IKLAN

Isnin, 2 Mei 2011

Isu Sumpah Laknat & Perlukah Dibalas Sumpah?


Sekali lagi isu sumpah berdengung hebat di dalam negara kita. Dalam peruntukan perundangan Islam, amalan sumpah wujud dengan syarat-syarat tertentu, bagi mensabitkan sesuatu dakwaan atau menolaknya. Apabila itu dilakukan, bermakna individu yang bersumpah sedang menyandarkan inti yang dikatakannya kepada Allah. Tindakan itu menjadikan inti yang didakwa atau bantah itu mempunyai suatu ‘weight’ menurut perspektif hukum Islam atau secara spiritual, malah juga mempunyai pengaruh di dalam menagih keyakinan dan kepercayaan hakim dan masyarakat umat Islam.


Ramai yang bertanya saya pandangan berkenaan sumpah yang dilakukan oleh orang-orang politik dengan bermotifkan politik tentunya. Sebenarnya, eloknya sokongan yang diinginkan tidaklah digunakan kaedah-kaedah Islam sebagai paltformnya. Ada yang berusaha untuk menjadikan satu peraturan dalam hukum Islam iaitu sumpah dengan nama Allah sebagai senjata dalam politik kepartian. Bagi saya,itu kurang sihat.

Bagi mereka yang sudi membaca dan menyelak lembaran artikel ini, saya nasihatkan agar membaca dengan tenang sehingga habis sebelum membuat sebarang tanggapan dan komentar. Itu perlu bagi mendapatkan gambaran jelas kandungan artikel ini.

WUJUDKAH SUMPAH LAKNAT DALAM HAL TUDUH ZINA?

Kembali kepada isu terkini iaitu ‘sumpah laknat’ yang dilakukan oleh Dato’ Eskay di dalam masjid tempohari sambil memegang dan mencium Al-Quran. Oleh kerana sumpah tersebut dilakukan atas dasar dan prinsip hukum agama, bagi dianggap sah dan mempunyai nilai, cara ia dilakukan mestilah disandarkan kepada dalil khusus dari Al-Quran atau Al-Hadis. Ia KEMESTIAN bagi memastikan sumbernya dalam hukum Islam dan betul pula cara pelaksanaannya.

Kedua hal tersebut mesti disemak sebelum inti sesuatu sumpah itu diterima oleh orang ramai dan pihak berkuasa sebagai mempunyai ‘sesuatu kekuatan’ untuk menyokong kes individu yang melakukan bersumpah.

Secara ringkasnya, membaca pandangan beberapa tokoh ilmuan tanahair dalam hal sumpah laknat ini, saya bersetuju dengan pandangan beberapa mereka yang secara ringkasnya berkata, sumpah yang dilakukan itu :-

1. TIDAK PERLU; disebabkan proses mahkamah perlu dinantikan bagi menjamin keadilan bagi semua pihak. Maruah adalah isu besar dalam Islam, justeru, setiap kes yang boleh memalukan dan tidak lagi dipastikan benar atau salah, mestilah dibicarakan secara adil di tempat perbicaraan yang tertutup.

2. TIDAK TERPAKAI; sumpah laknat dengan nama Allah itu tidak dikira terpakai atau sah, kerana sumpah laknat atau li’an hanya wujud untuk urusan suami isteri yang menuduh isteri pasangan mereka berzina, sebagaimana wujud peruntukan di dalam Al-Quran dalam surah an-Nur ayat 6-8. Ertinya :

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahwa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.” (An-Nur 6-7)

Justeru, sebarang tindakan mewujudkan sumpah laknat dalam hal menuduh zina individu lain adalah SATU TINDAKAN SALAH atau REKA CIPTA DALAM URUSAN AGAMA yang tidak dibenarkan oleh Islam. Ia ditegah oleh seluruh para ulama berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak, disebabkan ia memungkinkan individu secara bebas mencipta peruntukan baru tanpa sebarang basis atau sandaran dalil.

3. MENGELIRUKAN; Protokol sumpah tersebut dilaksanakan secara sangat mengelirukan dan ada juga yang kurang tepat, ini kerana bersumpah sambil memegang al-Quran bukanlah satu keperluan. Nabi bersabda :-

فمن كان حالفاً فليحلف بالله أو ليصمت

Ertinya : Barangsiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam sahaja (tidak bersumpah) (Riwayat Al-Bukhari)

Melakukannya di dalam masjid adalah HARUS menurut mazhab Hanafi dan Hanbali berdasarkan hadis nabi bahawa pernah kes kehakiman dan pertelingkahan serta sumpah laknat antara suami isteri dijalankan di masjid pada zaman Nabi s.a.w. ( rujuk Fath Al-Bari, 3/133 ; Syarah sohih Muslim An-Nawawi, 1/121 ).

Bagaimanapun mazhab Syafie menganggap melakukan urusan sumpah dan perbincangan pertikaian hak serta tuduh menuduh di dalam masjid adalah MAKRUH. (Fath al-Aziz, Al-Rafi’e, 8/165 ; Al-Muhazzab, Al-Shirazi, 2/293)

Apapun, kita tidak mahu, kaedah dan cara khususnya memegang Al-Quran ketika bersumpah dan dibuat di dalam masjid sedang telah wujud mahkamah, menjadi syarat dan kebiasaan masyarakat kita, hingga disalahfahami oleh ramai sehingga merasakan ia adalah kaedah dan cara sebenar pelaksanaan sumpah li’an. Sumpah laknat yang sebenarnya, perlu dilakukan di dalam proses mahkamah dengan empat kali, DIIKUTI yang kelima sumpah laknat dan IA TIDAK untuk tontonan dan sebaran awam.

4. Sumpah mubahalah juga tidak perlu dan tidak terpakai, kerana sumpah mubahalah memerlukan kedua-dua belah pihak untuk bertemu dan sama-sama bersetuju.

WALAUPUN BEGITU, SUMPAH BIASA MASIH SAH

Pun begitu, sumpah yang dikira terpakai dan sah dalam kes yang dirujuk adalah hanya sumpah biasa, bukan sumpah laknat. Sumpah biasa boleh dianggap sah apabila dimulakan dengan lafaz “wabillahi, wattallahi” atau salah satu antara lafaz tersebut juga sudah mencukupi.

Namun SUMPAH BIASA ini sepatutnya hanya dilakukan sesudahkan ‘bayyinah’ atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukan di mahkamah. Apakah bayyinah ini?

KEPERLUAN 'BAYYINAH' SEBELUM BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH

Di dalam Islam, setiap individu adalah dianggap TIDAK BERSALAH selagi belum dibuktikan bersalah. Prinsip ini datang dari pelbagai dalil dan disimpulkan oleh para ulama dalam kaedah dan dalil berikut :-

Hadis Nabi :-

لو يعطى الناس بدعواهم؛ لادعى رجال أموال قوم ودماءهم، ولكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر

Ertinya : Kalaulah diberikan (kebebasan) kepada manusia untuk mendakwa; nescaya akan akan individu yang mendakwa milikya harta satu kaum yang lain dan darah mereka, oleh itu (dalam Islam), Pembuktiaan menjadi tanggungjawab pertama ke atas pendakwa, dan (apabila telah sabit bukti), sumpah menolak adalah bagi mereka yang meningkari (bukti tadi). ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Kaedah Fiqh :

الأصل برآءة الذمة

Ertinya : Hukum asal (bagi semua individu) adalah bebas dirinya dari tanggungan.

Dan satu lagi kaedahnya :

اليقين لا يزول بالشك

Ertinya : Yakin ( iaitu asal semua individu sebagai tidak bersalah), tidak akan dapat dihilangkan oleh bukti-bukti yang bertaraf syak.

Juga satu prinsip yang berbunyi

ان الشك يفسر لمصلحة المتهم

Ertinya : Sesungguhnya sebarang keraguan ( tidak kukuh bukti dakwaan), akan ditafsirkan sebagai menyebelahi pihak tertuduh (untuk membuktikannya tidak bersalah)

Berkata Az-Zubaydi

قاعدة أصولية مفادها أن الأصل براءة ذمة المكلف عن التكليف المشكوك

Ertinya : Kaedah di atas adalah kaedah usul yang kandungannya menyatakan bahawa asal bagi semua individu yang mukallaf adalah bebas dari dakwaan & tuduhan yang diragukan. (Az-Zubaydi, Taj Al-Urus)

AL-BAYYINAH yang disebut di dalam hadis nabi di atas AMAT diperlukan bagi mewajibkan sumpah ingkar dan bantah dari tertuduh, tanpanya, sumpah tertuduh TIDAK WAJIB sama sekali.

Imam Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni (10/139) dan para ulama menjelaskan ringkasan bahawa untuk mendapatkan bayyinah, ia bergantung kepada kes yang dibawa seperti berikut :

1. Zina dan liwat

Syarat untuk penuhi bayyinah : Empat saksi adil atau pengakuan pelaku.

2. Hukum hudud yang lain seperti bunuh, qazaf, murtad dan lainnya.

Syarat untuk penuhi bayyinah : saksi dua lelaki adil dan sumpah dibenarkan.

3. Jual beli, dan lain-lain pertikaian melibatkan isu harta dan pemilikan kewangan

Syarat untuk penuhi bayyinah : dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua orang wanita ( sebagaimana disebut di dalam Al-Quran) dan sumpah dibenarkan.

4. Penyusuan, kelahiran, dara dan tamat iddah

Syarat untuk penuhi bayyinah : Seorang wanita yang adil.

Justeru, perlu ditegaskan dalam hal zina dan liwat, bagi menganggap bersalah, salah satu antara dua cara ini mestilah menjadi jalannya, iaitu :-

* IQRAR ATAU PENGAKUAN SUKARELA secara insaf oleh pelaku bahwa dia melakukan sesuatu kesalahan itu, sama ada mencuri, berzina, liwat, membunuh dan sebagainya. Sebagaimana yang dilakuakn oleh pemuda bernama Ma’iz bin Malik Al-Aslami di zxmaan Nabi Muhammad s.a.w
<--more--/>

* EMPAT SAKSI LELAKI YANG ADIL; Khusus bagi kes zina dan liwat, sesiapa yang menuduh mestilah membawakan empat orang saksi yang adil lelaki bagi mensabitkan kesalahan pada hukum Islam. Selagi tiada saksi sebegitu, kes MASIH BOLEH diadili tetapi IA BUKAN LAGI TERMASUK DALAM KES HUDUD BAGI SI TERTUDUH. Manakala yang menuduh tanpa empat saksi pula BAKAL DISABITKAN KESALAHAN QAZAF, penuduh hanya boleh terselamat dari hukuman qazaf (yang perlu dilaksanakan di dunia, jika tiada, hukumannya menanti di akhirat amat berat) apabila membawakan 4 saksi seperti di atas atau membawa kes tanpa 4 saksi secara senyap dan tertutup untuk perbicaraan di mahkamah. Di sana, hakim mahkamah akan menyemak semua bukti-bukti tambahan sama ada video, DNA, gambar dan sebagainya untuk beliau menjatuhkan sebarang keputusan di bawah peruntukan ta’zir.

LEPAS ‘BAYYINAH’, BARU KITA NANTIKAN BANTAHAN

Kerana asal setiap indiivdu TIDAK BERSALAH sehingga dibuktikan sebaliknya, setelah bayyinah dipersembahan, barulah tindakan menjawab bayyinah perlu dilakukan oleh tertuduh.

Bantahan dan keingkaran hanya diperlukan apabila pihak pendakwa berjaya membawakan bukti yang sah dan diterima oleh pihak qadhi atau hakim. Pihak hakim pula perlu memberikan masa yang sesuai untuk tertuduh membela diri. Namun tertuduh tidak boleh sengaja senyap sunyi tanpa membawakan hujjah balas, bantahan dan ingkaran terhadap bukti yang dibawa. ( Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 16/63; As-Syarh Al-Kabir, Ad-Dardir, 4/151)

BAGI KES DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI)

Melihat perkembangan dalam kes DSAI, menurut pandangan Fiqh Islam tanpa campur tangan politik kepartian adalah seperti berikut :-

a. DSAI TIDAK WAJIB membalas dengan bersumpah bersihnya diri beliau kerana sumpah laknat yang dijalankan itu tidak sah.

b. DSAI juga TIDAK WAJIB menjawab atau respon kepada sumpah laknat yang dilakukan kerana ‘bayyinah’ belum dikemukan oleh pendakwa.

c. NAMUN, sumpah yang dilakukan dengan nama Allah dengan lafaz yang betul ( wabillah, wattallah) oleh Dato’ Eskay adalah sah di sisi hukum Islam. Sama ada sumpah itu datang dari fakta yang benar atau tidak, tiadalah kita perlu menolaknya secara mutlaq. Namun umat ISLAM masih TETAP TIDAK BOLEH MEMPERCAYAINYA kerana ia tidak dilakukan di dalam proses kehakiman mahkamah dan ia juga tidak menyeratkan saksi empat orang yang adil. Sesiapa yang menyebarkan tuduhan zina itu akan tertanggung ke atasnya hukuman qazaf, yang walaupun tidak dilaksana di dunia, bakal amat menyusahkan di akhirat.

d. Jika individu yang dituduh adalah orang kebanyakan yang TIDAK DIKENAL OLEH RAMAI, PASTINYA SUMPAH YANG DITUJUKAN KEPADANYA TIDAK PERLU DILAYAN SAMA SEKALI. Kerana itu semua tidak memberi kesan kepada keputusan hakim di dunia dan Allah. Itulah hokum asal dalam kes seperti ini.

e. NAMUN, hukum asal boleh berubah mengikut zaman dan situasi sehingga menghasilkan hukum pengecualian tertentu. JUSTERU...

MENURUT PANDANGAN PERIBADI SAYA, disebabkan DSAI adalah seorang pimpinan politik tanahair yang besar, menggalas beban tanggungjawab gerakan perjuangan politik yang besar, dicampur dek kejahilan majority umat Islam dalam perskitaran Malaysia serta momokan media yang sentiasa memburukan lagi suasana, saya cenderung kepada DSAI PERLU BERSUMPAH dengan NAMA ALLAH MENAFIKAN BELIAU ADALAH INDIVIDU DI DALAM VIDEO SEKS YANG DIDAKWA, itu penting untuk menangkis sangka buruk masyarakat, bukan hanya terbeban ke atas dirinya selaku individu tertuduh, malah menjadi beban terhadap kepada seluruh ahli gerakan pakatan rakyat yang bersamanya serta masyarakat Malaysia lain yang melihatnya sebagai ketua pembangkang. yang terlubat dalam membentuk minda masyarakat Malaysia. Sebagaimana pertimbangan dalam bab Maqasid Shariah menyatakan :-

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : Menolak keburukan didahulukan dari tindakan mensasarkan membawa kebaikan

Justeru, pada hemat saya, jika DSAI bersumpah dengan nama Allah, paling kurang ia mampu menyelamatkan keburukan yang lebih besar dalam masyarakat seperti bertambahnya individu yang di hukum qazaf di sisi hukum Islam, semakin melemahkan keyakinan terhadap gerakan Pakatan Rakyat di samping mampu meleraikan syak wasangka rakyat ‘atas pagar’.

Walau apa jua keputusan mahkamah, itu adalah suatu isu terasing dan boleh dihujjah atas lain-lain platform dan politik. Namun untuk membiarkan sumpah dengan nama Allah iu dibiar beredar di dalam masyarakat tanpa balasan bagi saya mudaratnyaa lebih besar, tanpa menafikan melayan dengan melakukan sumpah juga tiada banyak manfaat dan ada mudaratnya.

KESIMPULAN

Saya sedar, ahli politik yang melingkungi DSAI pastinya mempunyai pandangan pelbagai, memikirkan strategi, maruah yang mungkin dirasakan jatuh kerana seolah telah berjaya dipaksa untuk turut bersumpah dan sebagainya. Namun tulisan saya ini, benar-benar dari rasa hati sebagai seorang yang neutral, ahli akademik yang melihat perkembangan isu-isu semasa. Sayua berasa amat senang sekali selaku rakyat Malaysia jika DSAI boleh menyahut cabaran sumpah biasa tadi, tiada sebarang malu ditanggung walau terpaksa melakukan itu.

Perkara kedua, kita tidak mahu umat Islam mengambil cara bersumpah ini apabila sahja ingin mendakwa sesuatu, kerana ia bukanlah cara yang betul dalam masyarakat Islam yang sepatutnya bediri di atas sifat kekuatan amanah dan jatidiri, tiada memerlukan kepada sumpah untuk menagih kepercayaan dan keyakinan.

Bahkan, kita bimbang teknik ini bakal digunakan oleh ramai penipu di luar sana untuk bersumpah bagi mendapatkan perhatian dan mencuri hak orang lain serta mengaibkan. Dari tiga jenis sumpah di dalam Fiqh Islam, sumpah dari penipu dan pencuri ini dinamakan ‘al-Yamin al-Ghamus’. Ditanya kepada Nabi apakah ‘Al-Yamin Al-Ghamus’ itu, baginda menjawab :

وما اليمين الغموس ؟ قال : الذي يقتطع مال امرئٍ مسلم هو فيها كاذب

Ertinya : Orang yang mengambil harta (hak, termasuk maruah dengan mengaibkan melalui qazaf) orang Islam lain (melalui sumpah) sedangkan dia adalah pembohong ( Riwayat Al-Bukhari)

Imam Az-Zahabi, Ibn Hajar Al-Asqalani menghuraikan sumpah dari pendusta (yamin ghamus) ini merupakan salah satu dari dosa besar. Ghamus ertinya tenggelam dan Imam An-Nawawi menyatakan dalam 'Tahzib Al-Asma wa al-Lughaat', sumpah tersebut dinamakan ghamus kerana penyumpah tenggelam dalam dosa dan bakal ditenggelamkan di dalam neraka Allah di akhirat kelak. Di dalam Al-Quran, pendusta bersumpah dan menagih habuan dunia ini disebutkan sebagai:

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih (Al-Imran : 77).

Justeru, penyumpah dusta ini perlu segera bertaubat dan jika ia telah mengambil hak orang lain melalui sumpahnya, WAJIBlah atasnya untuk memulangkannya.Sekian

www.zaharuddin.net

Ahad, 1 Mei 2011

IBLIS - Tak Kenal Maka Tak Benci

Sudah kita ketahui siapa itu iblis, dan disini kami akan expandkan tentang data diri iblis secara ringkas. Diharapkan keterangan ini dapat menjadikan diri-diri kita semakin waspada atas tipu daya iblis dan jangan termasuk dari rakan,pembantu,sahabat dan sebagainya.
Nama : Iblis
Kedudukan : Pemimpin tertinggi syaitan jin dan syaitan manusia.
Nama Gelaran : Laknatullah
Lahir :Sebelum Dicipta Nabi Adam AS
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud” (lihat QS.Al-A’raf:11)
Tempat tinggal :Tempat-tempat yang kotor, tandas, dan rumah-rumah manusia yang terdapat gambar & patung, serta rumah yang tidak disebutkan Nama Allah ketika orang memasukinya.
“Apabila salah satu di antara kamu bangun dari tidur hendaknya berwudhu dan mengeluarkan air hidung tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidungnya.” (HR. Muslim 1/146).
“Sesungguh syaitan itu berjalan di dlm diri anak Adam melalui aliran darah.”
Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Apabila sudah hampir tenggelamnya matahari, maka boleh kamu lepaskan anak-anakmu dan tutuplah pintu rumah dan bacalah bismalah, kerana syaitan tidak boleh membuka rumah yang tertutup.” (HR. Bukhari 7/145)
Dari Ibnu Abbas RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda : (Sesungguhnya kami para) Malaikat tidak masuk rumah yang didalamnya ada anjing dan gambar” (HR Bukhari & Muslim, dengan lafaz Muslim). Dalam riwayat Ibnu Umar “(Sesungguhnya kami para) Malaikat tidak masuk rumah yang didalamnya ada anjing dan gambar.”.
Dari Zaid bin Khalid dari Abi Talhah secara marfu’: “Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada anjing dan patung (gambar).” (HR Muslim).
Kemampuan : Tidak dapat mengetahui yang ghaib, namun dia dapat berubah bentuk menyerupai wujud manusia, hantu, anjing hitam, ular atau wujud lainnya.
“Katakanlah: ‘Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah’, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.” (Lihat QS.An-Naml: 65)
“Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam siksa yang menghinakan.” (lihat QS.Saba:14)
Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya di Madinah terdapat golongan jin yang telah masuk Islam, maka jika kalian melihat sebagian mereka –dalam wujud ular– berilah peringatan tiga hari. Dan apabila masih terlihat olehmu setelah itu, bunuhlah ia, kerana sebenarnya dia adalah syaitan.” (HR. Muslim no. 2236 dan 139 dari Abu Sa`ib, maula Hisyam bin Zuhrah) [3]
Agama :Kafir
Bentuk rupa : Ghaib, ia dan keturunannya tidak mudah dilihat.
“Sesungguhnya ia (syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” (Lihat QS.Al-A’raf: 27)
Sifat :Sombong.
“Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?’ Iblis menjawab, ‘Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang Engkau ciptakan dia dari tanah’ (Lihat QS.Al-A’raf: 12)
Bahasa: Dapat mengetahui semua bahasa manusia, punya kemampuan membaca, memahami, berbicara dan berkomunikasi.
Jurucakap: Paranormal, Dukun, Bomoh dan penyebar ideologi-ideologi sesat.
…kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita)yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang (QS.Al Hijr:18)
“Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al-Jin: 6) (Lihat Qa’idah ‘Azhimah, hal. 152)
“Syaitan memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitan angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka”. (QS.An-Nisaa’:120)
Pembantu :Kaum wanita yang menampakkan aurat
Rasulullah SAW bersabda : “Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan menghias-hiaskannya (membuat indah dalam pandangan laki-laki sehingga ia terfitnah)”. (HR. At Tirmidzi, disahihkan dengan syarat Muslim oleh Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi`i dalam Ash Shahihul Musnad, 2/36).
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian berketurunan (generasi) di atasnya, lalu Dia akan melihat bagaimana kalian berbuat. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya.” (Shahih, HR. Muslim)
“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim)
Masa Bekerja: Sampai hari kiamat.
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan” (Lihatlah QS.Shaad:79)
Kaki Tangan : Orang kafir, Fasik, Murtad, dan Munafik.
“Orang-orang membazir adalah saudara-saudara syaitan” (Lihat QS.Al-Isra:27).
Kekasih di Dunia: Para penjudi, peminum arak, penzina dan mereka-mereka yang membuat maksiat kepada Allah Ta’ala.
“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu dan berjudi itu dan menghalangi kamu untuk untuk mengingat dan solat”. (QS.Al-Maa’idah:91)
Musuh utama: Para Nabi dan Ulama yang memikul tugas kenabian.
“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh(mu)”. (Lihat QS.Fathir:6)
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh yaitu syaitan-syaitan manusia dan jin sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yg lain perkataan-perkataan yg indah-indah utk menipu” (Lihat QS.Al-An’am:112).
Musuh Ketat: Setiap orang mukmin.
“Maka kami berkata: “Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka”. (Lihat QS.Thaha:117)
Hobi : Berbuat jahat, merosak dan menjerumuskan manusia dan Jin ke dalam kekufuran dan menyesatkan mereka sejauh-jauhnya.
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, Maka Sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar” (Lihat QS.An-Nur: 21)
Cita-Cita: Menjadikan seluruh manusia dan jin menjadi sesat dan kafir dan menjadi pengikutnya.
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya”. (lihat QS.Al-Hijr:39)
Selepas melihat data Iblis di atas, mari kita muhasabah diri kita janganlah termasuk dalam senarai.
 Sumber : www.isuhangat.net

Selamat Hari Pekerja,Kerja atau Di kerjakan?!

Sumber gambar : Malaysiakini

Tanggal 1 Mei setiap tahun menyaksikan dunia menyambut perayaan Hari Pekerja Sedunia. Perayaan setahun sekali ini tidak terkecuali disambut oleh negeri-negeri umat Islam, termasuklah di Malaysia. Secara logiknya, golongan pekerjalah yang patut bergembira menyambut kedatangan 1 Mei ini memandangkan ini adalah hari mereka. Namun, adakah ini merupakan suatu kebenaran ?  Bergembirakah kita sebagai pekerja-pekerja pada ‘hari kita ’
ini? 

Sejarah Sambutan Hari Pekerja Sedunia

Keseronokan bercuti dan bersenang-senang bersama keluarga pada setiap kali cuti Hari Pekerja Sedunia menyebabkan sebahagian besar umat Islam leka dan lalai dengan hadharah Barat disebalik sambutan Hari Pekerja Sedunia ini. Dari segi sejarah, dua orang yang dianggap telah menyumbang kepada gagasan untuk menghormati para pekerja di Amerika Syarikat adalah Peter McGuire dan Mathew Maguire, seorang pekerja mesin dari Paterson, New Jersey. Pada tahun 1872, McGuire dan 100,000 orang pekerja telah melakukan mogok untuk menuntut pengurangan jam kerja. McGuire telah mengadakan pertemuan dengan para pekerja dan para penganggur serta melobi pemerintah kota untuk tujuan tersebut.

Pada tahun 1881, McGuire berpindah ke St. Louis, Missouri dan mula mengorganisasi para tukang kayu. Akhirnya didirikanlah sebuah persatuan yang bergelar United Brotherhood of Carpenters and Joiners of America yang terdiri dari tukang kayu di Chicago. Idea untuk mengorganisasikan pekerja menurut bidang keahlian mereka kemudian merebak ke seluruh Amerika. McGuire dan para pekerja di kota-kota lain telah merencanakan hari cuti untuk para pekerja pada setiap hari Isnin pertama bulan September antara Hari Kemerdekaan dan Hari Pengucapan Syukur (Thanksgiving Day).

Pada tanggal 5 September 1882, perarakan Hari Pekerja Sedunia pertama diadakan di kota New York dengan peserta seramai 20,000 orang yang membawa sepanduk bertulis “8 jam kerja, 8 jam istirahat, 8 jam rekreasi”. Maguire dan McGuire memainkan peranan penting dalam menyelenggarakan perarakan ini. Dalam tahun-tahun berikutnya, gagasan ini semaking berkembang dan banyak bahagian di Amerika mula merayakannya.

Pada 1hb Mei 1886, sekitar 400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut pengurangan jam kerja mereka. Pasukan polis Amerika kemudian menembak para peserta demonstrasi tersebut sehingga ratusan orang terbunuh dan para pemimpinnnya ditangkap dan dihukum bunuh. Sebelum peristiwa 1 Mei tersebut, di berbagai negara juga telah berlaku pemogokan oleh pekerja untuk menuntut perlakuan yang lebih adil dari para pemilik modal (kapitalis). Pada bulan Julai 1889, Kongres Sosialis Dunia yang diselenggarakan di Paris menetapkan peristiwa 1hb Mei berkenaan sebagai Hari Pekerja Sedunia dan mengeluarkan resolusi bahawa “Satu tindakan besar antarabangsa harus diorganisasikan pada satu hari tertentu di mana semua pekerja (pekerja) di setiap negara pada masa yang sama menuntut agar pemerintah membuat undang-undang untuk mengurangkan jam kerja menjadi 8 jam sehari, dan juga melaksanakan semua resolusi Kongres Pekerja Antarabangsa Perancis.”

Resolusi ini mendapat sambutan yang hangat dari berbagai negara dan sejak tahun 1890, tanggal 1 Mei, yang diistilahkan dengan May Day, diperingati oleh kaum pekerja di berbagai negara, meskipun di sebahagian negara mendapat tekanan keras dari pemerintah masing-masing. Sejak 1880, di AS dan Kanada, Hari Pekerja Sedunia disambut pada setiap hari Isnin pertama setiap September walaupun ada beberapa desakan dibuat untuk mengubahnya ke 1hb Mei.

Apa yang jelas dari sejarah Hari Pekerja Sedunia ini adalah ianya muncul dari rasa ketidakpuasan hati para pekerja setelah mereka ditindas dengan kejam oleh para pemilik modal. Setelah tidak tahan dengan mogok/demonstrasi yang sering dilakukan, maka pemerintah telah mengambil jalan tengah (kompromi) dengan melayani tuntutan yang dibuat oleh para pekerja dan seterusnya memberi ‘pengiktirafan’ kepada perjuangan mereka dengan mengisytiharkan hari cuti untuk mereka. Jalan tengah ini sedikit sebanyak mengurangkan desakan-desakan para pekerja. Kompromi sistem kapitalis barat inilah yang telah yang melahirkan Hari Pekerja Sedunia. Malangnya, umat Islam sekali lagi telah ‘terpukau’ dengan ‘hasil’ dari sistem Kapitalisme ini dan turut menyambut Hari Pekerja Sedunia dengan penuh makna dan penuh harapan.

Masalah Pekerja Diakibatkan oleh Sistem Kapitalisme

Di dalam sistem ekonomi kapitalisme, rendahnya gaji pekerja adalah menjadi faktor penarik bagi para pelabur asing untuk kepentingan peningkatan pendapatan negara (dan bukannya individu didalam negara). Justeru memelihara keadaan seperti ini adalah sesuatu yang baik bagi peningkatan ekonomi. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan pihak pemerintah selalunya memilih dan memihak kepada 'sang investor', dibanding dengan pekerja (yang merupakan rakyatnya sendiri) ketika terjadi krisis perpekerjaan.

Di dalam sistem kapitalisme, meskipun terdapat perbezaan dikalangan negara yang menerapkannya, peranan negara secara umum adalah sekadar pemerhati yang hanya menetapkan polisi untuk ‘sang investor’ dan sedikit sebanyak perundangan bersangkut masalah perpekerjaan. Akibatnya, dalam kegilaan sesebuah negara kapitalis untuk meningkatkan keluaran dalam negaranya, ia mengabaikan kesejahteraan rakyat, terutamanya para pekerja. 

Prinsip sistem kapitalis yang bersandarkan ‘siapa yang mahu hidup sejahtera dia harus bekerja dan mencari pendapatan sesuai dengan kemahuannya’ menyebabkan mereka yang tidak mampu bekerja atau lemah gagal menyara hidup mereka sendiri. Negara yang mengamalkan sistem kapitalis pada hakikatnya berlepas diri dari memenuhi keperluan asas (primary needs) warganegaranya, apalagi keperluan sekunder (secondary needs) dan tersier (tertiary needs). 

Sebagai contoh di Indonesia, menurut laporan Center for Labour and Development Studies (CLDS) pada tahun 2002 jumlah penganggur di Indonesia adalah seramai 42 juta orang (Republika, 13/05/02). Jumlah ini adalah lebih kurang satu kali ganda penduduk Malaysia. Lebih malang lagi, pemerintah Indonesia tidak pernah benar-benar serius untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka, walhal ini adalah tanggungjawab pemerintah. Justeru itu, kita melihat kebanjiran warga Indonesia yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi. Inilah masalah yang muncul hasil diterapkan aqidah kapitalisme di dalam sesebuah negara. 

Dalam masyarakat kapitalis seperti yang wujud pada saat ini, tugas negara adalah lebih kepada fungsi pengelola, yakni mengelola ‘kebebasan’ warganegaranya. Ajaran kapitalisme tidak pernah meletakkan tugas negara sebagai 'pengurus dan penanggungjawab pemenuhan keperluan asas rakyatnya'. Rakyat, walaupun yang tidak mampu bekerja seperti orang-orang tua, orang-orang sakit atau orang-orang cacat, yang ingin memenuhi keperluan asasnya harus bekerja secara mutlak. Prinsip struggle for life benar-benar diterapkan. Sesebuah negara kapitalis akan senantiasa ‘mencuci tangannya’ dari golongan ini. Kalau adapun sekelumit usaha untuk kononnya membela golongan ini, ia hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga. Negara yang menganut kapitlisme tidak pernah benar-benar menyelesaikan masalah perpekerjaan, malah sebaliknya, mewujud dan memperparahkan lagi masalah tersebut

Pandangan Islam Tentang Perpekerjaan

Islam memandang bahawa hubungan pekerja dan majikan adalah hubungan antara ajir (pekerja) dengan musta'jir (majikan). Memandangkan didalamnya mencakup berbagai aktiviti manusia, maka hubungan ajir dan musta'jir ini diatur dengan hukum-hukum yang menyangkut ijarah. Ijarah adalah transaksi atas perkhidmatan atau manfaat (yang dikeluarkan oleh ajir) dengan memperolehi imbalan atau balasan berupa upah/gaji. Oleh itu dasar kepada hubungan antara ajir dengan musta’jir adalah manfaat yang dikeluarkan oleh ajir (yang tentunya diperlukan oleh musta’jir). Dan atas 'usahanya' itu pekerja memperoleh imbalan berupa upah/gaji dari pihak yang mengambilnya bekerja (majikan). Berdasarkan hal ini, maka upah atau gaji itu berbeza-beza, kerana jenis manfaat/perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pekerja itu pun berbeza-beza. Bahkan bagi suatu jenis perkhidmatan/manfaat, besarnya upah/gaji yang diberikan adalah berbeza mengikut latar belakang pendidikan, kecekapan, pengalaman bekerja dan sebagainya.

Oleh kerana itu, besarnya upah/gaji yang akan diperolehi seorang pekerja, ditentukan oleh kedua belah pihak, iaitu pekerja itu sendiri dan pihak yang mengambilnya bekerja. Dalam hal ini pemerintah/negara tidak boleh campur tangan dalam menentukan kecil besarnya upah/gaji sebagaimana pemerintah/negara tidak boleh campur tangan dalam menentukan kualiti manfaat/perkhidmatan yang diusahakan oleh pekerja. Ianya semata-mata ditentukan berdasarkan aqad ijarah diantara kedua-dua belah pihak. Islam tidak pernah membezakan antara hak dan tanggungjawab pekerja lelaki dan wanita. Masing-masing mempunyai hak dan kewajipan sesuai dengan aqad kerja (ijarah) yang dimasuki.selama mana aqad tersebut adalah bertepatan dengan syara’.

Dengan demikian, hubungan antara pekerja dan majikan, hak-hak dan kewajiban masing-masing adalah bergantung kepada jenis manfaat/perkhidmatan yang dikeluarkan, tempoh kontrak, besarnya upah/gaji, waktu pembayarannya dan seumpamanya berdasarkan aqad yang dimasuki. Selain perkara-perkara tersebut, seperti hak pekerja atas kesihatan, jaminan hari tua dan lain-lainnya barulah merupakan kewajiban dan tanggungjawab pemerintah/negara. Negara (dalam perspektif Islam) bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kaum pekerja, malah atas seluruh rakyat – per individu – menyediakan setiap keperluan asas mereka. Bahkan negara juga wajib melindungi dan memelihara kepentingan dan keperluan seluruh lapisan masyarakat, baik itu kaum pekerja, kalangan majikan, pengusaha, kaum lemah maupun berada, laki-laki maupun perempuan, anak-anak maupun orang-orang tua. Rasulullah saw bersabda:

“Imam (Khalifah/kepala negara) itu adalah pemelihara (rakyatnya). Dia bertanggung jawab ke atas rakyatnya.” [HR. Bukhari]

Di sinilah letaknya keadilan Islam, tidak hanya berpihak kepada golongan pekerja, lemah dan miskin sahaja, tetapi juga terhadap kalangan majikan, pengusaha, dan golongan yang kaya. Semua lapisan masyarakat memperoleh jaminan keamanan, kesejahteraan dan keadilan. Semuanya akan diperlakukan sesuai dengan hukum syara’.

Berkaitan dengan majikan yang zalim, Rasulullah SAW telah mengingatkan didalam hadis qudsi;

"Tiga orang yang Aku musuhi pada hari kiamat nanti adalah orang yang telah memberikan (bai'at kepada Khalifah) kerana Aku, lalu berkhianat; orang yang menjual orang yang merdeka (untuk dijadikan hamba sahaya), lalu dia memakan harga (hasil) penjualannya; serta orang yang mengontrak pekerja kemudian pekerja tersebut menunaikan pekerjaannya, sedang orang itu tidak memberikan upahnya”.[HR Ahmad, Bukhari, dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah]

Khatimah

Apa yang pasti, di dalam sistem Islam yang diterapkan di dalam Daulah Khilafah Islamiyyah, tidak akan wujud masalah perpekerjaan sebagaimana yang kita lihat dalam sistem kapitalisme mahupun sosialisme hari ini. Sehinggakan (didalam Islam) tidak ada pekerja yang ditindas atau dizalimi yang menyebabkan mereka perlu mogok untuk memperjuangkan hak mereka. Justeru kita mendapati bahawa tidak pernah timbul isu para pekerja menuntut diadakan Hari Pekerja Sedunia di zaman Rasulullah, zaman Khulafa’ ar-Rashidin atau kekhilafah Islam lainnya. Dengan itu, sunnah siapakah yang kita (kaum muslimin) ikuti dalam menyambut Hari Pekerja Sedunia ini?

Bangkitlah dan sedarlah wahai kaum muslimin sekelian!

Seluruh lapisan umat Islam, termasuklah kalangan pekerja dan majikan haruslah menyedari bahawa pucuk pangkal dari ribuan permasalahan yang menjerat kita saat ini adalah kerana kita, kaum muslimin, didominasi oleh sistem kapitalisme. Seharusnya yang dituntut oleh umat, termasuk para pekerja adalah penggantian sistem ini dengan sistem Khilafah Islam, yang akan mengembalikan penerapan syari'at Islam di muka bumi ini. Inilah perkara yang wajib diperjuangkan oleh kaum muslimin dengan sepenuh keimanan dan kekuatan. Sistem Islam adalah rahmat untuk semua golongan manusia, termasuklah kaum pekerja.

Wallahua'lam

 Sumber: Sini 

Petua Memilih Pemimpin @ Mengundi

Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di mana-mana sahaja sekarang ni.

Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan. Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli.
Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamer oleh setiap parti yang bertanding.
Dalam salah satu artikel yang lalu, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan.
Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala.
dap miri ceramah crowd listeningJika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.
Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa' ayat 58).

Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi Muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh bukan Islam dalam konteks negara kita ini;
  • Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan.

 Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).
NONE
Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

  • Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka. Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman.
NONE
  • Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18). Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.
  • Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.
NONEFirman Allah: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
  • Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik. Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.
NONE
  • Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain.
 Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”. Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. 

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).
NONEAyat ini menjelaskan memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimumkan bahaya.
  • Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan 
Nabi s.a.w: “Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  • Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.
sarawak election pkr ceramah sibu 120411 crowd
  • Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka'abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

9 Barang Mewah dari Emas

Emas dari dulu sehingga kini adalah simbol kemewahan, simbol taraf sosial, simbol kekayaan seseorang.. jika dahulu firaun membina menara emas, Abu Jahal menjual patung emas, Qarun mempunyai Gudang Emas, kegilaan mereka tidak terkubur bersama fizikal mereka didalam tanah, kegilaan itu tetap diwariskan anak cucu moyang mereka di zaman serba canggih ini. Berikut adalah barang2 mewah yang dihasilkan dari kegilaan manusia pada emas sebagai lambang kemewahan dan taraf sosial.

1. Posche 911 ini dimiliki oleh jutawan Rusia, bodinya dihasilkan dari 40 pound emas 24 karat, bahagian dalamnya dihasilkan menggunakan emas 22 karat, bodi, stering, rims, aci pintu juga dihasilkan menggunakan emas. Tempat paling selamat untuk parking kereta ini adalah di Bilik Kebal bank.
a96710 a464 porsche copy 9 barang mewah dari emas
2. Nintendo wii ini dihasilkan dari emas 22karat dan berharga sekitar usd490k, sebelum ini ps3 dari emas pun turut dihasilkan dan dijual pada harga usd320k di amerika. a96710 a464 golden nintendo wi 9 barang mewah dari emas
3. Basikal emas bersalut emas 22karat ini digunakan oleh James Bond dan dikenali sebagai Goldfixie
a96710 a464 bike copy 362x499 9 barang mewah dari emas
4. Gold Desert bertahtahkan emas ini dihasilkan oleh Stephen Bruce di Restoran miliknya Serendipity 3 atau lebih dikenali sebagai “Restaurant I Won’t Be Taking My Girlfriend to For Her Birthday” berharga sekitar usd25k, ia dihasilkan menggunakan emas 23karat, aiskrim dicelup emas 20karat, diamond dan truffle. (mengikut kajian, isotop emas boleh meningkatkan kesan kanser dalam darah)
a96710 a464 serendipity frrrozen ha 9 barang mewah dari emas
5. Tandas termahal di dunia terletak di Hong Kong. Dibina  pada tahun 2001, seluruh tandas ini dibina menggunakan sebanyak 380kg emas 24karat dan 6200 gemstones. semua bahagian tandas dari mangkuk, pam, baldi pun dihasilkan dari emas, ia berharga HK $ 38 juta ketika dibina dan sekarang bernilai HK $ 80 juta.
goldToilet 9 barang mewah dari emas
6. Kotak PC dihasilkan dari emas dan platinum ini dihasilkan oleh Zeus Computer berpangkalan di Tokyo.  Kotak PC platinum (jupiter) berharga sekitar 80 juta yen (RM2.45m), manakala untuk kotak PC emas (Mars) berharga 60 juta yen (RM1.84m). Ia dilengkapi dengan 3Ghz Processor Core2 duo, GeForce 7200 dan 2G RAM.zeus computer 9 barang mewah dari emas
7. Sstroller bayi bersalut emas ini dijual di Harrods dengan harga UK6000 (RM30k) ia dilengkapi dengan sistem bunyi dan kain baldu. Semua bahagian stroller termasuk roda, badan dan bumbung juga dihasilkan dari emas 24karat
a96710 a464 pram gold plated 9 barang mewah dari emas
8.  Tobias Wong, seorang designer yang mesra dipanggil “man who turn everything into object” telah mencipta item emas berbentuk kapsul dari emas 24karat, Menurut beliau, kapsul ini digunakan untuk menaikkan harga diri kita, dengan menelan kapsul ini anda baru saja menaikkan harga diri anda sebanyak RM1400.00. Kapsul ini boleh dibeli di internet.
gold leaf capsules 9 barang mewah dari emas 
9. Jika anda penulis ebook terkaya, pakar forex, dan seorang yang mementingkan kemewahan, anda boleh order dari Sakura Kazo di Jepun sebuah keyboard bersalut emas pada harga USD275 (RM900), keyboard ini disadur dengan emas 24karat dan tidak memerlukan driver untuk diinstall pada komputer dan menggunakan ruang USB untuk disambungkan ke komputer peribadi anda.
Sumber : www.Hargaemas.com.my

Sabtu, 30 April 2011

Foto -foto Yang Mengubah Dunia


1957. Hari pertama Dorothy Counts di Harry Harding High School di Amerika Syarikat. Counts adalah salah satu pelajar kulit hitam pertama mengakui di sekolah. Beliau tidak mampu bertahan dengan ganguan itu selepas empat hari.


January 12, 1960. Sesaat sebelum Parti Sosialis Jepun pemimpinnya asanuma telah di bunuh oleh seorang pelajar.


1963. Thich Quang Dug Paderi Buddha di Selatan Vietnam, membakar dirinya sehingga mati kerana membantah dasar penganiayaan kerajaan menentang sami - sami.


1962. Seorang tentera telah ditembak oleh penembak tepat dan dia telah berpaut pada paderi sehingga saat terakhir beliau.


1962. Seorang ibu & anak - anaknya cuba melintas sebatang sungai di Selatan Vietnam dalam satu percubaan melarikan diri dari ancaman pengebom amerika.


1966. Pasukan AS di Selatan Vietnam sedang mengheret mayat askar Viet Kong yang telah mati.


February 1, 1968. Ketua Polis Selatan Vietnam Nquyen Ngoc hoan menembak seorang pemuda yang di sangka menjadi Tentera Viet Kong.


1973. Beberapa saat sebelum Presiden Chile Salvador Allende mati semasa rampasan kuasa.



1975. Seorang wanita & Seorang kanak - kanak perempuan jatuh selepas cubaan melepaskan diri daripada kebakaran.


1980 Seorang kanak - kanak di Uganda akan mati kelaparan.


1981. Kolonel Molina Melihat Polis Tentera merampas bangunan Parlimen di Sepanyol. Jurugambar tidak menyangka berada di tempat kejadian dan menyorokkan filem - filem di dalam kasutnya.


1982. Pelarian palestin di bunuh di Beirut, Lubnan.


1987. Seorang ibu di Korea Selatan, meminta maaf dan bertanyakan ke atas pengampunan anaknya yang ditangkap selepas menghadirkan diri dalam bantahan. Dia di katakan membantah manipulasi - manipulasi dalam pilihan raya umum.


1989. Seorang pemuda di China berdiri di hadapan kereta kebal semasa bantahan untuk reformasi - reformasi demokratik.


1992. Seorang ibu di Somalia mengankat anaknya yang telah mati kelaparan.


1994. Seorang lelaki telah di seksa oleh askar kerana dia di syaki telah bercakap dengan Pemberontak Tutsi.


1996. Kanak - kanak menjadi mangsa akibat dari perang saudara di Angola.


2001. Satu mayat kanak -kanak pelarian afganistan sedang di kafankan untuk di kebumikan di Pakistan.


2002. Tentera & Penduduk Kampung di Iran sedang menggali kubur untuk mangsa korban gempa. Seorang kanak - kanak memeluk pakaian ayahnya sebelum ayahnya dikebumikan.


2003. Seorang tawanan perang di Iraq cuba menenangkan diri oleh ayahnya.

Maher Zain - Freedom (Official Music Video) | ماهر زين - الحرية



Semoga kita  semua mendapat  Kemerdekaan , Kebebasan dan Keadilan yang samarata di dunia ini. Insya Allah, Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik