Solat Sunat Dhuha
Hadis  pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Muhammad saw  menasihati  aku  untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan  sehingga aku  mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pada pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur
Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa sahaja yang  bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya  walaupun sebanyak buih di  lautan.
Hadis ketiga:  Sabda Nabi saw : Solat  sunat Dhuha itu  akan mendatangkan  rezeki dan menolak kefakiran  (kemiskinan) dan tidak  ada yang akan memelihara  sunat dhuha itu  melainkan orang2 yang  bertaubat.
Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya   di  syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang  pada  hari kiamat  , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu   bersolat dhuha ? inilah  pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn   rahmat Allah swt.
Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan  solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian.
Solat sunat dhuha itu dilakukan dgn 2 rakaat mcm solat sunat yg lain.   Waktu nya selepas waktu syuruk dari 7.30 hingga 11.00pagi.
Cara solat dhuha:
1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Assham dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Addhuha.
2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Addhuha dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah al ikhlas
3. Yang terbaik selepas fatihah rakaat pertama baca ayat kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga.
Surah Dhuha
Harapan  semoga selepas ini kita  semua akan mengamalkan  solat sunat dhuha pada  setiap hari insyaAllah,  tak boleh setiap hari dapat  seminggu sekali,  tk dapat seminggu sekali,  sebulan sekali, tk boleh sebulan  sekali  setahun sekali tak dapt setahun  sekali seumur hidup sekali pun jadilah…
Wassalam

 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan