IKLAN

Isnin, 6 Mei 2013

Terkini PRU13 - BN kekal kerajaan pusat, kuasai 133 kerusi, Pakatan kekal Selangor, P Pinang dan Kelantan

2.30 pagi
Kerusi Parlimen Semasa 

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) berjaya meneruskan pemerintahan di peringkat pusat dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen setakat jam 3.20 pagi tadi (6 Mei).

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah sembilan kerusi berbanding lima tahun lalu.

Daripada 89 kerusi itu, Pas memperoleh 21 kerusi, PKR (30) manakala DAP 38.


Sumber:Sinarharian

Pakatan kekal Selangor, P Pinang dan Kelantan


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sehingga kini berjaya membentuk tiga kerajaan negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan manakala hilang kerajaan negeri Kedah.


Pakatan paling berjaya di Selangor apabila menang dengan banyak kerusi di mana PAS sahaja berjaya menang di 15 daripada 20 kerusi DUN yang ditandinginya.


Selain Selangor, PAS juga membuat pencapaian baik di Terengganu apabila menang 15 kerusi DUN berbanding BN 17 kerusi. PAS juga menang empat kerusi Parlimen daripada lapan kerusi di Terengganu.

Empat kerusi Parlimen itu adalah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

PAS juga membuat pencapaian sulong di Melaka apabila menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Baru di bawah Parlimen Bukit Katil.

Sehingga kini PAS menang 22 kerusi Parlimen, PKR 26 manakala DAP 36 kerusi.

Ahli Parlimen baru PAS adalah Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan (Temerloh), Setiausaha Dewan Ulamak Dr Khairudin Aman Razali (Kuala Nerus), Datuk Raja Bahrin (Kuala Terengganu), Wan Hassan (Dungun), Timbalan Ketua Pemuda. Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas), Mohamad Hanipa Maidin (Sepang), Ustaz Idris Ahmad (Bukit Gantang), Ahmad Marzuk (Bachok) dan beberapa nama lagi.Harakah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik