuasa untuk mencegah penyakit jantung dan kanser selain memelihara kesihatan prostat.  Manakalai selenium yang terdapat dalam kacang tersebut dapat membantu mengurangkan kadar LDL, sejenis kolesterol tidak baik di dalam tubuh.

 5.  Sayuran bewarna oren        
Vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam sayuran bewarna oren seperti labu dan lobak merah adalah antioksidan yang baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.  Sebagai agen penghasilan kulit sihat, vitamin C menghasilkan kalogen, manakala beta kerotina pula mengandungi vitamin A yang membantu memperbaiki sel kulit.

6.  Stik sirloin
Stik sirloin mengandungi zat besi yang tinggi.  Zat besi ini sangat penting dalam membantu tubuh membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh.  Stik sirloin juga adalah pembekal protein yang baik.

7. Ikan
Ikan seperti ikan salmon, tuna (tongkol) dan mackerel kaya dengan omega 3 dan vitamin D yang berkhasiat untuk mencegah kanser, diabetes jenis 2, sakit tulang dan tekanan darah tinggi.  Omega 3 juga berkuasa untuk menurunkan paras lemak dalam darah, mengurangkan sakit kepala dan mengubati arthritis.

8.  Beri dan ceri
Semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh.  Amalan memakan beri dan ceri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia.

(sumber)

Khamis, 4 Ogos 2011

Mentega 'Golden Churn' ada DNA babi


KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.-Bharian
 


Sesiapa yang telah termakan kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega ini. banyak-banyakkan beristighfar kepada Allah....  KS
 
 
 
 
 
Kesan DNA babi

TAK HALAL... sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.


KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.


“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya. -HM (gb)

Rabu, 3 Ogos 2011

Khasiat tembikai susu - ideal untuk diet

Khasiat tembikai susu :
  1. Mengandungi potassium.  Pottasium mampu mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
  2. Bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah sodium.  Ciri-ciri ini dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
  3. Kandungan air yang banyak di dalam tembikai susu mampu membantu melembabkan kulit  dan membuatkan individu bertenaga walaupun di dalam cuaca panas.
  4. Mengandungi vitamin C yang tinggi.  Kandungan vitamin C ini dapat membantu mencantikkan kulit dan menyihatkannya.  Ia juga mampu melindungi diri individu daripada serangan penyakit.
  5. Ia mengandungi provitamin A, zink dan enzim-enzim penghadaman yang berkualiti. (sumber)

Jus Tembikai Hapuskan Toksin


Dengan mengamalkan meminum jus tembikai akan dapat membantu melancarkan pengaliran darah.  Ia juga dapat membantu menghapuskan kesan-kesan toksin dalam darah.  Ia amat bermanfaat bagi pengidap artritis, gout serta individu yang mengalami keracunan uremik yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam tubuh.

Jus tembikai juga mempu memberi tenaga dan kekuatan pada warga emas.  Ia juga mampu memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi individu yang baru menjalani pembedahan.

(sumber)

Ciku - Penawar Buasir

 
Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir).  Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan. 

Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.  Sering memakan buah ciku juga dipercayai  dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser.  Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium.
 
(sumber) 

Khasiat Biji Selasih

Biji selasih iaitu biji-biji kecil yang kelihatan seperti telur katak sering dicampurkan ke dalam minuman sejuk terutamanya laici kang dan juga beberapa minuman sejuk yang lain.  Adakah anda tahu, biji selasih sebenarnya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.  Di antara khasiatnya adalah:


  1. Dapat mengurangkan panas badan.
  2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
  3. Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
  4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
  5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
  6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
  7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik