IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Sejarah hari Ibu dan Hukum Sambutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah hari Ibu dan Hukum Sambutan. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mei 2012

Selamat Hari Ibu, Untuk Ibu-Ibu Seluruh Dunia



 

Pantun Untuk Ibuku Yang TerCinta


 Aiman dan Aisyah pergi ke pekan

Pergi ke pekan membeli Dulang

Selamat Hari Ibu ku ucapkan

Buat Omak ku yang berada Di Pasir Gudang


Hari panas tekak pun dahaga 

Pekena Cendol manis rasanya

Terima kasih yang tak terhingga

Kerana menjaga kami bertiga hingga dewasa


Bersembang-sembang di atas Titi

Cahaya Bulan nampak bersinar

Ingatan kami buat mak selalu di hati

Dari kami Abdullah,Suhaila dan Muhd Noor 


Membenarkan Firman NYA dalam Kitab yang Suci.. setiap anak yang 
lahir ke dunia ada rezekinya..

Dapat lahir ke dunia ini satu rezeki , Dapat Meneguk Susu Ibu juga di antara rezeki,   bukan satu yang kita dapat tapi dua! Mak...eden mintak halal susu awal mu yang berKolostrum tinggi itu, yang dikau berikan dengan penuh kasih sayang mu,dengan kasih sayang yang Allah kurniakan kepada mu wahai ibu maka kami dapat melihat dunia yang Indah ini..mengumpul bekal menuju alam yang Abadi.. Terima Kasih Ibu, Mak, Ummi, Mama,Mum..


Lagi Pantun untuk Ibu-Ibu seluruh Dunia
 

Rumah kecil bertiang seribu,
Beras perang sudah bertanak;
Embun cinta seorang ibu,
Menyegar kasih sayang anak.

Tun Fatimah tersebut riwayat,
Legenda hebat tak terhingga;
Kasih ibu sepanjang hayat,
Kasih sayang hingga ke syurga.

Kuliah agama hari Rabu,
Bincang pula bab syurga;
Tidak ternilai kasih ibu,
Nilai intan bukan harga.

Ulam-ulaman nasi kerabu,
Segar enak beli di pasar;
Kasih sayang terhadap ibu,
Derhaka itu dosa besar.

Hujan menimpa atas batu,
Hujan pula di tengah hari;
Seorang ibu hanyalah satu,
Tiada pengganti jika dicari. 


Barang siapa tiada Ibu dan juga Ayah,sedekahkanlah kepada mereka  Al- Fatihah. Dengan harapan zuriat kita juga buat begitu untuk kita ...Amin..Wassalam




Isnin, 30 Januari 2012

Perihal Gadis 17 Tahun, Berat 19 Kg & Ibunya

Perihal Gadis 17 Tahun, Berat 19 Kg & Ibunya
Walaupun telah berusia 17 tahun, seorang gadis malang, Riri Nuraini hanya seberat 19 kilogram jauh lebih ringan berbanding gadis-gadis lain seusia dengannya.
Lebih malang lagi, Riri terpaksa menghabiskan usianya itu dengan terlantar di atas sebuah katil ekoran menderita penyakit lumpuh.
Namun, segala penderitaan itu terubat apabila gadis yang berasal dari Bandung itu begitu bertuah mendapat sepenuh kasih sayang dari ibu yang tidak pernah jemu menjaga dan memberi perhatian kepadanya.
Melalui senyum tawa dari gambar-gambar Riri yang dimuat naik oleh beberapa media dari negara jiran, nyata gadis itu cukup bahagia meskipun kehidupan fizikalnya tidaklah seindah mereka yang lain.
Begitulah nilai harga kasih sayang seorang ibu yang mampu menghadiahkan seribu kemanisan kepada anaknya.
Bagaimana pula dengan kasih sayang kita kepada ibu masing-masing?
Ibu kita selama ini sanggup bersabung nyawa melahirkan dan begitu tulus melayan kerenah anak-anaknya tanpa meminta sedikit pun balasan.
Persoalannya, mengapa masih ada lagi di antara kita yang sanggup melukakan hati dan menghampakan permintaan ibu yang tidak seberapa?
Kita sanggup berhabis wang ringgit membeli bunga, hadiah dan bawa kekasih hati makan di restoran mewah, namun pernahkah kita menhadiahkan sekuntum bunga mawar untuk ibu sendiri?
Ibu mana yang tidak gembira sekiranya dihadiahkan sekuntum bunga mawar dari anaknya?
Bukan harga sekuntum bunga yang mengembirakannya, namun hanya ibu sahaja yang mampu memberi tafsiran betapa mereka gembira dan terharu dengan nilai kasih sayang dari anaknya…
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN(mynewshub.my)

Kataku: Kasih ibu tiada tandingan...akan tetapi kasih sayang Allah s.w.t itu tidak terbilang banyaknya..WallahuA'lam.

Rabu, 5 Oktober 2011

Gambar dan Video Bayi yang Di Campak Dari Tingkat 2, Di Temui Di Dalam Longkang


image

Apa salah sekujur tubuh kecil ini? betapa kejam manusia sampai sanggup buat perkara terkutuk dan keji macam ni. tak terbayang dalam fikiran waras kita untuk benda macam ni akan jadi. Ini binatang bukan manusia. Binatang pun takkan buat anak macam ni. Astaghfirullah.


GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.
Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.
Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.
Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.

TAHAN...suspek ditahan selepas mengaku membuang bayinya.

Inilah WAJAH wanita yang sanggup mencampakan  bayi dari tingkat 2 bangunan di Selayang.

VIDEO MAYAT BAYI DICAMPAK DARI TINGKAT DUA


P/s:Dapat senang , Buat senang  buang pun senang..memula berzina lepas itu buang pulak anak..ini dah kira berganda dosanya ni..apalah bala yang ditimpa keatas kita nanti..entah esok lusa ada lagi yang buat benda terkutuk ini.Jangan nanti dulu ..fikir sebelum buang . Sudah masanya kita menegakkan hukum-hakam Allah di Bumi Malaysia yang tercinta ini.

Ada Masalah :
  • Hubungi 15999


    Ahad, 7 Ogos 2011

    Kisah Ibu Yang Ditinggalkan Si Tanggang

    Johor Baharu: “Makcik tetap menanti kepulangan mereka setiap kali menjelang Aidilfitri biar pun Ina sanggup menipu kononnya mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia sebenarnya berhijrah ke sana semata-mata mahu melepaskan tanggung jawab menjaga mak cik,” kata warga emas, Robiah Razali, 66, di sini, semalam.

    Menceritakan kisah malang hidupnya, Robiah berkata, dia hidup sebatang kara di perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Desa Bukit Mutiara, Tebrau, selain menagih kasih dan ihsan jiran selepas kedua-dua anaknya tidak lagi mempedulikannya.

    Robiah berkata, anak sulungnya, Salim Ahmad, 40, melepaskan tanggung jawab untuk menyaranya dengan alasan tiada pekerjaan tetap di Kuala Lumpur manakala anak bongsunya, Ina, 36, gagal menghubunginya sejak lima tahun lalu apabila berhijrah ke New Zealand.

    Menurut Robiah, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menguruskan hidupnya bersendirian biar pun dimamah usia selain menghidap kencing manis.

    “Mak cik bukan mahu mengaibkan anak tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban di hati jika dapat berkongsi nasib malang ini.

    “Mak cik kehilangan suami, Ahmad Budin, pada 1978 ketika berusia 33, sejak itu mak cik tidak pernah terlintas untuk berkahwin semula demi anak, mak cik membesarkan serta menyekolahkan anak dengan bekerja sebagai tukang masak di restoran selain wang pencen suami,” katanya.

    Menurut Robiah, masalah timbul selepas kedua-dua anaknya berumah tangga dan kehadiran warga emas berkenaan dalam keluarga mereka dianggap sebagai beban.

    Robiah berkata, kini dia terputus hubungan dengan Salim mahu pun Ina yang tidak lagi menziarahinya, termasuk pada Aidilfitri.

    “Ina turut tergamak menipu mak cik dengan memberi alasan mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia merancang meninggalkan mak cik dan kini hidup mewah di sana.

    “Keadaan itu mengakibatkan mak cik terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang pencen bulanan arwah suami berjumlah RM350 yang perlu diagihkan untuk membayar sewa rumah,” katanya.

    Menurut Robiah, setiap kali bersahur, dia hanya meminum susu kerana bimbang kehabisan barangan dapur, namun bersyukur mempunyai jiran berhati mulia yang sanggup berkongsi makanan ketika berbuka puasa.

    Katanya, jiran juga pernah menyumbangkan bantuan ketika dia terputus bekalan makanan selain membelikan basikal elektrik bagi memudahkan pergerakannya untuk ke surau.

    “Biarpun terguris dengan perbuatan anak, mak cik tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan mereka.

    “Ibu mana yang tidak mengingati anak, mak cik harap dapat bertemu kembali dengan mereka dan cucu pada Aidilfitri ini dan seperti biasa, mak cik akan memasak juadah kegemaran mereka,” katanya.



    Robiah antara 100 penerima yang ditemui pada Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal di PPRT Bukit Mutiara sumbangan ahli perniagaan, Baazlan Ibrahim selain Scenic Route Sdn Bhd yang diwakili pengarah eksekutifnya, Brian Tan Chong Beng.

    Scenic Route Sdn Bhd menaja sumbangan berbentuk barangan keperluan asas berjumlah RM4,000 dan menurut Brian, program julung kali syarikatnya itu bertujuan meringankan beban golongan memerlukan. -hm

    Isnin, 2 Mei 2011

    Selamat Hari Ibu..Mak, Bonda, Ummi, Mama..

    Ibu, Umi, Emak, Mama, Mommy, Bonda dan mungkin banyak lagi gelaran-gelaran lain di dunia ni yang merujuk pada seorang insan yang sangat istimewa dalam hidup setiap manusia. Insan yang merupakan anugerah dari Allah untuk setiap orang. Insan yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita.


    Tak mudah dan tidak begitu saja manusia harus melupakan dan menelantarkan ibunya.Bahkan Nabi s.a.w pun bersabda ketika  ditanya sahabat 
    Sahabat : Kepada siapakah aku harus berbakti ?
    Nabi SAW : Ibumu ..!
    Sahabat : Kemudian Siapa Lagi ?
    Nabi SAW : Ibumu.!
    Sahabat : Kemudian kepada Siapa Lagi ?
    Nabi SAW manjawab lagi : Ibumu .!
    Sahabat Bertanya lagi : Kepada Siapa Lagi …?
    Nabi Menjawab : Ayahmu…!!
    Begitu tinggi darjat ibu di mata Allah dan Nabinya. Dan suatu kewajipan bagi umat islam untuk menghargai, mendoakan dan berbakti kepada ibu ,sama ada  ia masih hidup ataupun bila ianya sudah tiada ..Sedekahkanlah AlFatihah buat Ibu dan Ayah  yang sudah pergi dulu sebelum kita.

    Beberapa tahun kebelakangan ni, banyak promosi-promosi dan kesedaran untuk menyambut hari ibu. Tapi berapa ramai antara kita yang betul-betul tahu bilakah hari ibu di sambut? Dan berapa ramai yang sedar bahawa satu keunikkan tentang hari ibu, ianya di sambut pada tiap-tiap bulan (kecuali Jun) di setiap negara yang berbeza di dunia ini?
    Ya! Hari ibu bukannya di sambut serentak di seluruh dunia seperti hari pekerja dan beberapa hari peringatan yang lain. Di Malaysia, Hari Ibu di sambut pada setiap hari ahad kedua pada bulan Mei. Bagaimana dengan negara lain?
    Banyak negara yang akan bersama-sama dengan orang di Malaysia menyambut Hari ibu pada Ahad ini. Antara negara-negara yang akan meraikan bersama Malaysia adalah Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Dominica, Ecuador, Estonia, Ethiopia, Fiji, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Liechtenstein, Macao, Malta, Myanmar, Netherlands, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Peru, Philippines, Puerto Rico, St. Kitts & Nevis, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Samoa, Singapore, Sint Maarten, Slovakia, South Africa, Sri Lanka, Suriname, Switzerland, Taiwan, Tanzania, Tonga, Trinidad and Tobago, Turkey, Uganda, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zambia dan Zimbabwe.
    Sambutan hari ibu setiap tahun di sambut bermula di Norway (Ahad kedua pada bulan Februari), Israel (Shevat 30 – salah satu hari antara 30 Januari hingga 1 Mac), Georgia (3 Mac), bekas negara-negara Soviet, Vietnam dan Laos (8 Mac). Dan antara negara terakhir menyambut hari ibu setiap tahun adalah Panama (8 Desember) dan negara jiran kita, Indonesia (22 Desember). Terlalu banyak kalau aku nak senaraikan semua kat sini. Letih aku. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca di wikipedia.
    Jangan lupa kenang jasa ibu anda. Sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih padanya kerana melahirkan dan membesarkan anda. Bagi mereka yang ibunya telah kembali kepada Maha Pencipta, selalulah sedekahkan Al-fatihah pada mereka. Semoga mereka semua mendapat Rahmat dari Allah.


    Sambutan hari ibu perlu menimbul isu satu kerana terdapat artikel dari wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:

    Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
    Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.
    Namun demikian berdasarkan beberapa artikel yang ditemui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, darimysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :
    Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:
    1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
    2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
    3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
    4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
    5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
    6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
    7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.
    Garis panduan yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor boleh dilawati di laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor.
    Pada masa yang sama aku jugak jumpa soal jawab di satu blog Hanafiyah yang menjawab persoalan mengenai sambutan hari ibu ni yang dijawab oleh pemilik blog tu macam ni:
    Jawaban:
    Salam,
    Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya. Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.
    Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:
    1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.
    2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.
    3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur “romen-romen” dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.
    4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.
    Salam
    Pihak JAKIM juga pada 15 Mei 2009 telah mengeluarkan khutbah jumaat berkaitan hari seorang ibu, pada pandangan dan pemahaman blog ini umat islam perlu berhati-hati dan memastikan apa jua sambutan tidak melanggar hukum syariat.
    Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi aku sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu, itu kekal untuk  anak lelak.Bagi wanita yang sudah berkahwin pula syurganya terletak dibawah  kaki suami  akak semua ya..Wallahua'lam.

    P/s : Selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu di dunia terutama emak ku. Hajah Habsah Binti Haji Salleh
    Nurkilan:  Anak Dunia untuk  Ibunda Tercinta Di seluruh Dunia.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Jom Daftar Tambah Visitors

    Free advertising

    Entri Mereka Juga Menarik

    Geng Baik