Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran  sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi  laman web www.spr.gov.my.
  Setiausaha  SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kemudahan memuat turun  Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai  warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai  pemilih.
  “Kemudahan  ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai,  kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun  borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang  dikeluarkan di sini hari ini.
  Sebelum  ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat  Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.
  Menurutnya,  warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum  mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut,  bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan  mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran  pemilih SPR.
  Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.
    KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG A (PENDAFTARAN PEMILIH)
  Maklumat  lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A itu boleh  diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian  03-88856500. – Bernama
  KLIK PADA PAUTAN DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN
  -      maklumat daftar pemilih boleh disemak di SINI
-      untuk semakan secara SMS Taip SPR SEMAK (NO IC) dan hantarkan ke 15888












 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan