Tadi aku berkesempatan menghadiri majlis pengebumian arwah Noramfaizul Mohd. Nor di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia.  Alhamdullilah jenazah arwah Noramfaizul Mohd. Nor telah selamat  disemadikan.  Arwah Noramfaizul Mohd. Nor merupakan orang taman aku.  Rumah arwah tak jauh dari rumah aku. Jadi aku ambil kesempatan nie untuk  memberikan penghormatan terakhir buat arwah.
Aku  ada snap beberapa keping gambar dan video untuk tatapan korang semua.  Nampak wajah arwah macam tidur jer. Semoga keluarga arwah tabah  menghadapi dugaan nie. Arwah meninggalkan seorang isteri Norazrina  Jaafar, 37 dan 2 orang putera yang comel Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal  3. Anak arwah memang comel. Korang leh tengok kat bawah nie.  Sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Noramfaizul Mohd. Nor. 
Salam  takziah buat seluruh keluarga arwah Noramfaizul Mohd. Nor. Semoga arwah  ditempatkan bersama-sama para syuhada, orang beriman dan beramal soleh  pada Allah S.W.T.
Semoga Noramfaizul Mohd. Nor bersemadi dengan aman di sana. 
AL-FATIHAH.
Sumber : dezamancottage.com
 
 



al-fatihah. semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
BalasPadamya..kita satu negara doakannya amin.Harap pihak yang terbabit buat latihan secukupnya...jgn pandang enteng soalan keselamatan..
BalasPadam