IKLAN

Sabtu, 27 Disember 2014

( VIDEO & GAMBAR ) Ibu Lahirkan Anak Dalam Trak, Banjir Kelantan Meruncing


Dalam kekalutan menghadapi banjir, bermacam-macam perkara yang tidak dijangka boleh berlaku.Rakaman video ini adalah antara situasi yang dihadapi oleh mangsa banjir pada ketika ini iaitu melahirkan anak di rumah.

Pada hemat kami, mungkin si ibu tidak dapat dibawa ke hospital kerana jalan sudah ditenggelami air.

Namun, mujurlah ada jururawat yang membantu proses kelahiran itu.

Pada masa yang sama, kedengaran juga bunyi hujan atau arus air yang deras dalam rakaman itu.

Tak dapat kami bayangkan bagaimana perasaan melahirkan bayi dalam keadaan yang cukup menakutkan itu.

Apapun, diharapkan agar si ibu dan bayinya berada dalam keadaan yang selamat pada saat ini.

Ketika aku sekeluarga terpaksa berpindah, rumah kami dibanjiri air diparas merbahaya (Kampung Penambang, Jln Pantai Cahaya Bulan, Kelantan), kami menaiki trak JPAM bersama seorang wanita yg melahirkan anaknya di dalam trak.

Alhamdulillah Allah swt telah permudahkn semua. Terima kasih yg tak terhingga kpd anggota JPAM yg telah byk membantu. 
-dari catatan kaki video di youtube.

 

Pesakit kritikal di hospital Kelantan dipindah ke HUSM


Pesakit kritikal di hospital yang terjejas banjir di Kelantan akan segera dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk mendapat rawatan lebih baik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sehingga kini seramai 35 pesakit dari Hospital Kuala Krai dipindah ke HUSM.

"Tujuh lagi pesakit iaitu tiga dari Hospital Kuala Krai dan masing-masing dua dari hospital Tumpat dan Pasir Mas dijangkan dipindahkan hari ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan Kementerian Kesihatan bagi menghadapi banjir, di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata pesakit tersebut akan dipindahkan dengan menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia, namun jika kedua-dua pasukan keselamatan itu tidak dapat membantu, kementerian akan menyewa sendiri helikopter.

Katanya antara hospital lain yang tidak dapat berfungsi secara optimum ialah Hospital Gua Musang dan Hospital Tanah Merah.

Dr Subramaniam berkata mesyuarat itu turut membincangkan pembekalan elektrik melalui generator, bekalan air bersih termasuk minuman, bekalan makanan serta bantuan tenaga kesihatan dari negeri lain.

"Melalui kerjasama dengan Puncak Niaga, usaha sedang dijalankan untuk projek penapisan air di hospital terlibat. Dari segi makanan, kita juga akan membantu dan pada pagi ini kementerian menghantar 300kg makanan ke Hospital Kuala Krai.

"Mengenai bantuan tenaga perubatan, hari ini seramai 72 jururawat dari Hospital Raja Perempuan Zainab 11 dihantar ke HUSM untuk membantu berikutan jumlah pesakit yang bertambah," katanya.

Beliau turut menjangkakan 200 lagi kakitangan hospital dari negeri-negeri lain akan dihantar membantu hospital di Kelantan dalam masa terdekat.

Katanya pasukan pergerakan kesihatan kementerian juga melawat semua pusat pemindahan bagi memberikan nasihat kesihatan serta rawatan.

Mengenai bekalan ubatan, Dr Subramaniam berkata Pharmaniaga mempunyai perancangan sendiri bagi memastikan bekalan ubatan mencukupi.

"Pharmaniaga membuat perancangan sendiri dan mempunyai helikopter bagi memastikan bahan dan perkakas perubatan kecemasan disalurkan ke semua hospital," katanya. 
Bernama




Banjir di Kelantan meruncing

Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah hari ini.

Di Kelantan, 26,000 mangsa direkodkan di Tumpat, menjadikan jajahan itu paling teruk terjejas diikuti Kota Baharu dengan 24,034 mangsa.

Jajahan Pasir Mas juga masih mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu 12,332 orang, Kuala Krai (5,200 orang) Gua Musang (5,150), Machang (4,039), Tanah Merah (3,548)Jeli (1,430) dan Pasir Puteh (192).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata kesemua mangsa daripada 20,177 keluarga itu ditempatkan di 254 pusat pemindahan.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sepanjang laluan utama dari bandar Kota Baharu ke Pengkalan Chepa telah dinaiki air, dan kebanyakan kawasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Sabak, Jalan Pengkalan Chepa, dan Jalan Tok Guru.

Di KEDAH, keadaan dilaporkan beransur pulih dengan baki 13 mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan terakhir di daerah Bandar Baharu telah ditutup.

Berbeza di Terengganu, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan.

Daerah Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 25,055 orang, diikuti Dungun (8,725 orang), Kuala Terengganu (1,247 orang) dan Hulu Terengganu (219 orang).

Sebanyak 99 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 50 di Kemaman, Dungun (35), Kuala Terengganu (9) dan Hulu Terengganu (5).

Di Pahang, jumlah mangsa meningkat kepada 35,564 orang dengan daerah Raub turut terkesan dengan 666 penduduk dipindahkan ke 17 pusat pemindahan yang dibuka pagi tadi.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, lapan lagi daerah yang terjejas ialah Kuantan dengan 15,072 mangsa, Jerantut (5,802), Temerloh (4,522), Maran (3,335), Pekan (3,128), Lipis (2,470), Bera (528) dan Rompin (41).

Jumlah mangsa di PERAK turut meningkat kepada 6,730 orang melibatkan daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak dan Kerian.

Daerah Perak Tengah mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 3,311 orang diikuti Kuala Kangsar (2,711), Hulu Perak (657) dan Kerian (51), demikian menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak.

Di Johor, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 1,096 orang di 14 pusat pemindahan.

Di Perlis, jumlah mangsa berbaki 195 orang di tiga pusat pemindahan iaitu di Dewan Seri Malau, Beseri, Dewan Beseri Dalam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar.

Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa semakin berkurangan daripada 331 orang pagi tadi kepada 80 tengah hari ini setelah paras air semakin surut.

Di SSelangor, dilaporkan 85 orang terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Klang selepas beberapa kawasan dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Datuk Abdul Hamid, Taman Sentosa; Kampung Budiman; Persiaran Hamzah Alang; Batu 5; Jalan Meru dan Jalan Paip di Meru.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan jangkaan hujan lebat pada masa ini mungkin boleh menyebabkan paras air di kawasan berkenaan meningkat semula.

Di PAHANG, jumlah mangsa meningkat kepada 35,564 orang dengan daerah Raub turut terkesan dengan 666 penduduk dipindahkan ke 17 pusat pemindahan yang dibuka pagi tadi.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, lapan lagi daerah yang terjejas ialah Kuantan dengan 15,072 mangsa, Jerantut (5,802), Temerloh (4,522), Maran (3,335), Pekan (3,128), Lipis (2,470), Bera (528) dan Rompin (41).

Jumlah mangsa di PERAK turut meningkat kepada 6,730 orang melibatkan daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak dan Kerian.

Daerah Perak Tengah mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 3,311 orang diikuti Kuala Kangsar (2,711), Hulu Perak (657) dan Kerian (51), demikian menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak.

Di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 1,096 orang di 14 pusat pemindahan.

Di PERLIS, jumlah mangsa berbaki 195 orang di tiga pusat pemindahan iaitu di Dewan Seri Malau, Beseri, Dewan Beseri Dalam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar.

Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa semakin berkurangan daripada 331 orang pagi tadi kepada 80 tengah hari ini setelah paras air semakin surut.

Di SELANGOR, dilaporkan 85 orang terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Klang selepas beberapa kawasan dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Datuk Abdul Hamid, Taman Sentosa; Kampung Budiman; Persiaran Hamzah Alang; Batu 5; Jalan Meru dan Jalan Paip di Meru.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan jangkaan hujan lebat pada masa ini mungkin boleh menyebabkan paras air di kawasan berkenaan meningkat semula. 
– Bernama


Sumber:  greenboc.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - MapYRO
    Borgata Hotel Casino & Spa is 동두천 출장샵 a 34-story skyscraper in Atlantic City, New Jersey, 여주 출장마사지 U.S.A.. View 안양 출장샵 a detailed profile of the structure 347501 여수 출장안마 including further data 순천 출장안마 and

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik