IKLAN

Selasa, 2 Ogos 2011

Hitler Dan Kartun Pun Tahu Tentang Aurat Wanita

 




13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

image
Salam. 
Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

:Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. 
Hanya sekadar renungan..Pada Bulan yang mulia ini elok kita berubah kepada yang lebih baik .. takut entah esok  lusa kita dijemput Ilahi.


Kataku: Tak semua yang bertudung itu baik.. tapi kebiasaannya  wanita yang bertudung itu orang-orang baik.Wallahu A'lam.

Ashraf @ Aleesha Sudah Pergi.. Usah Mencemuh Ambil ia Sebagai Tauladan

Kuala Terengganu – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.

Gambar: ABDUL AZIZ Ahmad memerhatikan isterinya yang hanya mahu di kenali sebagai Mak Yah menyiram air mawar ke atas pusara Mohd. Ashraf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.

Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.

Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.

“Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam. -kosmo


Ashraf gagal jadi Aleesha selamat dikebumikan


Ibu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil Aleesha yang meninggal dunia awal pagi tadi, terkilan anaknya itu tidak sempat mencuba baju kurung baru yang ditempah untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri nanti.


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz transexual"Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari, dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.


"Namun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci di baju tersebut dan memakai baju kurung warna merah hati itu," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Yah, 51, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).


Mohd Ashraf Hafiz, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.


Allahyarham yang mengalami kemurungan dikejarkan anggota keluarga ke ospital pada 3 pagi kelmarin setelah mengalami muntah teruk. Dia disahkan engalami masalah serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with ardiogenic shock' dan tekanan darah rendah.


Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan permohonan untuk menukar nama di dalam MyKad epada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.


Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti kempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.


Tak sempat


Bagaimanapun, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan itu setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.


Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaMenurut ibunya lagi, sebelum meninggal arwah anaknya selalu menyebut perkataan 'tidak sempat'.


"Arwah selalu menyebut perkataan tidak sempat nak berjumpa ahli keluarga, tak sempat nak raya, tidak sempat nak perbaharui lesen memandu dan tidak sempat memakai baju kurung yang baru ditempahnya," katanya.


Sementara itu ayah Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu dan menganggap mungkin itu yang terbaik untuk Allahyarham.


"Dia seorang anak yang baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga. Semasa menghembuskan nafas terakhir, saya, ibunya dan dua adiknya ada di sisi," katanya.


Katanya bedah siasat di hospital itu mengambil masa kira-kira sejam setengah.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam


Seberang Takir 4.30 petang tadi dengan dihadiri sanak saudara dan rakan-rakannya.


Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau hospital HSNZ dan sekali lagi d Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir. - Bernama

Kataku:Al Fatihah buatnya. Begitulah...dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali , agar rohnya dan roh kita nanti diterima sebagai hambaNya..Bagi sesiapa yang terdetik nak buat benda yang sama baik kalian fikir 100kali.. tanyalah Ulama dan  yang pakar bukan pada orang yang sejenis anda. Kalau dah terlanjur bertaubatlah .Selagi kita Masih Hidup peluang masih ada. RahmatNya lebih luas dari KemurkaanNya .Lawat disini  JabatanKebajikan dan E-fatwa

Kurma JORDAN RIVER Rupa-Rupanya Dari ISRAEL

image

JANGAN BELI KURMA JORDAN RIVER
Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.
Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.
imageDalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.
Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

imageNamun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.
Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.
bukan saja kurma berjenama JORDAN RIVER..tetapi beberapa jenama kurma yang lain seperti di dalam gambar dibawah

image

 bukan apa..sekadar menasihati dan berpesan-pesan kepada semua..memang susah kita nak elak untuk membeli produk israel atau yahudi ni, kerana mereka juga antara pemegang ekonomi dunia terbesar..namun, kita akan meminimakan pembelian barangan dari Israel..semoga Allah memberikan keberkatan kepada kita dibulan ramadhan ini..

Pohon share atau sekadar “LIKES” untuk sebaran di facebook masing-masing supaya kita dapat sebarkan kepada kawan-kawan lain yang  tidak tahu..wallahu’alam..Petuakita

Isnin, 1 Ogos 2011

Mee Segera Perisa Babi 50 % Halal ? Gila Ke Ape Diorang Ni ?

meeyabi2

Orang Indonesia nie memang dah makin celaru kot. Halal pun boleh main peratus-peratus lagi. Perasa ayam babi tue.. Kreatif sampai buat sesuka hati. Pastu model letak minah porno Japan (Maria Ozawa). Memang comfrem ramai yang akan teruja untuk menikmatinya .

Nak kata terkejut tak jugak sebab kat Indonesia nie memang banyak benda-benda gila macam nie. Poning dah kepala memikirkan diaorang ni. Nasib baik Malaysia belum sampai tahap macam nie lagi. Bayangkan kalau kat Malaysia ada perisa kari babi. 
Memang bungkus terus syarikat tue kena boikot.( NN )

Sumber:Amazingnara.com

Khamis, 28 Julai 2011

4 Kasih Sayang Allah SWT Zahirkan Pada Orang Mukmin Di Bulan Ramadhan

http://up.foraten.net/uploads/2787928a44.jpg


1-Allah SWT anugerahkan rasa rindu dan cinta pada bulan Ramadhan untuk orang mukmin yang terpilih.
2- Allah SWT mendekatkan orang mukmin yang berada jauh daripada Allah SWT diluar bulan Ramadhan.
3- Allah SWT  menunaikan permintaan orang yang melakukan perkara haram diluar bulan Ramadhan tetapi bertaubat di bulan Ramadhan.
4- Allah SWT menunjukkan jalan Taubat atau jalan kebaikkan kepada mereka yang melakukan kejahatan diluar bulan Ramadhan ( Dengan kehendak dan pilihan Allah SWT ).

  (sumber)

Kataku: Nikmat yang yang paling besar dan indah adalah sabar..tanpanya hancurlah dunia ini.

Ngeri...Sukan Lumba Lari | Kaki Pelari Tertanggal !

SUKAN LUMBA LARI merupakan salah satu SUKAN yang sangat digemari ramai.. Namun terdapat juga kemalangan NGERI  yang berlaku ketika BERSUKAN. Kat sini aku nak syer satu kejadian ngeri yang berlaku pada seorang PELARI PECUT ketika tengah memecut dalam pertandingan SUKAN BALAPAN yang sangat hebakkk.. Kakinya terkehel bagaikan elastik yang sangat lembut dan lembik.. Sendi kakinya tertanggal ketika sedang berlari.. Jom kita saksikan gambar-gambar dalam gerak perlahan yang aku sediakan kat bawah nih..







 
P/s :Tuhan saja yang tahu akan kesakitan mamat ni.. Sungguh mengerikan bila tengok kaki PELARI tuh kan?? Huh! Korang rasa macam mana bila tengok gambar nih eek?? Terasa tak nyilunya??


( sumber )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik