IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Petua Hilangkan sedu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Hilangkan sedu. Papar semua catatan

Khamis, 4 November 2010

Petua Menghilangkan Sedu @ Tersedu



Assalamualaikum. Buat pertama kalinya aku nak berkongsi dengan kawan-kawan semua petua dari arwah uwanku semasa hidupnya, Alfatihah buat Aminah bt Sinit.Boleh kata semua makhluk ciptaan Allah didunia ini mengalami sedu ahek! begitulah bunyinya. 


Sesiapa yang kena pasti terseksa seketika, hendak tidur tak selesa, nak makan apa tah lagi, nak minum air... silap cara mahu tersembur air dibuatnya... nak bercakap dengan kekasih hatipun segan nanti takut di katakan.. "Apalah Boya Friend aku ni sejak tadi asyik uhek uhek sawan ke apa..".Takpun Balak anda akan berkata "Apa kena awek aku ni baru aje jumpa pertama kali dah eahak uhungek entah-entah mengand...oh! tidak...?!". Kalau jadi macam ni tak ke malu dan rugi anda.

Baiklah inilah petuanya. Sebelum itu cari seorang kawan,kalau tak ada orang macamana? tak jadi masalah ada boleh cakap sorang-sorang, biarlah orang anggap anda sewel janji hilang penyakit Sedu anda tu betul tak?!. Suruh kawan anda tanya soalan ini kepada anda atau anda tanya soalan tu pada diri sendiri dan jawab balik soalan selepas itu.


Cara-caranya:

"Eh!Putat kamu ni curi telur Ayam ya?" dan anda kena jawab "Ya,aahah.." InsyaAllah dengan izin Allah.. Penyakit Sedu anda akan pulih. macam lawak je petua ni.. dengar macam lawak tak percaya cubalah buat dulu, kalau tak jadi ..jumpalah doktor di klinik yg berdekatan dengan rumah anda, entah-entah ada Mambang duduk dalam tekak anda tu.Wallahua'lam . Biar hilang duit jangan hilang akal, iktiarlah selagi ada daya anda.Wassalam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik