IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Sayang Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayang Ibu. Papar semua catatan

Khamis, 1 November 2012

RENUNGAN: Kisah Sedih Seorang Ibu



Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini.

Ni cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam blog ni.

 Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

 Cerita si anak.....

 ��j� �� ��

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku..
Dia amat memalukanku!

Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.

 Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!

Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.

 Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, "EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"


alyzafisol.com

Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, "Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!"

 Ibuku hanya berdiam diri!!!

 Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..

Aku langsung tidak peduli akan perasaannya..

 Aku ingin keluar dari rumah itu..

Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.

Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

 Suatu hari ibuku datang menziarahiku.

Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!.

Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya... Aku menjerit kepadanya, "Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!

"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!! 

 Dengan pantas ibuku menjawab "Maaf, Saya tersilap alamat" dan terus menghilangkan diri.

 Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan..

 Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.

 Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal.. Aku tidak menitiskan setitik airmata pun!!

 Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya..
 "Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa.. Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama.. 
Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar. 
 Kamu mungkin tidak tahu.. 
Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata... 
Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat kamu membesar dengan hanya satu mata... Oleh itu.. Aku memberi salah satu mataku kepada kamu.. 
Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini.. ..
Dengan kasihku kepadamu.. ..IBUMU..

" Sabda Rasullah Shallallahu `alaihi wasallam: Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

 Wassalam... 

 Kredit: bloginfo4uall

Jumaat, 19 Oktober 2012

Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari


Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh?
Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.

Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.
Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.

Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.
Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.


 Sumber:  manlibo

Rabu, 3 Oktober 2012

PERINGATAN: Sila sedia kan tisu sebelum terus membaca,kerana kisah ini mungkin akan membuat kan air mata anda mengalir sepanjang membaca kisah ini.





SHARE IF YOU ♥ YOUR MOM
<--- Sayangilah ibu anda semua . . =))

orang kata aku lahir dari perut mak . . .
(bukan orang kata...memang betul)

bila dahaga,yang susukan aku...mak

bila lapar,yang suapkan aku...mak

bila keseorangan,yang sentiasa di sampingku....mak

kata mak,perkataan pertama aku sebut...mak

bila bangun tidur,aku cari...mak

bila nangis,orang pertama yang datang...mak

bila nak bermanja,aku dekati...mak

bila nak bergesel,aku duduk sebelah...mak

bila sedih,yang boleh memujukku hanya...mak

bila nakal,yang memarahi aku...mak

bila merajuk,yang memujukku cuma...mak

bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...mak

bila takut,yang tenangkan aku...mak

bila nak peluk,yang aku suka peluk...mak

aku selalu teringatkan...mak

bila sedih,aku mesti talipon...mak

bila seronok,orang pertama aku nak beritahu...mak

bila bengang,aku suka luah pada...mak

bila takut,aku selalu panggil "mmaaakkk"

bila sakit,orang paling risau adalah...mak

bila nak exam,orang yang paling sibuk juga...mak

bila buat hal,yang marah aku dulu...mak

bila ada masalah,yang paling risau...mak

yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...mak

yang selalu masak makanan kegemaranku...mak

yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak

yang selalu berleter kat aku...mak

yang selalu puji aku...mak

yang selalu nasihat aku...mak

bila nak kahwin...orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak


♥ AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI ♥


bila seronok,aku cari...pasanganku

bila sedih,aku cari....mak

bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku

bila gagal,aku ceritakan pada...mak

bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku

bila berduka,aku peluk erat...emakku

bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku

bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak

bila sambut birthday pasanganku,aku bersusah payah mencari hadiah

bila birthday emakku,aku cuma dapat ucapkan "selamat hari lahir mak"

selalu..aku ingat pasanganku

selalu..mak ingat kat aku

bila-bila..aku akan talipon pasanganku

entah bila..aku nak talipon mak

selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

entah bila aku nak belikan hadiah untuk emak...

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. 

Kredit: surau al-ikhwan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik