IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kenali Gay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenali Gay. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Februari 2013

Luahan Seorang Lelaki Yang Positif HIV


Gambar Hiasan


Seorang rakan yang menamakan dirinya MFZ telah bercerita sedikit tentang dirinya di ruang komen didalam entry “LELAKI GAY PALING TINGGI DIDIAGNOSIS HIV DI BRITAIN”, beliau telah disahkan HIV positif sekitar pada bulan November 2012 yang lalu.

Naj Mi,

Saya disahkan positive 2 bulan yang lalu. Alhamdulillah… Saya masih mampu menahan diri daripada melakukan perkara tersebut sehingga sekarang. Pernah seseorang ingin mengadakan hubungan dengan saya. Tapi saya berterus terang dengan beliau.

Saya tak mahu dipersalahkan jika saya menjangkitkan virus kepada orang lain. Jika saya berdiam diri, saya mungkin meletakkan nyawanya dalam bahaya. Saya fikir saya akan dituduh penipu dan mungkin orang tersebut tidak memaafkan saya (antara dosa yang paling saya takut sebab pengampunan dosa sesama manusia lebih sukar dibandingkan meminta ampun daripada Allah. Allah Maha Pengampun).

Mungkin inilah antara hikmah Allah hadiahkan virus ini kepada saya. Perkara ini bagaikan shield untuk saya dari terus melakukan perkara maksiat tersebut. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah. Hidup yang memberi manfaat pada orang yang lain adalah dipandang mulia olehNya.

MFZ

Kemudian MFZ telah meninggalkan komen bercerita dan memberi sedikit nasihat diruang komen di dalam entry bertajuk “BEKAS SEORANG GAY DISERANG GATAL DIBADAN”,

Assalamualaikum…

Apabila bercakap tentang rawatan saya teringat kepada seorang kawan. Semasa saya pergi mendapat rawatan susulan di Hospital Sg. Buloh (HSB), saya terserempak dengan seorang kawan. Beliau kelihatan “sakit”. Saya hanya bertanya kenapa datang ke HSB. Jawapannya ringkas, demam. Saya tidak meneruskan soalan walaupun hati saya kuat mengatakan dia HIV.

Hendak dijadikan cerita, saya mendapat jemputan sebuah majlis dari kawan saya dan pada masa yang sama kawan yang disyaki mendapat HIV ini juga dijemput sama. Sebenarnya kawan saya syaki ini bukanlah begitu rapat dengan saya. Saya mengenali beliau melalui seorang kawan saya yang lain.

Dipendekkan cerita, saya tidak melepaskan peluang untuk bertanya status kesihatan beliau. Antara soalan saya yang mula-mula, “Engkau sudah ambil ubat? Dah mulakan HAART?”. Alhamdulillah, he gave me a good respond.

Cerita punya cerita, sebenarnya kawan saya ini telah mendapat tahu beliau mendapat jangkitan lebih kurang 5 tahun yang lalu. Malangnya, pada waktu tersebut apabila beliau mengetahui status kesihatan beliau, beliau tidak mendapatkan sebarang rawatan susulan. Beliau hanya berdiam diri dan pada masa yang sama beliau mempunyai teman lelaki.

Saya sangat kesal dengan apa yang telah berlaku. Tapi bagi saya it happened. Apa yang saya mampu buat hanyalah menasihati beliau untuk tabah dan bersikap positif. Saya juga menasihati beliau supaya memberitahu teman lelaki (sekarang bekas teman lelaki) beliau tentang status beliau atau setidak-tidaknya memberitahu bekas teman lelaki beliau untuk melakukan HIV Screening.

Pada masa yang sama juga, saya bertanya beliau mengenai status HIV beliau dan CD4 beliau ialah 13 counts…

Pengajaran dari kisah ini ialah:

1. Elakkan sama sekali dari berdiam diri mengharapkan HIV boleh self-cure apabila anda didiagnos positif HIV. Walaupun semasa anda mendapat tahu anda positif HIV, anda dalam keadaan sihat walafiat, jangan sekali-kali menganggap HIV akan hilang dengan sendirinya. Merujuk kepada keadaan kawan saya, jika beliau melakukan HAART sebaik sahaja didiagnos positif HIV atau beliau di bawah pemantauan doktor, insyaAllah CD4 count beliau tidak menurun hingga ke tahap 13 count.

2. Segera berjumpa doktor apabila anda mendapat penyakit yang agak luar biasa lebih-lebih lagi apabila anda melakukan aktiviti seks berisiko. Tiada gunanya malu untuk berjumpa doktor. Sebaliknya malulah pada diri sendiri kerana anda tidak menjaganya dengan baik. Inilah masanya untuk memperbaiki diri. Allah masih berikan masa. Alhamdulillah.

3. Jika anda didiagnos HIV, bertanggungjawablah. Segera beritahu pasangan anda. Jika kita tiada kesedaran, HIV akan terus merebak. Jika kita dijangkiti, cuba elakkan sebaiknya daripada menjangkiti orang lain. Jika anda rasa anda telah menjangkiti seseorang, berterus teranglah dengan beliau sebaiknya…

Sekian dahulu ceritaku.

MFZ

Pandangan dan nasihat MFZ kepada gay yang hendak berkahwin dalam apa jua keadaan sama ada terpaksa atau dipaksa, yang saya copy dari ruang komen didalam entry “BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG”

Assalamualaikum…Kepada gay-gay sekalian,

1. JANGAN sesekali anda mengikut keputusan kedua orang tuamu jika anda tidak mampu untuk berkahwin. Bertegaslah dengan ibu bapamu tetapi dengan penuh hikmah. Jangan sesekali bersetuju apabila orang tuamu ingin memperkenalkan seseorang wanita kerana ini akan menjerumus kepada keadaan yang lebih kompleks.

2. JANGAN sesekali berkahwin untuk tujuan menutup aibmu. Walaupun anda berkahwin tetapi masih melakukan seks dengan kaum sejenismu.

3. JANGAN sesekali berkahwin untuk menyambung zuriatmu sedangkan hati isteri kamu lukakan.

4. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada rasa cinta pada perempuan tersebut.

5. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada nafsu berahi pada perempuan tersebut.

6. BERKAHWINLAH dengan tujuan untuk kegembiraan anda dan isteri anda dengan niat kerana Allah.

7. HUKUM gay berkahwin selayaknya jatuh kepada harus dan boleh menjadi haram. Tetapi pendapat saya seorang gay tidak diwajibkan berkahwin. Sila rujuk hukum berkahwin mengikut keadaan kepada para ulama’.

Wallahua’lam.

MFZ

Nasihat lain dari MFZ pada kita semua,

Ramai gay yang tidak bertanggungjawab. Bagi mereka yang aktif bertukar pasangan enggan melakukan pemeriksaan kesihatan. Bagi mereka yang sudah tahu dijangkiti HIV, mereka terus menyebarkan penyakit sesuka hati tanpa memberitahu pasangan. Tidak ada perasaan bersalah pun di fikiran mereka.

To all HIV positive people, stop spreading this virus to others. Be responsible. You can do it!

MFZ

Terima kasih MFZ – Naj Mi

www.halimislam.com


Rabu, 28 Disember 2011

Gay, Masih Ada Jalan Pulang


Lelaki yang mendakwa dirinya seorang gay secara seksualnya lebih tertarik dan menyukai seorang lelaki lain. Bagi mereka, perasaan seksual terhadap lelaki itu adalah normal dan semulajadi. Perasaan ini mula terbentuk semenjak zaman kanak-kanak dan berlanjutan sehingga keperingkat dewasa. 

Walaupun terdapat lelaki gay yang turut tertarik kepada perempuan, biasanya perasaan seksual terhadap lelaki lebih dominant dan bermakna kepada mereka. Rasa untuk berkomitment dan menyayangi antara satu dengan lain sama dengan pasangan heterosexual. Mereka suka hidup bersama dan membina kehidupan yang terjamin.

Tiada siapa yang benar-banar faham mengapa sebahagian kita menjadi gay. Ada yang mengatakan gay adalah kesan dari salah didikan semasa kanak-kanak. Sebahagian yang lain mengatakan menjadi gay adalah disebabkan oleh gene itu sendiri. Apa pula pendapat anda ?

Bila bercerita pasal gym, sentiasa dikaitkan dengan gay. Gym seolah-olah telah menjadi tempat buruan untuk gay mencari mangsa baru. Bukan sahaja gym, laman sosial seperti facebook pun telah digunakan. Nampak sahaja seorang lelaki bermain gym melalui gambar, terus tambah sebagai rakan.


Biasanya mereka akan menegur lelaki idaman mereka seperti:
‘Hi’
‘Boleh berkenalan?’
‘Besar badan abang, geram saya tengok’
‘bang, nak peluk’
Bayangkan ayat daripada seorang lelaki kepada lelaki. Saya sendiri nak muntah baca. Kenapa mereka ini tidak tertarik pada perempuan? Bukankah perempuan itu sesuatu yang indah, dengan bentuk badan seperti gitar, dengan lekuk-lekuknya dan sebagainya yang indah pada wanita.
Apa yang menyebabkan homoseksual? Terdapat banyak perdebatan atau kajian tentang penyebab homoseksual. Adakah terdapat genetik gay? Apakah homoseksual disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar, seperti didikan, pencabulan kanak-kanak, kekurangan kasih sayang seorang ibu atau bapa? Atau adakah ia sesuatu yang boleh diwarisi seperti warna kulit atau rambut?
Terdapat pelbagai kajian mengenai punca homoseksual, perdebatan itu berpecah-pecah antara ahli sains dan fundamentalis agama. Banyak kajian psikologi mentakrifkan ianya orientasi seksual yang kekal seperti daya tarikan seksual, emosi, romantik dan ikatan atau tarikan ke arah orang lain. Seseorang tidak perlu menjadi homoseksual atau heteroseksual tetapi boleh merasai tarikan antara kedua-dua jantina. Orientasi seksual berkembang mengikut masa yang berbeza dalam hayat seseorang dan menentukan adakah mereka heteroseksual, gay, lesbian, atau biseksual.
Kebanyakan mereka mengatakan bahawa kelakuan seksual tidak sama dengan orientasi seksual. Ada gay yang juga terlibat dalam heteroseksual. Adakah homoseksual itu satu pilihan atau dilahirkan begitu?
Jika homoseksual adalah disebabkan oleh ciri-ciri genetik atau semula jadi, maka mereka, gay atau lesbian tidak dapat menukar orientasi seksual mereka walaupun mereka mahu. Tetapi, jika homoseksual adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti alam sekitar, maka gay dan lesbian boleh berubah dan menjadi lurus dengan terapi yang bersesuaian.
Kebanyakan gay ditanya, kenapa mereka menjadi gay? Mereka menjawab, mereka dilahirkan begitu. Tetapi tahukah anda, berdasarkan semua kajian, tiada kajian yang mengatakan terdapat genetik gay. Ini bermakna, tiada orang yang dilahirkan gay. Gay adalah pilihan mereka. Bukan salah Tuhan melahirkan mereka sebagai gay. Terdapat sekumpulan gay yang cuba menyalahkan Tuhan kerana melahirkan mereka sebagai gay.


kan cantik perempuan itu?
Menurut kajian, kenapa seseorang menjadi gay?
- Kurangnya kasih sayang seorang ibu atau ayah. Sejak kecil, dia tidak mendapat kasih sayang daripada seorang lelaki atau perempuan, yang mana apabila besar cenderung berubah menjadi seorang gay atau lesbian.
- Pengaruh bersekitaran, samada melalui rakan-rakan, ahli keluarga, dan sebagainya.
- Mengalami masalah dengan kaum berlainan. Sebagai contoh, mungkin menghadapi kesukaran memikat perempuan, atau perempuan pernah menipunya, atau pernah menyaksikan banyak kes cerai termasuk yang melibatkan keluarga terdekat sehingga menanam di dalam fikiran yang perempuan itu teruk, atau pernah berdepan dengan apa-apa masalah penderaan seksual atau disaat mereka memerlukan seseorang, tiada perempuan yang pernah hadir, kebiasaannya lelaki dan sebagainya.
- Kurang didikan agama. Kurang didikan atau kurang penghayatan. Ada yang mungkin telah dididik tetapi masih tergolong dalam golongan begini. Jadi boleh kata kurang penghayatan.
- Persekitaran seperti bersekolah di sekolah untuk lelaki sahaja, masuk penjara dalam satu tempoh yang lama dimana hanya ada satu kaum sahaja di dalamnya dan sebagainya.
- Pengaruh media. Ramai artis gay yang menjadi idola. Kurangnya rancangan khas untuk lelaki dan sebagainya.
Adakah gay boleh diubah kembali menjadi normal, heteroseksual?
Disebabkan gay adalah pilihan dan tiada genetik gay, jadi seseorang itu boleh diubah, tetapi bergantung kepada dirinya sendiri. Antara pilihan, menghadiri sesi terapi, kelas agama dan sebagainya. Sokongan orang disekeliling juga amat penting supaya tidak kembali ke kancah itu.
Kajian menunjukkan satu dari sepuluh manusia di dunia ini merupakan gay atau lesbian. Ini bermakna jika kita berada dalam satu perhimpunan, maka akan terdapat beberapa orang gay didalamnya. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk kita mengatakan seseorang itu gay atau tidak melainkan dia sengaja mahu kita mengenalinya (misalnya melalui cara dia berpakaian atau assesories yang digunakan). Lelaki gay mampu bergaul dengan orang lain seperti biasa. Ini menyukarkan lagi kita mengenal pasti mereka dengan tepat.

Gay remaja (anak ikan) mungkin sukar memahami mengapa mereka mempunyai naluri yang berbeza. Rakan lelaki lain yang mereka kenali menunjukkan minat terhadap perempuan, lalu menyebabkan remaja gay ini tidak pasti samada diri mereka sesuai bercampur dengan kelumpuk lelaki lurus bendul ini apa tah lagi untuk berbincang atau mendedahkan perasaan sebenar mereka.


Bagaimana aku tahu yang aku adalah gay ?

"Tak ingat pulak bila pertama kali aku sedar yang aku ni gay... , yang pasti sejak kecil aku selalu berangan nak buat sex dengan lelaki dan perasaan itu cukup menyeronokkan aku " -- Azri, 19 tahun (Model sambilan disebuah agensi di Pandan Indah )

"Aku tak pernah rasa tertarik dekat perempuan. Aku betul-betul sedar yang aku gay bila aku dah baligh. Aku dapat rasa tarikkan terhadap budak lelaki lain cukup kuat dan perasaan ingin tahu apa yang meluap-luap"-- Azmi, 18 tahun (Bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini ).

"Satu hari aku membelek Majalah Remaja, ada gambar budak lelaki yang cukup cute - aku tak puas menengoknya ! Apa lagi , confirm lah aku ni gay... " -- Khusairi, 16 tahun (anak jiran sebelah rumah ku )

Diperingkat awal anda mungkin tidak pasti naluri sexual anda yang sebenarnya. Tidak perlu tergesa-gesa melebelkan diri dengan sexual preference yang tertentu. Sexual identities kita terbentuk perlahan-lahan. Remaja lelaki kebanyakkanya mengalami naluri sexual mendalam semasa berada dalam alam baligh iaitu dalam lingkungan usia antara 11 ke 15 tahun bilamana tubuh badan mulai membentuk dan hormon mula aktif. Naluri sexual mungkin agak tinggi diwaktu ini. Ia boleh muncul secara mendadak, tanpa rangsangan samada dari individu atau faktor persekitaran.

Remaja lelaki yang mempunyai naluri gay mendalam akan mendapati, dari masa ke semasa minatnya terhadap lelaki lain semakin menebal dan tidak berbelah bagi. Anda mungkin rasa jatuh cinta dengan rakan sedarjah atau juga lelaki lain yang lebih dewasa. Anda akan merasakan pengalaman ini ada waktunya agak menyeronokkan, menyusahkan atau campuran keduanya. Menjelang usia antara 16 ke 17 tahun, remaja gay akan mula melabel identiti sex mereka dan mengesahkanya sementara yang kurang keyakinan diri atau yang masih keliru akan tetap menunggu...


Tanyalah diri anda persoalan ini : 

Impian atau fantasi sex anda adalah terhadap lelaki atau perempuan ?
Pernah merasa minat atau tertarik hati dengan lelaki lain ?
Adakah anda merasa berbeza dengan rakan lelaki yang lain ?
Adakah perasaan anda sebagai lelaki adalah telus dan jelas ?
Jika anda sukar menjawabnya dengan jelas sekarang, jangan bimbang. Anda akan lebih pasti bila masanya sudah tiba nanti. Hanya anda seorang yang tahu melebalkan diri anda dengan tepat.


Making contact

"Pertama kali menemui gay lain, aku rasa excited, beria-ria, nervous pun ada. Lega rasanya bila kita tahu yang kita tak keseorangan. Ada orang lain jugak. Mulanya mungkin agak takut, tak tahu apa yang akan berlaku..." -- Wan, 18 tahun dari Pasir Mas Kelantan.

"Pertama kali membuat contact dengan gay lain terasa cukup melegakan. Tak sangka langsung ada connection. Rasa cukup happy. Rasa takut pun ada jugak."-- Izham Azhar, student MC GAY GAY.


Belajarlah menyukai diri sendiri

" Dengan menemui gay lain, aku mula menerima hakikat diri aku sendiri. Aku pasrah dengan apa yang ada.."-- Ahmad Zaid , 21 tahun dari Hulu Klang.

"Aku menerima hakikat yang aku ni gay. Tak perlu aku berlakun .."-- Ahmad Wardi, UIA.

Bukan mudah nak berterus terang tentang identiti diri kita yang sebenarnya. Kita sendiri tahu macam mana rakan-rakan membuat lawak bodoh mengenaiya. Kata-kata yang menyakit hati serta tanggapan salah mengenai diri seorang gay. Orang memang membenci atau takut tentang pekara yang mereka tidak faham. Banyak yang membenci golongan gay. Banyak yang tidak merasa selesa denganya. Oleh itu tidak pelik jika anda memilih untuk menyorokkan perasaan anda dari orang lain. Atau mungkin juga menyorokkanya dari diri sendiri ...

Menyorokan perasaan dan naluri sexual sebegini dianggap "closet" bagi kebanyakkan orang. Kadang kala ia memang meyakitkan dan terasa cukup lonely sekali. Kita terpaksa membataskan pergaulan kita dan cuba mengelak dari berkawan dengan gay lain yang sudah 'exposed' bagi mengelakkan orang mengenal identiti kita. Kita seakan hipokrit kerana memendam perasaan dan gagal menunjukkan hakikat diri yang sebenarnya. Walau bagaimanapun bukanlah salah untuk kita terus berkeadaan "closet" sekiranya itu adalah yang terbaik buat kita .

Patutkah aku berterus terang ?

"Aku hanya bagitahu seseorang yang aku ni gay jika aku memang dah kenal betul dengan dia. Rasanya mereka patut tahu sesuatu yang special tentang aku.. "-- Ijat, ITM Shah Alam.

"Soalan tu tak relevent kat aku. Aku ni normal. Tak kan jadi normal pun perlu terus terang kat orang lain gak kot "-- Hisham, 19 tahun.

"Aku akan hanya bagi tahu orang lain yang aku gay bila aku pasti dia tak akan reject aku sebagai kawan. Dia akan terus terima aku seadanya dan tak cuba-cuba nak 'straighten' aku. Tapi mula-mula aku kenalah test dia dulu. Kemudian baru aku pertimbangkan samaada bahaya ke kalau aku bagitahu "-- Shafiq, Cosmopoint Inst. .

"Gay hanyalah sexual preference aku. Ia bukan cara hidup. Kenyataan yang aku ni seorang gay hanyalah sekadar a piece of information yang tak semestinya perlu aku kongsi dengan orang lain "-- Kamal, UKM Bangi.

"kadang2 bile ko dah berterus terang, ko rase lebih lega dan selesa dengan orang sekeliling, tapi kalo ko rase dengan berterus terang ko takkan dihormati, dan malu..jgn ler bagitau..terpulang pada diri sendiri, , ,whether ure open minded or not.. rata2 kawan2 aku boleh terima...dan x pernah mengumpat.. dan juga ape keperluan nak bagitau... takkan tetibe one day nak bagitau semua orang..derang x tanya.. jgn bagitau ler..gilo ko.. umpama mengali lubang kubor sendiri " -- Boykhan, KL - 24


Pandangan Agama Terhadap Golongan Gay dan Pelaku Seks Songsang 

‘Ga y ’   a t a u   h omo s e k s u a l   d i k e n a l   d e n g a n   i s t i l a h   
liwat.   Imam  Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma’) seluruh ulama’ mengenai haramnya homoseksual.
(ajma’a ahlul ‘ilmi ‘ala tahrim alliwat) [Ibnu Qudamah,  Al-Mughni, 12/348]. 


Sabda Nabi SAW,  “Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” [HR Ahmad, No 3908]. 


Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada  khilafiyah di antara para  fuqaha’ termasuklah diantara para shahabat Nabi SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya  Al-Syifa’. 


Sabda Nabi SAW,  “Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat),maka bunuhlah keduanya (peliwat dan yang diliwat).” [HR Al-Khamsah, k e c u a l i   a n -Na s a ’ i ].

Namun , dalam  pelaksanaan  hukuman bunuh tersebut, para sahabat 
Nabi SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini. 

Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati.

Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat,lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah
jatuh ke tanah, dilempari dengan batu. 


Menurut Umar bin Al-Khattab ra dan Utsman bin Affan ra, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati. 


Meskipun para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat tentang  uslub  pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati [Abdurrahman Al-Maliki,  Nidzamul Uqubat, hal. 21].


‘Biseksual’ adalah perbuatan zina jika dilakukan dengan lain jenis.
Jika dilakukan dengan sesama  jenis (sesama lelaki) , ia  adalah tergolong homoseksual dan jika dilakukan di antara sesama jenis (sesama wanita) ia adalah tergolong  lesbianisme . 


Kesemuanya adalah perbuatan maksiat dan haram di sisi Islam. Hukuman ke atas kesalahannya adalah mengikut jenis kesalahan tersebut. Sekiranya tergolong zina, hukumnya adalah rejam (dilempar batu hingga mati) jika pelakunya  muhsan (sudah menikah) dan disebat seratus kali jika pelakunya bukan  muhsan. 


Jika tergolong  homoseksual, hukumannya adalah mati dan jika tergolong lesbianisme, hukumannya adalah ta’zir sebagaimana dibincangkan di atas.
‘Transgender ’  adalah perbuatan yang menyerupai   lain  jenis,  baik dalam  berbicara, berbusana, mahupun dalam bertingkahlaku, termasuklah di dalam aktiviti seksual. Islam mengharamkan perbuatan menyerupai lain jenis sebagaimana hadis Nabi SAW yang melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai lelaki-laki [HR Ahmad, 1/227 & 339]. 


Manakala dari segi hukumannya,jika seseorang transgender itu sekadar berbicara atau berbusana menyerupai  lawan  jenis ,  maka  hukumannya  
adalah diusir  dari pemukiman atau perkampungannya. Nabi SAW telah melaknat orang-orang pondan (mukhannats) dari kalangan lelaki dan orang-orang tomboi (mutarajjilat) dari kalangan perempuan. 


Nabi SAW bersabda,
“ a k h r i j u u h um mi n   b u y u t i k um”  (usirlah mereka dari rumah - 
rumah kalian). Maka Nabi SAW pernah mengusir si fulan dan Umar ra juga
pernah mengusir si fulan” [HR Bukhari no 5886 dan 6834, lihat Imam
Syaukani,  Nailul Authar, hal. 1306]. 


Jika golongan transgender ini melakukan  hubungan  seksual ,  maka hukuman nya  disesuaikan dengan faktanya. Jika hubungan seksual terjadi di antara sesamalelaki, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana homoseksual. Jika
terjadi  di antara  sesama  wanita, maka dijatuhkan  hukuman sebagaimana lesbianisme. Jika hubungan seksual dilakukan dengan lain jenis, maka dijatuhkan hukuman zina.


Di dalam Islam memang dikenal golongan  khunsa yakni orang yang
mempunyai dua alat kelamin dan kewujudan serta kedudukan mereka diakui  dalam fiqh Islam. Namun mereka sama sekali berbeza dengan golongan
transgender kerana golongan transgender adalah golongan yang mempunyai alat kelamin yang sempurna, bukannya dua alat kelamin, tetapi mereka  berperilaku menyerupai lawan jenisnya .


Sedangkan golongan  khunsa adalah golongan yang semulajadinya lahir dengan memiliki dua alat kelamin. Bagi golongan  khunsa ini, terdapat beberapa hukum fiqh yang khusus mengenai mereka.


Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Wujudnya golongan pelaku seks songsang
ini  adalah   kerana  adanya  amalan kebebasan  di bawah  sistem
d e m o k r a s i .   Sistem  kufur ini sememangnya akan membenarkan
segala aktiviti maksiat lahir dan merajalela manakala semua aktiviti
keIslaman akan dihalang habis-habisan. Walaupun ada usaha dari
pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini, namun ternyata usaha
mereka menemui kegagalan demi kegagalan kerana sesungguhnya
mereka berusaha memperbaiki kerosakan manusia  (dengan mengambil jalan) melalui sistem yang juga rosak. 


Mereka umpama masuk ke lubang najis untuk membersihkan naj is dengan 
(juga)menggunakan  najis .  Sampai bilakah pihak  berkuasa dan pihak
pemerintah ini akan sedar bahawa sistem demokrasi dengan undang-undang buatan manusia yang mereka amalkan selama ini tidak pernah dapat  menyelesaikan masalah, malah sebaliknya semakin banyak menimbulkan
masalah dan kerosakan kepada manusia.  


Cubalah pihak berkuasa ini berfikir sedikit, gay manakah yang akan berani
menonjolkan diri atau  ingin  terus melakukan  perbuatan jijik dan terlaknat mereka itu jika dicampakkan mereka satu demi satu dari tingkat tertinggi KLCC sebagai hukuman Allah ke atas mereka? Namun, hukum Allah ini tidak akan akan dapat dilaksanakan selagi mana tidak adanya Daulah Khilafah yang menaungi kita semua. Wallahu a’lam.




Antara Rujukan

Selasa, 27 Disember 2011

Inilah Gambar Perkahwinan Gay Melayu Islam Yang Pertama Sebenarnya

As-salam.Lagi cerita tentang Melayu gay bersama pasangannya berkahwin di luar negara yang aku ambil dari blog Sozcyili seperti yang dinurkilkannya..


"Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb(facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki melayu islam yang pertama kahwin dengan lelaki mat saleh di luar negara. Lihat bawah neh ;


Salah seorang penuntut dari malaysia yang berkahwin di greece. Begitulah pernyataan yang diperolehi daripada laman blog yang sedang menulis tentang arif. Dia turut menyelitkan gambar neh yang dipercayai diperolehi melalui hasil google. 

Kalau yang neh terbukti benar maka ternyata arif adalah yang kedua, bukan yang pertama. Adeh.. tersilap sangka arif yang pertama.. gi mana neh? Hehehe.." - Sozcyili



P/s: Jauh dari di sudut hatiku,aku mengharapkan berita ini tidak benar tetapi jika ia sungguh bagai dikata, aku hanya mampu beristighfar dan beristighfar.
Harap perkara ini  tidak terjadi pada anak cucu dan keturunan kita, Nauzubillah Minzalik.. WallahuA'lam.


Selasa, 20 Disember 2011

PETRONAS Tamat Taja Ariff Alfian dan Dia Mengatakan,"Saya Masih Muslim Akan Kekal Sebagai 'Islam Hingga Mati..."

KUALA LUMPUR – PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

“Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.

“Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

“Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu. – Berita Harian Online



Dalam laporan yang lain menyatakan..

"Saya Masih Seorang Muslim ..."- Ariff Alfian

Ariff Alfian pelajar Malaysia yang telah mendapat tajaan Petronas telah menimbulkan isu panas sekarang ini kerana dilaporkan telah berkahwin dengan pasangan Gaynya. Gambar Ariff Alfian muncul di internet dalam pakaian tradisional Malaysia dengan pasangan gaynya di Ireland pada satu majlis di Dublin City Hall.

Gambar-gambar yang disiarkan pada muka surat depan beberapa akhbar tempatan dan telah menjadi sumber kritikan dari pelbagai kumpulan di Malaysia, di mana hubungan seksual sama jantina adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun di dalam penjara.

Kontroversi ini telah mendorong pejabat Perdana Menteri Malaysia untuk mengeluarkan satu kenyataan yang berjanji untuk menyiasat perkara itu.

Ariff Alfian Rosli (28) telah bermastautin di Ireland selama lapan tahun lalu untuk mempelajari bidang perubatan di sebuah universiti di Dublin. Selepas perselisihan pendapat yang ketara dengan anaknya pada tahun 2009, bapanya Encik Rosli melaporkan anaknya Ariff Alfian hilang kepada pihak berkuasa Malaysia.

Encik Rosli semalam memberitahu The Times Ireland beliau tidak hilang dan ingin membetulkan komen yang tidak tepat mengenai beliau dalam media Malaysia.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Beliau enggan mengulas sama ada terlibat dalam hubungan sesama jantina. Homoseksual masih menjadi isu yang pantang dalam Malaysia. Peguambela bagi hak-hak gay berkata, ramai rakyat Malaysia masih takut untuk keluar secara terbuka kerana takut kutukan agama atau pendakwaan.

Ariff Alfian juga berkata, laporan bahawa dia telah meninggalkan agama Islam adalah tidak tepat.

"Saya tidak ditukarkan ke mana-mana agama, bertentangan dengan apa yang telah dilaporkan. Saya dilahirkan seorang Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal sebagai 'Islam hingga mati. Tiada apa-apa jua akan mengoncang keimanan saya. "
Beliau juga berkata beliau telah berhubung rapat dengan keluarganya dan bingung bagaimana "kehilangan" beliau telah menjadi sumber utama kontroversi di Malaysia.

"Saya mempunyai percanggahan pendapat dengan bapa saya pada tahun 2009, dan selepas itu dia dikatakan hilang. . . Walaupun saya tidak berkomunikasi dengan bapa, saya masih berhubung rapat dengan ahli keluarga saya yang lain, "katanya./sedakasejahtera

P/s : "Saya masih seorang Muslim dan akan kekal sebagai 'Islam hingga mati. Tiada apa-apa jua akan mengoncang keimanan saya..", Mmm.. kata-kata yang agak mengelirukan..Apa pendapat anda..?



Sabtu, 17 Disember 2011

Arif Alfian..Lelaki Melayu Malaysia Kahwini Teman Lelaki Di Luar Negara



Assalamualaikum semua,Sekarang ini agak kecoh cerita Seorang pelajar melayu tulin tajaan Petronas seorang gay telah berkahwin sesama jenis di Dublin, Ireland....dengan lelaki pilihannya bernama Jonathan.  
Betul ke ? atau ini hanya lakonan saja....
Dengan berpakaian melayu gagah siap bertanjak bagaikan Hang Tuah lagaknya..
Adakah ini melambangkan melayu sudah maju kedepan..?
Bergambar dibangunan seperti gereja...melambangkan melayu sudah hilang adab..
Adakah Melayu bukan lagi Islam...islam bukan lagi melayu.... ? Walau pun sekiranya ini hanya lakonan bukan begini caranya.. GP


Semoga suatu hari nanti Allah bukakan hati kedua 'mempelai' ini menurut jalan yang di redhai oleh -NYA.





Dengan tersebarnya berita dan gambar-gambar ini, maka terjawablah misteri kehilangan Ariff Alfian Rosli seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 3 hari yang lalu:

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

Sumber: Rotikaya, Utusan Malaysia, sini 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik