IKLAN

Isnin, 11 Mac 2013

Allah Bayar Cash, 2 Kisah 1 Pengajaran..


See full size image

Kisah 1:
Diceritakan oleh seorang rakan, selepas selesai menyempurnakan solat jumaat semalam dia sempat memasukkan rm5 ke dalam tabung fisabilillah untuk membantu kerja dakwah Ustaz Nik Zawawi Salleh sebelum keluar dari masjid. Dan dengan tidak disangka2 selepas keluar masjid untuk ke tempat parking kenderaannya, seorang dermawan telah memberinya sebungkus Nasi Arab Lauk Kambing.
SubhaAllah, jarak masa antara dia memasukkan duit dalam tabung dan dia mendapat balasan rezeki Allah berlaku kurang dari 30 saat.

Kisah 2:
Diceritakan oleh Ustaz Shamsuri Ahmad, kejadian berlaku di negeri utara sana. Seorang yang diamanahkan untuk menjaga duit rakannya (yang pergi mengerjakan umrah), menafikan yang rakannyaitu pernah memberikan dia duit Rm30ribu apabila diminta kembali rakannya yang sudah pulang dari umrah. Kes berlanjutan sehingga kedua2 nya berani untuk bersumpah. Lalu setelah selesai masing-masing bersumpah, si Penyonglap duit itu tadi keluar masjid untuk pulang, dalam hari yang cerahdan panas Allah telah turunkan kilat memanahi sipenyonglap tadi dan dia mati di tempat kejadian..

Pengajaran:
Allah Maha Berkuasa. Allah boleh je hendak balas setiap kejahatan yang kita buat bila2 masa. sama adaontime atau DIA tangguh supaya kita bertaubat.
DAN Allah boleh je hendak bayar ontime setiap kebaikan yang kita buat sebagai penggalak supaya terus buat amal kebaikan.. tapi Allah tangguhkan untuk menguji kita lagi.

(a.m)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik