Rukun Islam
Solat ialah tiang agama dan seorang Muslim wajib menunaikan solat mengikut
waktu.
Apabila anda menaiki pesawat bersolat adalah agak sukar. Untuk mengambil
wuduk
bahagian kaki sukar untuk disapukan air dan kalau nak bersolat pula kena bersolat
secara duduk dengan qiblat yang diagak.
Tetapi sekiranya anda menaiki pesawat Saudi Arabian Airline
dan Iran Air, ada ruang bersolat yang selesa disediakan di dalam pesawat
perjalanan jauh. Ianya lengkap dengan arah qiblat yang dipaparkan
pada skrin LCD dan ruang yang cukup selesa untuk bersolat.
Kami difahamkan ruang solat sebegini tidak ada pada pesawat yang membawa
bakal haji ke Saudi.
Canggung juga ya. Kami berharap jika anda tahu sesiapa yang menguruskan
pesawat membawa jemaah ke tanah suci untuk mencontohi dua syarikat
penerbangan ini.
Insyallah akan mendapat pujian penumpang.

Sumber Airliners , Al Kanz , JetPhotos , Prayer Rooms
dari:blogserius.blogspot.com/mforum.cari.com.my


