
KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja  berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya  daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa,  semalam.
Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka  menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit  perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat  Nepal.
“Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut  undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah  apabila menemui haiwan yang mati atau cedera,” katanya.
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan