 
  Sogn og Fjordane, 4 Sept 11: Trude Brosvik, pemimpin Partai Kristian Demokrat Norway KrF di Sogn og Fjordane, berpendapat bahawa sebuah bangunan masjid akan memberikan kontribusi positif kepada masyarakat di daerah tersebut.
"Seperti pentingnya gereja bagi orang Kristain, maka penting pula  bagi   Muslim untuk memiliki sebuah masjid di daerah ini. Sebuah masjid  akan   menguntungkan, jika kita bermaksud menarik imigran," kata Brosvik  kepada akhbar  Firda semalam. 
Partai FrP di wilayah itu  sebelumnya mengumumkan tujuan baru mereka Iaitu meningkatkan jumlah  penduduk menjadi 13,000 pada tahun 2020. 
"KrF peduli dengan  kebebasan beragama dan kami sangat memahami  bahAwa  orang perlu  menjalankan keyakinannya. Oleh kerana itu pada  dasarnya kami  menyokong  agar Muslim memiliki bangunan mereka sendiri  untuk berkumpul,"  jelas  Brosvik. 
Frank Willy Djupvik Kandidat dari FrP dalam pemilihan setempat kepada Firda   mengatakan bahawa Muslim sepatutnya dibolehkan mendirikan   masjid di  wilayah itu dengan dasar kebebasan beragama (atau disebut juga kerukunan  umat beragama). Namun   pembangunannya harus sesuai dengan peraturan  yang ada dan tidak   menggunakan wang pemerintah setempat. 
The mosque of The Islamic Association of Bergen (Det Islamske Forbundet i Bergen), like most Norwegian mosques situated in a regular town house
(sumber) 
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan