IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Khasiat Bawang Putih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khasiat Bawang Putih. Papar semua catatan

Selasa, 1 Januari 2013

Teh Bawang Putih, Minuman Penyembuh Radang Kerongkong


Radang tekak biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Biasanya radang tekak sering menyerang pada musim sejuk.

Ketika mengalami radang kerongkong , terus saja pergi ke dapur anda dan gunakan bawang putih, seperti disiarkan oleh Live Strong  (16/01/11). 

Cara yang disyorkan oleh Mayo Clinic  ini cukup mudah, anda hanya perlu menyiapkan air, bawang putih mentah, teh, dan madu.

Pertama, rebus secangkir air. Kemudian masukkan empat ulas bawang putih dalam air yang mendidih. Kecilkan api, dan biarkan hingga lima minit.
Setelah itu, matikan api dan sejukkan air hingga lima minit. Anda boleh menghirup wap dari rebusan tersebut untuk membersihkan kawasan pernafasan.

Biasanya bakteria dan virus boleh tersebar dari hidung ke tekak. Sehingga menghirup wap bawang putih kemungkinan boleh membunuh beberapa bakteria di aliran pernafasan.

Setelah sejuk masukkan air rebusan bawang putih itu ke dalam cawan. Pastikan bawang putih yang direbus tidak ikut masuk ke dalam cawan. Kemudian celupkan teh dan tambah satu sudu makan madu.

Madu sebagai bahan antibakteria menambah khasiat minuman untuk meredakan radang di kerongkong. Campurkan Madu ke dalam cawan tadi dan kacaukan hingga madu bersatu dengan teh dan air bawang putih. Nah,Teh bawang putih pun sudah siap untuk diminum! * / Merdeka.com

Kredit: Khansa Salsabillah/undergroundtauhid.com

Isnin, 16 Januari 2012

Khasiat Bawang Putih Bukan Sekadar Untuk Masakan

Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir.Orang-orang Mesir purba  percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan.
Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek  pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.
Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila  ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggilallinase yang  akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin.  Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap  akan memberi perubahan yang besar  kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih  berfungsi mengembangkan  dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang  pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga agen anti kulat. Ia berkesan  untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan  20 % kulat lain.
Satu kajian di China  menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya.  Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang  bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga  kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.
Kegunaan bawang putih yang lain:
  • Membuang angin
  • Menambah dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
  • Merawat batuk dan batuk kering
  • Merawat selesema
  • Merawat sakit telinga
  • Menghalau serangga
  • Merawat bisul dengan menuamnya
Nota: Mungkin selama ini kita tahu bahawa bawang putih hanya berguna untuk masakan di dapur. Ataupun sebagai senjata untuk membunuh dracula atau vampire di dalam filem-filem hollywood yang belum jelas fakta kebenarannya tersebut. Sebenarnya, ternyata banyak khasiat dan kandungan dari bawang putih yang sangat berguna bagi tubuh kita. Jom manfaatkan khasiat bawang putih!
Kredit: wanitasihat.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik