IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Babi-Kosmetik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Babi-Kosmetik. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Mac 2012

CIRI-CIRI BULU BABI DALAM KEGUNAAN HARIAN KITA

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu BABI…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu BABI:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu BABI atau BABI hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..

w.terapi.imamuda.com

Rabu, 24 Ogos 2011

Simply Siti disah HARAM Dibuat Dari Bulu Babi ?



Semua mesti tahu produk kecantikkan muka Simply Siti dan memang tidak dinafikan ramai yang menggunakan produk tersebut. Tetapi, Jakim telah menarik balik status halal produk tersebut kerana produk tersebut diperbuat daripada bulu babi.

Menurut Jakim, kebanyakan syarikat yang telah ditarik balik status halal kerana penggunaan kandungan terlarang dalam sesuatu produk. Produk simply siti tidak selamat digunakan oleh pengguna islam kerana kandungan sampel berus produk tersebut menggunakan bulu babi sebagai ramuan. Bukti selepas keputusan analisa kimia bahawa berus simply siti menggunakan bulu babi.

Bawah adalah surat lampiran yang mengesahkan perkara tersebut.



Kes ni bermula pada tahun 2011 sebenarnya, Simply Siti dah tukar vendor berus bulu babi tuh ke vendor lain, just share balik buat peringatan sesama kita sebagai pengguna, buatlah pilihan yang bijak... mencari halal sesuatu yang pasti. Kalau nak beli berus, blusher or sebagainya... pastikan bulu apa ya! 

Sumber :Alif Cullen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik