Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.
(Riwayat al-Bukhari)
Kemusykilan
Hadis  ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang  pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?
Secara Logik
Lalat  memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini  sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas 'sesungguhnya  pada sebelah sayapnya terdapat penyakit'. Namun perlu difikirkan  kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang  terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada  lalat itu sendiri?
Jawapannya  adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang  menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote)  yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.
Secara Saintifik
Islam  menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian  dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW  amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang  memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap  penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.
sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat
Apa  yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh  para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof.  Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma  jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan  Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di  dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga  membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan  mengeluarkan sitoplasma  yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di  sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan  ke bawah. 
Kemudian  pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat  pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat  tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. 
Tahun  1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan  memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer  (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan  penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma  pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria  pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada  seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu  tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda  cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi  mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan  mikroorganisma istimewa ini. 
Maka  adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar  iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih  dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari  badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan  sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi  dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan  kita, Nabi Muhammad SAW.
  


 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan