IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Pelajaran 18sx. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajaran 18sx. Papar semua catatan

Khamis, 16 Ogos 2012

Walnut Membantu Meningkatkan Kesuburan Sperma



Lelaki yang mahu meningkatkan tahap kesuburan mereka mungkin mendapat manfaat dengan  makan walnut.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Saintis di Universiti California ke atas sekumpulan lelaki berumur 20 hingga 30-an dengan mengambil 75g setiap hari selama tiga bulan, mereka berjaya meningkatkan jumlah sperma yang berkualiti seterusnya berpotensi memberi peluang yang lebih baik untuk mendapat anak.

Walnut adalah sumber utama lemak politaktepu yang baik [polyunsaturated fats] selain kaya dengan Omega 3 dan Omega 6  yang juga ditemui dalam minyak untuk meningkatkan fungsi sperma.

Satu daripada enam pasangan yang bermasalah untuk hamil didapati  kira-kira 40 peratus adalah disebabkan oleh sperma lelaki yang tidak subur.

Para penyelidik menganalisis kepekatan sperma lelaki yang diuji dengan makan walnut mengikut jumlah pengambilan yang ditetapkan dan mendapati betapa kuatnya seperma mereka berenang dan membantu pembentukan kandungan genetik .

Allan Pacey, pakar kesuburan di Universiti Sheffield, berkata kajian itu mendapati peningkatan dalam jumlah sperma agak sederhana. Mereka akan mengkaji lagi sebelum mencadangkan ini sebagai terapi untuk kemandulan. [dailymail]

www.orangmuo.com

Selasa, 12 Jun 2012

Kenapa Wanita Dan Lelaki Perlu Cukur Bulu Kemaluan ?


pisau cukur Kenapa Wanita Dan Lelaki Perlu Cukur Bulu Kemaluan ?Ada seorang budak perempuan berumur 8 tahun memanjat pokok rambutan ditepi jalan. Lalu Pak Haji dan terpandang budak diatas pokok rambutan yang tidak memakai seluar dalam. Dipanggil budak itu turun dan diberikan RM5.
“Nah ambil duit ini,balik rumah tak payah panjat lagi!”
Apabila sampai dirumah, ditunjukkan kepada ibunya duit yang telah diberi oleh Pak Haji itu kerana memanjat pokok rambutan. Jadi si ibu terfikir, jika anak boleh dapat RM 5 mungkin dia akan dapat RM10. Keesokkan hari si Ibunya pula panjat pokok rambutan sambil memetik buah rambutan dan menunggu Pak Haji yang kebiasaan akan lalu kearah situ.
Maka lalulah Pak Haji dan terpandang si ibu memanjat pokok dengan berbaju t-shirt dan kain batik lalu dipanggil si ibu turun.
“Nah Jah, ambil 50 sen ni!”…tercenggang si ibu dan bertanya kepada Pak Haji kenapa dia hanya dapat 50 sen sahaja sedangkan anaknya dapat RM5. “Ambil duit ini beli pisau cukur!”… Pak Haji suruh beli pisau cukur kerana si ibu tak pernah cukur pun…?%$.
“Moral of the story”…kita tak pernah kisah untuk bercukur. Ada kakcik dan Makcik yang selalu mengaji kat ustaz. Bab lain-lain tekun mengaji. Tapi bab cukur tak pernah ambil kisah. Berbalik kepada tajuk.
Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa: 
“Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari”. (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .
Bermaknanya paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.

Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,
Pertanyaan Nabi: 
“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”
Jawab Iblis: 
“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.” 
Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.
Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari) 
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.
Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah ??? ?????? (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi berkata: 
“al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan.
 Sumber : HomeFamilySite

Rabu, 25 Januari 2012

Bolehkah Suami Isteri Mandi Bersama ?

P5110621 300x255 Bolehkah Suami Isteri Mandi Bersama ?

Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri. Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri.
Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan;
Maksudnya;
“Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)” (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)
Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.
Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;
Maksudnya;
“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub” (Sahih Muslim : 482)
Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam.
Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).
Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).
Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.
Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.
Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.
Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.
Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT./homefamilysite

Rabu, 21 September 2011

Hukum Onani : Cara Mengatasinya DAN Cara Ganti Puasa Bagi Yang Onani

first image



**ENTRY INI DIBUAT ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT YANG MERAHSIAKAN IDENTITINYA UNTUK RUJUKAN DAN PANDUAN SEMUA .


PENGERTIAN ONANI

Onani (melancap) dalam Bahasa Arab disebut Istimna. Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.(sumber)


DR. ISMAIL: Amalan onani atau juga dikenali sebagai melancap merupakan amalan turun-temurun yang kekal sehingga kini.

Amalan ini boleh dikatakan sebagai amalan semula jadi kepada kita sebagai permulaan untuk mengenali tentang diri kita sendiri, naluri, rangsangan syahwat dan sebagainya.


Amalan onani terjadi kerana nafsu syahwat yang berlaku secara langsung dan tidak langsung memberi rangsangan kepada individu itu untuk melakukan sesuatu semata-mata ingin merasai nikmat keseronokan, kelegaan, ketenangan dan kepuasan syahwat.


Kebanyakan individu yang melakukan onani adalah mereka yang suka keseorangan dan suka berkhayal. Mereka akan memikirkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan rangsangan kepada nafsu syahwat.

Apabila senario ini berjaya merangsang nafsu, mereka akan mula menyentuh bahagian tubuh badan yang dapat merangsangkan syahwat, bagi menikmati kemuncak syahwat.


Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan dan jika itu sudah mencukupi mereka akan tidur atau melakukan perkara biasa.

Jika nikmat kemuncak tersebut tidak mencukupi mereka akan melakukan sehingga mendapat kepuasan batinnya.


Mereka yang melakukan onani adalah untuk keseronokan kendiri sahaja. Malah, rata-rata tidak terfikir bahawa perbuatan mereka boleh menjejaskan kesihatan jika amalan tersebut di luar kawalan.

Mereka yang suka melakukan onani tidak semestinya mereka yang suka membaca atau menonton cerita-cerita yang boleh mengundang kepada rangsangan syahwat.


Khayalan perangsang utama mencetuskan kehendak untuk beronani.

Satu kajian rambang yang dijalankan di kalangan remaja tentang amalan onani mendapati lelaki melebihi kaum perempuan di mana sebanyak 70 peratus lelaki berbanding 40 peratus perempuan.

Amalan ini biasanya ditinggalkan apabila mereka mempunyai aktiviti sosial yang stabil.


Didapati amalan melakukan onani tidak mengenal bangsa ataupun agama. Mereka yang melakukan onani adalah orang yang mempunyai fantasi seks yang keterlaluan sehingga mereka tidak dapat mengawal diri dan tewas dengan godaan fantasi tersebut.


Jika mereka dapat mengawal emosi dan perasaan, sudah pasti mereka tidak akan melakukan onani walaupun mereka terdedah dengan perkara yang merangsangkan syahwat.


Remaja prabaligh adalah golongan orang yang paling banyak melakukan onani jika dibandingkan dengan golongan dewasa.

Orang dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat mengenal dirinya sendiri berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.


Kesan jangka masa panjang untuk seseorang yang melakukan onani akan menyebabkan mereka menjadikan onani sebagai satu tabiat yang biasa untuk dilakukan jika keinginan naluri mereka berada pada tahap yang tidak dapat dikawal lagi.


Mereka akan ketagih melakukan tabiat tersebut jika mereka inginkan keseronokan tetapi pada mereka yang merasakan onani satu tabiat yang buruk, mereka mestilah cepat bertindak supaya keseronokan kendiri dapat dikawal dengan baik.

Dari segi kesihatan pula, amalan onani boleh menekan kesihatan bagi mereka yang melakukannya.


Ini tertakluk kepada amalan dan cara gaya onani yang dilakukannya.


Ada sesetengah mereka mengalami kecederaan alat kelamin sehingga luka berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan dan boleh juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar.

Apa yang pasti kesan jangka masa panjang adalah menyebabkan seseorang itu mati pucuk jika mereka gemar beronani secara berterusan dengan cara yang ganas itu.


Melakukan onani berpanjangan akan menyebabkan seseorang itu tidak akan mencapai keseronokan dan kepuasan apabila melakukan hubungan seks dengan pasangan, setelah berkahwin.

Hakikatnya, banyak kesan sampingan yang dikaitkan dengan amalan onani seperti lemah tenaga batin dan kerosakan kemaluan seperti urat bersimpul, kemandulan dan masalah zuriat terencat.


Kesemua ini tidak ada kaitan dengan masalah yang biasa berlaku akibat amalan beronani selain daripada perkara yang telah dijelaskan awal tadi.

Bagaimanapun, ada waktunya onani boleh dilakukan, iaitu jika perbuatan itu boleh menghalang lelaki terbabit daripada berzina.

Mereka yang menghadapi masalah ini dinasihatkan supaya, meningkatkan daya kawalan diri atau jati diri.


Ini boleh dilakukan dengan mengelakkan diri daripada berseorangan atau membaca buku yang mengghairahkan, menonton gambar yang merangsangkan, melayari laman web lucah dan sebagainya.


sumber : Utusan Malaysia : 29/06/2003



University Of Toronto


University of Michigan


HUKUM BERONANI

Jawapan Oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi


Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).


Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:


"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)


Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.


Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.


Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:


1.Kerana takut berbuat zina.
2.Kerana tidak mampu kawin.


Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.


Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:


"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)


Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam

 
CARA MENGATASI KETAGIHAN ONANI

Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri daripada terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:
1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.
2. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.
3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.
4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.
5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.
6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.
7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.
8. Berpuasa


 Sumber

Batal Atau Tidak Keluar Mani Di Bulan Puasa


Salam sejahtera dan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat sekelian, terima kasih kerana mengunjung blog ini dan saya sangat menghargai anda semua. Dalam melaksanakan ibadah puasa ini banyak pantang larang yang perlu dilalui oleh semua muslimin dan muslimat. Kalau melanggarnya maka puasa akal terbatal atau mengurangkan pahala puasa. Kesempatan ini saya ingin membahaskan secara ringkas sahaja tentang orang yang keluar mani ketika waktu puasa (terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari).

Air mani yang keluar dengan tidak sengaja seperti bermimpi pada waktu siang puasa, secara tiba-tiba terpancar air mani bukan disebabkan memikirkan persetubuhan atau memandang aurat wanita. Maka hal ini tidak membatalkan puasa. Keluarnya mazi iaitu air yang keluar ketika seseorang bersyahwat sebelum keluarnya mani tidak membatalkan puasa. Tetapi perbuatan bersyahwat itu dapat mengurangkan pahala puasa tersebut, kerana ia memikirkan perkara membangkitkan nafsunya ketika dalam puasa.

Batal puasa bagi orang yang mengeluarkan maninya dengan sendiri atau sengaja seperti bersetubuh dengan isterinya, onani atau berkhayal memikirkan kecantikan tubuh wanita sehingga terkeluarnya mani. Begitu juga dengan wanita yang berkhayal atau onani sehingga mengeluarkan air maninya dengan sengaja. Hal ini juga merupakan dosa dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah. Untuk mengetahui hukum orang yang beronani boleh klik di sini.

Ciri-ciri Keluarnya Mani

  1. Bau air mani yang kurang enak, bau pandan, bau Clorox, bau putih telur atau bau seperti tepung diuli.
  2. Keluar dengan keadaan syahwat dan mengairahkan, setelah keluar air mani badan akan merasa lemah.
  3. Keluarnya memancut atau meleleh.
  4. Air mani lelaki warnanya putih pekat seperti hingus atau susu getah yang melekat. Air mani wanita warnanya kuning dan agak cair sedikit.
Cara Ganti Puasa Bagi Orang Onani Ketika Puasa

Orang yang sengaja mengeluarkan maninya pada siang hari puasa Ramadhan dengan cara onani sama ada dengan tangannya sendiri, tangan isterinya atau lain-lainnya. Maka puasanya batal dan harus baginya meneruskan puasanya sebagai menghormati Bulan Ramadhan. Orang tersebut diwajibkan ia ganti kembali puasanya yang batal disebabkan onani sebelum menjelangnya Ramadhan tahun hadapan. Kalau ia belum ganti puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan tahun hadapan, maka ia diwajibkan puasa ganti dan membayar fidyah. Untuk mengetahui cara bayar fidyah klik di sini.

Cara Ganti Puasa Orang Bersetubuh Di Siang Ramadhan

Orang yang melakukan hubungan persetubuhan pada siang bulan Ramadhan dikehendaki meneruskan puasanya sebagai menghormati Bulan Ramadhan. Menurut pendapat dari Mazhab Syafi’i orang yang melakukan hubungan persetubuhan pada siang hari puasa, batal puasanya dan ia perlu membayar kifarah atas perbuatannya tersebut. Pendapat ini berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah bahwa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw dan berkata :

”Aku telah celaka wahai Rasulullah. Baginda menjawab : Apa yang membuatmu celaka? Orang itu berkata : Aku telah menyetubuhi isteriku di bulan Ramadhan. Baginda bertanya : Adakah kamu memiliki sesuatu untuk membebaskan hamba? Orang itu menjawab : Tidak. Baginda bertanya : Sanggupkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut? Orang itu berkata : Tidak. Baginda bertanya : Apakah kamu memiliki sesuatu untuk memberikan makan enam puluh orang miskin? Orang itu menjawab : Tidak. Kemudian Baginda terdiam beberapa saat hingga didatangkan kepada Baginda setangkai kurma dan berkata : Ambil kurma ini sedekahkanlah ia. Orang itu berkata : Adakah orang yang lebih miskin dari kami. Maka tidak ada tempat diantara dua batu hitam penghuni rumah yang lebih miskin dari kami. Lalu Baginda pun tertawa hingga terlihat gigi garhamnya kemudian berkata : Pegilah dan berikanlah ini kepada keluargamu.” (Riwayat Jamaah)

Berdasarkan hadis ini, orang yang melakukan persetubuhan pada siang Ramadhan dikenakan kifarah seperti memerdekakan hamba, berpuasa selama 2 bulan berturut-turut, memberi makan 60 orang fakir miskin. Zaman sekarang ini tiada lagi hamba abdi untuk dimerdekakan, maka di sini berpuasa selama 2 bulan berturut-turut dikenakan kepada yang berkemampuan untuk puasa. Maksud kemampuan puasa adalah puasanya tidak memudharatkannya. Jika ia tidak mampu, maka cukup dengan memberi makan 60 orang fakir miskin.




Khamis, 25 Ogos 2011

Seks Oral Punca Utama Barah Tekak



COLUMBUS - Saintis mendapati seks oral lebih berisiko menyebabkan barah tekak berbanding penggunaan tembakau menerusi aktiviti merokok, lapor sebuah akhbar semalam.

Berdasarkan hasil kajian terbaru, saintis-saintis mendapati aktiviti itu merupakan punca utama barah tekak dalam kalangan individu berusia di bawah 50 tahun.

Mereka berkata, virus papilomma manusia (HPV) yang merebak ketika aktiviti itu menjadi punca peningkatan barah tekak sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

"Berpandukan bukti saintifik semata-mata, kami tidak tahu sama ada vaksin itu dapat mengekang jangkitan HPV yang menyebab-kan kanser," kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor Maura Gillison dari Universiti State Ohio di sini.

"Namun, pakar-pakar bidang perubatan optimistik bahawa pelalian dapat mencegah jangkitan barah tekak akibat HPV," tambahnya.

Sebelum ini, HPV didapati menjadi punca 70 peratus kes kanser serviks dalam kalangan wanita.

Sejak 2008, gadis berusia 12 dan 13 tahun di sekolah-sekolah telah diberi pelalian mencegah virus tersebut. - Agensi

(sumber)

Isnin, 22 Ogos 2011

Bagaimana Islam Menjaga Maruah Dan Keturunan Umatnya



Islam agama yang indah, lengkap dan memenuhi aspek kehidupan sejagat.

Setiap persoalan dalam kehidupan di dunia ini telah Islam sediakan dengan garis panduan, peraturan dan penyelesaiannya supaya manusia menjalani kehidupan dengan sejahtera.

Antaranya ialah persoalan seks.

Apabila berbicara mengenai seks, Islam menganjurkan umatnya bertanya segala masalah kepada orang yang lebih alim.

Saidatina Aisyah memuji sifat wanita Ansar yang berani bertanya Rasulullah SAW dalam masalah agama yang mereka tidak ketahui.

Tambahan pula persoalan seks amat berkait rapat dengan soal maruah yang menjadi satu daripada enam perkara asasi dan tonggak kesejahteraan serta keamanan sejagat selain agama, harta, nyawa, akal dan keturunan.

Pengabaian persoalan seks dikatakan antara faktor menyumbang kepada kemelut sosial yang semakin meruncing di kalangan masyarakat kini.

Justeru, pendidikan seks perlu diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa secara khususnya ketika mendidik anak supaya mereka menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT.

Seks memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut kamus, seks ialah keinginan nafsu syahwat yang disalurkan pada tempat sebenarnya.

Dengan nafsu syahwat inilah keturunan manusia dilanjutkan.

Sehubungan itu, Islam tidak ketinggalan menyediakan garis panduan kepada manusia supaya mendidik nafsu syahwat selaras nilai Islam sehingga berubah menjadi nafsu yang dirahmati dan diredai Allah.

Dari sini, baru terbina sebuah mahligai rumah tangga yang bahagia dihiasi haruman sakinah , mawaddah dan rahmah.

Dari institusi kekeluargaan inilah, lahir generasi manusia yang akan menyambung keturunan untuk terus mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.




Menurut perspektif Islam, pendidikan seks sebahagian daripada pendidikan akhlak yang didasari asas iman.

Contoh, seorang Muslim yang beriman tidak akan menyalurkan naluri keinginan seks untuk berzina atau melakukan seks bebas, berkhalwat dan sebagainya.

Pendek kata, iman bertindak sebagai perisai utuh menghalang seorang Muslim melakukan larangan Allah.

Sebaliknya iman tohor menyebabkan mereka bertuhankan hawa nafsunya dan sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memuaskan kehendak hawa nafsunya.




Konsep awal pendidikan seks dalam Islam dimulai dengan pengertian aurat iaitu bahagian tubuh yang wajib ditutup, tidak boleh diperlihatkan dan kita pun tidak boleh melihat aurat orang lain.

Bagi lelaki, auratnya antara pusat hingga ke paras lutut.

Aurat wanita pula seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan. Dalam hal ini, tiada kelonggaran atau keuzuran bagi seseorang mendedahkan aurat kepada orang lain kecuali untuk tujuan perubatan dan sebab yang dibenarkan syarak.

Malah aurat adalah bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat. Sebab itu, Islam memerintahkan umatnya menutup aurat supaya tidak terdedah kepada gejala terlarang.

Seterusnya, Islam memerintahkan ibu bapa memisahkan tempat tidur anak mereka apabila sampai masa dengan menyediakan bilik khusus untuk anak lelaki dan anak perempuan.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW bermaksud:

"Suruhlah anak kamu menunaikan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukul mereka apabila berusia sepuluh tahun (jika masih belum menunaikan solat) serta asingkan tempat tidur mereka."

(HR Tirmizi dan Abu Daud)




Selain itu, anak sewajarnya dijelaskan adab sopan dalam rumah dan luar rumah. Ibu bapa perlu mendidik mereka sejak kecil mengenai adab meminta izin dalam rumah tangga iaitu meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapanya.

Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya:

"Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umurnya) yang tersebut dahulu meminta izin."

(Surah al-Nur: 59)

Pendidikan seks juga bererti mendidik diri anak dan orang dewasa sentiasa menjaga pandangan mata. Ini bermakna seorang Muslim dilarang memandang benda haram seperti menonton filem lucah, membaca bahan lucah, melihat gambar seks dan sebagainya.

Malah, lelaki wajib menundukkan pandangannya apabila melihat perempuan seperti dinyatakan Allah SWT dalam (Surah al-Nur: 30) yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan- Nya tentang apa yang mereka kerjakan."

Perintah menundukkan pandangan mata bukan hanya kepada lelaki malah perempuan yang turut dituntut memelihara aurat dan kehormatan mereka.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman maksudnya:

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."

(Surah al-Nur: 31)




Anak juga hendaklah diajar jangan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan tidak berdua-duaan dengan yang bukan mahram.

Bergaul bebas antara mukadimah zina yang dilarang Islam selain perangkap yang dipasang syaitan untuk menjeremuskan umat manusia ke lembah perzinaan.

Huraian Al-Quran dan juga penjelasan hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan proses kejadian manusia bermula dari setitik air mani hingga kepada proses kelahiran bayi, hendaklah disampaikan dan dijelaskan kepada anak dengan sebaik-baiknya untuk maksud membuktikan kekuasaan Allah.

Akhirnya, apabila anak mencapai umur kematangan yang melayakkan mereka membawa haluan hidup masing-masing maka ibu bapa perlu menerangkan etika hidup bersuami isteri dan berkeluarga mengikut cara Islam.

Mudah-mudahan mereka dapat membina sebuah mahligai rumah tangga bahagia yang berada di bawah keredaan Ilahi.

Sejarah membuktikan, pengetahuan manusia semata-mata tidak mampu membendung dan mendidik seks tanpa petunjuk Allah.

SUMBER 

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Ahad, 7 Ogos 2011

18 SX - Kesan Buruk Pornografi Kepada Otak Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mesti korang tahu kan apa maksud pornografi tu...Siapa yang kata tak tahu,meh aku sekeh..Tak yah la nak tipu aku,sedangkan budak tadika pun tahu..Ape yang best dengan pornografi tu sampaikan sanggup sorok-sorok melihatnya je..Aku rase tak de sebarang kebaikan pun..Kalau keburukan daripada menonton filem prono banyak lah..Nak aku bagi contoh ?



12 fatamorgana tentang pornografi yang terlanjur tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita:

1. Pornografi memberi makan pada 'keinginan mata' dan 'keinginan daging' yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi. 
Dengan mudah, pornografi memperbodohkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan. Kekuatan tersembunyi disebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri.

2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.


3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan lainnya.
 
Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.

4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani.


5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.


6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut mendukung perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh 'kejahatan terorganisasi' yang mencari wang dengan cara haram.


7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.

Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si ‘mangsa’. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.


8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.


9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.

Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.


10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong.

Orang yang terikat dengan pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong dia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritik dari lingkungannya. Ke mana pun dia pergi, dia akan cenderung memakai ‘topeng’.


11. Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius.

Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan.


12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri.
 

Contoh kebohongan yang ditawarkan ialah :

a. Kebebasan seksual = kebahagiaan.
b. Penyimpangan seksual = normal.
c. Bila-bila saja melampiaskan keperluan seksual = hal yang benar dan wajar.
d. Setiap hari masturbasi = sihat.
e. Pornografi = tidak menyakiti siapa pun.
f. Bintang porno = orang paling bahagia di dunia.
g. dll.

(sumber)

Ahad, 24 Julai 2011

10 Kebaikan Seks

Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:


Seks mengurangkan tekanan
Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.


Seks meninggikan Immuniti badan
Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.


Seks membakar lemak
Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.


Seks menguatkan kesihatan jantung
Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.


Seks meninggikan Self-Esteem
Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.

Seks membuatkan kita lebih menyayangi
Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi. 

Seks mengurangkan sakit
Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.


Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.


Seks menguatkan otot pelvis
Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.


Seks membuat anda tidur lebih lena
Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.


(Sumber)


Kataku: Peringatan dan Awas .Bagi sesiapa yang dah baca artikel diatas ..berbuatan seks diluar nikah adalah haram di sisi agama terutama bagi kita yang beragama Islam.Kalau dah tak tahan tu nikah @ khawin ajelah..kalau tak mampu berpuasalah...Selamat Berpuasa.

Khamis, 30 Jun 2011

Perkara Tentang Perempuan Yang Mungkin Perempuan Tidak Tahu

Adakah seorang perempuan cukup tahu apa yang berkaitan dengan diri mereka.?. Apa yang ada pada tubuh mereka, apa yang berlaku pada tubuh mereka.? Mungkinkah mereka ada terlepas pandangan kepada beberapa perkara.?



Dan entri ini aku bawakan beberapa point yang berkaitan perempuan yang aku beranggapan mungkin ramai perempuan yang tidak tahu berbanding perempuan yang tahu.
Dan semestinya entri ini juga sesuai di baca oleh orang lelaki (yang sudah cukup umur) sebagai pengetahuan.


Nota: Entri ini sesuai dibaca oleh mereka yang berumur 18tahun ke atas. Boleh dikatakan entri berkaitan pelajaran seks, tetapi tidak diceritakan secara terus.


Berikut beberapa point yang aku pikirkan.

1. Darah Istihadah

Darah istihadah adalah darah yang keluar dari rahim wanita yang tidak termasuk dalam darah haid atau nifas. Darah istihadah keluar tidak mengira masa, dan orang yang mengalami sendiri tidak mengetahui bilakah darah itu akan keluar, tidak seperti darah haid yang ada kitaran tertentu.

Boleh dikatakan darah istihadah ini adalah darah penyakit. Aku tak tahu ramai atau tidak perempuan yang mengalami masalah ni, sebab takkan aku hendak tanya pula kan.ha3.:)
Dan untuk bacaan lanjut berkaitan darah istihadah ini, boleh baca dari link ini, Apa itu Istihadah?, atau boleh google, dan jika hendak lebih jelas penerangan, boleh tanya ustaz atau ustazah.:)


2. Selaput dara.

Selaput dara rasanya semua orang boleh bayangkan yang ia adalah satu lapisan nipis seperti lapisan kulit bawang yang berada di dalam faraj wanita. Tetapi adakah anda(perempuan) tahu yang terdapat beberapa jenis selaput dara.?

Rasanya tak perlu aku letak gambar kat sini, sebab aku rasa malu..ha3.. Tetapi anda boleh meneruskan bacaan jenis selaput dara ini dari link yang aku jumpa ini. BENTUK BENTUK SELAPUT DARA


3. G-Spot

Sebelum tu, cerita pasal sejarah sikit, G-Spot ini dikaji oleh Grafenberg. So, G kat depan tu sempena nama dia.:). G-Spot adalah satu titik rangsangan yang berada dalam dalam faraj wanita. G-Spot ini boleh la kalau aku katakan ianya melibatkan kepuasan seksual wanita.



Untuk bacaan berkaitan G-spot ini, boleh je rujuk wiki, http://en.wikipedia.org/wiki/G-Spot ataupun video pengetahuan yang banyak anda boleh pelajari di youtube.


BONUS.
Pancutan.

Lelaki kalau klimaks, secara normalnya akan mengalami pancutan. Boleh dikatakan kesemua lelaki. Dan untuk perempuan, ada juga sesetengah perempuan yang akan mengalami pancutan apabila mereka mencapai tahap klimaks.

Dan dari apa yang aku tahu, hanya sedikit sahaja perempuan yang boleh mengalami pancutan. Percentage tu aku sudah tidak ingat berapa. Tetapi bagi perempuan yang boleh mengalami keadaan 'pancutan', ia adalah satu anugerah.

Habis sudah pelajaran untuk orang yang berusia 18tahun ke atas.ha3. Aku sebenarnya tidak pasti perempuan tahu tak, tapi aku rasa mungkin ramai yang tidak tahu tentang point² di atas sebelum ini. Kalau aku salah sila bagitahu.:)

Ok, itu tentang hal perempuan. Ada korang tertanya bagaimana aku ni seorang lelaki boleh tahu.? jawapannya, membaca jambatan ilmu..:). Tentang hal lelaki yang aku tak tahu.? memang la aku tak tahu.:)

Eh, satu lagi..Kalau sebut Permata Yang Hilang, perempuan konfirm akan terpinga-pinga. Kalau lelaki mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tidak tahu. Kalau hendak tahu cari sendiri, dan peringatan, ianya untuk bacaan dewasa dan lagi sesuai bagi sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan.:)


p/s: Entri ini boleh dimasukkan dalam kategori rahsia wanita ke.?.Tapi sekarang sudah tidak rahsia lagi.:)



(sumber)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik