IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Misteri Dan Sains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misteri Dan Sains. Papar semua catatan

Jumaat, 13 April 2012

Kenapa Mesti Bilik Gelap?



Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post ini. Alhamdulillah, sempat jugak nak curi masa nak meng update blog ni. Dah lama sangat terbengkalai ni. Haa, siapa nak jawab. Ok, hari ni pak cik nak berkongsi sedikit info dengan korang, kenapa kebanyakan keilmuan memerlukan seseorang, menyendiri, masuk dalam bilik gelap, tidak boleh makan cadbury, tak boleh tidur atas tilam sweet dream dan sebagainya.
Umum, korang meminta sesuatu yang hebat dari ALLAH, jadi korang punya pengorbanan pun perlulah hebat. Asal mesti tempat sunyi adalah disebabkan untuk fokus. Supaya korang punya fokus tak bending ke arah yang berlainan pulak. Cuba kalau terang, nanti kalian nampak burung, kalian teringat pasal burung, nampak gambar korang tengah tanduk punggung member masa main bola, mula la nak tergelak. Jadi ni antara sebab kenapa ada sesetengah ilmu mensyaratkan supaya berada di tempat yang gelap.
Selain itu, dengan bergelap ni, ia akan membuatkan kita menjadi berasa hamba yang hina. Ia ibarat kita berada di kawasan yang kosong, gelap dan tiada berpenghujung, tiada penolong, tiada teman bicara. Saat itu juga kita memohon kepada ALLAH dengan sebenar benar pasrah. APabila pasrah, maka ALLAH akan mengkabulkan doa kita dengan pantas sebab kita minta sungguh sungguh, bukan sambil lewa.
Ibarat orang hantar resume kerja, majikan akan pilih yang isi menarik, kemas, format yang betul, berbanding resume yang cacamarba, comot, dan tak mengikuti spec yang dikehendaki.
Jadi, sentiasalah kita pertingkatkan diri kita dengan ilmu ilmu nya. Semoga ALLAH sentiasa membantu kita dalam memahami ilmu nya. Insya ALLAH.

Isnin, 27 Februari 2012

Bakteria Dalam Mulut Boleh Membunuh



Sejenis bakteria yang berada dalam mulut didakwa mampu membunuh jika ia memasuki saluran darah, menurut penyelidikan saintis di Switzerland. 

Penyelidik mendapati sejenis bakteria yang dipanggil Streptococcus tigurinus, boleh memasuki saluran darah walaupun jika gusi berdarah. 

Hasil kajian yang dilakukan terhadap seorang pesakit, mendapati bakteria dalam darah pesakit itu menyebabkan dia diserang endokarditis (radang jantung), meningitis dan spondylodiscitis (radang tulang belakang). 

Kajian yang diketuai Dr Andrea Zbinden dari Universiti Zurich itu diterbitkan dalam International Journal of Systematic and Evolutionary Microbiology. 

Zbinden berkata, mereka kini sedang melakukan kajian lanjut mengenai serangan bakteria tersebut supaya ia dapat dirawat segera. 

Sumber 

Isnin, 19 Disember 2011

Karimon Penguji Barang Mistik



BAU busuk kayu tas dapat menundukkan harimau ganas.


Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
SELESA memakai baju T dan seluar jean, penampilan Rahim Hanipah, 53, tidak menampakkan beliau seorang peminat aktiviti paranormal.
Namun, hakikatnya beliau ialah seorang penguji dan pengumpul tegar barang-barang mistik.
Malah, semasa ditemui di kediamannya di Puchong, Selangor baru-baru ini beliau sedang sibuk memunggah kotak yang berisi bahan-bahan seperti kayu, batu serta minyak wangi dari kereta Proton Persona miliknya.
“Maaf saya baru pulang dari Jengka, Pahang bertemu dengan orang lama yang mengatakan dia pernah ke kampung orang bunian,” ujarnya membuka bicara.
Lelaki yang berasal dari Temerloh, Pahang ini memberitahu, beliau mula terlibat dengan profesion sekarang sejak umur belasan tahun.
Tetapi beliau cuma bergiat secara serius pada tahun 1998 selepas berhenti kerja di sebuah syarikat swasta.
Uji
“Saya hanya ingin mencari kepastian sama ada batu, kayu malah amalan seperti tarik duit, puja kubur untuk mendapatkan nombor ekor dan fenomena tidak lut senjata merupakan perkara realiti atau sebaliknya.
“Kerana itu saya telah menjelajah seluruh negara untuk berguru dan melihat sendiri amalan tersebut,” cerita beliau.
Menurut Rahim, secara peribadi beliau tidak menolak perkara mistik itu. Malah, katanya, perkara itu lebih berkesan dengan bantuan makhluk halus seperti jin.
Rahim yang lebih dikenali dengan panggilan Karimon menjelaskan sebagai pengkaji aktiviti paranormal seseorang itu harus memiliki deria rasa dan pendengaran yang tajam.
“Deria rasa membolehkan kita menyedari kehadiran makhluk halus manakala pendengaran penting untuk berkomunikasi dengan makhluk itu. Kadang-kadang kita boleh melihatnya,” ujarnya.
Bicaranya lagi, definisi mistik bersifat subjektif namun ada penjelasan logik mengenainya.
“Saya pernah tidur di sebuah hotel di Kedah beberapa tahun lalu untuk menguji barang mistik. Tiba-tiba alat pendingin hawa bilik kami terhenti.
BATU tabasheer didakwa mampu membuatkan pemiliknya lebih kuat.
“Isteri saya takut kerana menganggap ia disebabkan gangguan makhluk halus. Tapi sebenarnya pendingin hawa itu terpadam kerana alat itu telah di-set sebelum itu,” katanya.
Karimon yang mempunyai tiga orang isteri juga pernah pergi ke Sabah dan Sarawak untuk menguji barang mistik.
“Ada pelanggan yang menawarkan saya untuk menjadi warganegara Indonesia semata-mata mahu saya menguji barang-barang mistik di sana,” jelasnya.
Karimon berkata, kebanyakan barang yang diuji beliau ialah keris, batu, pedang.
“Pelanggan meminta saya memulihkan barang tersebut kerana didakwa tidak mempunyai ‘kuasa’ lagi.
“Saya berpendapat barang itu tidak berfungsi kerana ia telah digunakan untuk tujuan salah seperti meminta nombor ekor dan mengenakan orang lain.
“Semua benda itu memang ada fungsi dan khasiat dari sudut sains tetapi jika dijampi serta mempunyai khadam ia akan menjadi lebih berkuasa,” ujarnya.
Karimon mendakwa batu dan kayu boleh digunakan untuk mempertahankan diri, memikat orang atau bagi tujuan perubatan.
“Kayu tas misalnya didakwa menyebabkan harimau menjadi takut kepada pemakainya.
“Sebenarnya, bau busuk kayu itu yang tidak disukai oleh haiwan terbabit menyebabkan ia menjauhkan diri, bukannya disebabkan kekuatan semula jadi kayu itu,” terang beliau.
Pontianak
MINYAK pengasih terkenal dengan kebolehannya untuk menawan hati individu lain.
Karimon sempat menunjukkan kayu keluat yang digunakan oleh pemilik ayam sabung. Cebisan kayu itu dicucuk pada kulit ayam bagi menjadikannya lebih garang semasa berlawan.
Kayu keluat juga dipakai sebagai gelang tangan oleh para peninju tomoi untuk lebih gagah beraksi di gelanggang.
Hakikatnya menurut sains, kayu tas ada khasiat dalam melancarkan pengaliran darah sekali gus menjadikan pemakainya lebih cergas.
Karimon juga menunjukkan batu tabasheer atau lebih dikenali sebagai batu buluh yang tinggi kandungan ferumnya.
Batu itu jika dibuat loket dikatakan mampu memberikan kekuatan dan ketahanan tubuh kepada pemakainya.
Penulis sendiri cuba menguji batu itu dengan menggenggamnya dengan tangan kiri selama beberapa minit.
Selepas itu, Karimon cuba membuka genggaman tangan penulis tetapi mendapati ia cukup sukar untuk dibuka.
Dalam pertemuan dengan Karimon, beliau turut menceritakan pengalaman lucu mengikut seorang bomoh di Klang, Selangor bernama Rudi untuk meminta nombor ekor di sebuah kawasan perkuburan.
“Antara bahan pemujaan pada masa itu ialah cebisan kain puntianak yang tertinggal di pokok yang dihinggapi makhluk itu. Kain itu berbau hanyir dan busuk.
“Semasa upacara pemujaan dijalankan, tiba-tiba puntianak itu yang bermata merah muncul sambil mendengus. Ia mungkin marah kerana Rudi mencuri kainnya.
“Apa lagi kami terus menjerit dan lari lintang-pukang,” imbau Karimon sambil ketawa.
Isteri Karimon, Azura Ibrahim, 40, berkata sepanjang lebih 10 tahun bersama suaminya beliau tidak pernah diganggu makhluk halus.
“Setakat ini tiada perkara buruk yang berlaku walaupun semasa saya mengikut suami pergi ke lokasi mistik tempat beliau menguji barang-barang tertentu,” ujar Azura yang merupakan isteri ketiga Rahim./ 

kosmo!

Isnin, 7 November 2011

Barat Tidak Senang Pemberitaan Angkasawan AS Masuk Islam





(Voa-islam) - Sebuah mesej pendek tersebar tentang khabar masuk Islamnya Sunita Williams, angkasawan wanita India pertama yang pergi kebulan pada 2 Julai 2007 lalu. Berita menghebohkan ini bukanlah yang pertama, sebelum angkasawan dari Amerika Syarikat Neil Armstrong juga menyatakan dirinya masuk Islam sekembali dari bulan. Adakah ini berita bohong? Yang pasti pihak Kristian tidak suka dengan pemberitaan ini. Lalu disebarlah khabar, bahawa ini berita bohong. 


Perlu diketahui, Sunita Williams adalah seorang angkasawan kelahiran Ohio 19 September 1965 dari orang tuanya berketurunan India-Slovenia. Berkahwin dengan Michael J. William, seorang Polis Persekutuan di Oregon, USA. Sebagai angkasawan pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita: berada di luar angkasa akhir (195 hari), dan berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 minit).


Dalam perjalanannya ke bulan, Sunita William melihat fenomena yang aneh apabila pandangannya menuju ke bumi.Ketika bahagian bumi yang lain nampak gelap, ternyata ada sebahagian kecil bumi yang nampak terang iaitu Makkah dan Madinah.


Sunita mengatakan, dari atas seluruh permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun betapa terkejutnya ketika dengan bantuan teleskop ada dua tempat yang sangat berbeza, iaitu Makkah dan Madinah. Kedua-dua tempat itu nampak terang berbanding dengan tempat-tempat lain dibelahan bumi. Masya Allah, Allah Maha Besar.


Selain itu, fenomena lain yang ditangkapnya adalah ketika gelombang suara dari bumi tidak mampu merambah luar angkasa, dia ternyata boleh menangkap suara Azan. Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan suatu jalan dari Allah untuk menunjukkan sisi-sisi kebenaran kepada sang Astronout?Dikhabarkan selepas peristiwa ini, Sunita Williams memeluk agama Islam.



Menjadi Polemik
Melihat kebelakang, pada tahun 1870, Neil Amstrong mendarat di bulan. Dikhabarkan, saat mendarat di bulan, dia mendengar suara yang dia tidak memahami suara apakah itu.Setelah 12 tahun kemudian, Neil dijemput seminar di Universiti Kaherah, Mesir.


Di saat dia menyampaikan makalahnya, saat azan berkumandang menunjukkan waktu solat, moderator menghentikan presentasinya untuk mendengar azan. Dan Neil berseru, "Ini dia suara yang pertama kali aku dengar saat mendarat di bulan." Setelah itu, Neil Amstrong menemui salah satu profesor di universiti itu. Dia ingin tahu banyak tentang Islam. Dan setelah itu, dia menjadi muallaf.


Pemberitaan masuk Islamnya Neil Armstrong dan Sunita William belakangan menjadi polemik di kalangan masyarakat.Seorang muallaf yang berasal Australia Gene Netto dalam sebuah blog peribadinya mengatakan, "Teman-teman, saudara sesama muslim, saya mohon jangan di bahas tentang Neil Amrstrong ke bulan yang lalu mendengar Azan. Kerana dalam masa beberapa laman berbahasa Inggeris (yang mereview dunia Islam), kita dianggap bodoh, mereka mengangap kebodohan dunia Islam kerana tidak mahu menerima kenyataan 'American Kafir' yang pertama menginjakan kakinya di bulan pertama kali, bukan orang muslim. "


Laman atau blog yang membincangkan Neil Armstrong menjadi muslim adalah laman-laman web di Asia Tenggara (Maghribi, Filipina, Indonesia, Malaysia). Barat menganggap, negara-negara di sini mempunyai pendidikan yang rendah.


Pernah kejadian saat Neil Armstrong ke Malaysia dan ditanya hal itu. Ia hairan, apakah hal seperti ini perlu disahkan ke Neil Armstrong sendiri, kerana Neil sendiri tidak pernah ke Makkah untuk melaksanakan ibadah Haji. Dan jika dijawab, ia tidak pernah mendengar azan, maka si penanya muslim yang kecewa dan tidak percaya dianggap kebodohan. Neil memang pernah ke Mesir, tapi tidak untuk naik haji ke Makkah.


Dikatakan Gene Netto, umat Islam tidak perlu seorang Neil Armstrong untuk meyakinkan dirinya bahawa agama Islam yang dianutnya adalah benar. Jika anda menyakini agama benar, maka yakinilah bahawa hal itu benar. Muslim dianggap menggunakan nama besar Neil Armstrong untuk membenarkan agamanya.


"Masa kita dikatakan kurang meyakini agama kita sendiri sehingga perlu nama-nama besar dari dunia barat. Percayalah, nama Rasullullah sudah cukup besar buat kita dan dunia. Umat ​​kita sendiri yang akhirnya menjadi bahan ketawa, cukup sudah, "kata Gene yang telah memeluk Islam dan tinggal di Kuala Lumpur.


Dikatakan Gene Netto, Neil Armstrong merasa terganggu, bahkan ia menyatakan ia tidak masuk Islam dan ketika ia diundang sebagai penceramah dalam kegiatan Islam ia juga tidak mahu (ia menolak secara halus kerana tidak mahu menyinggung perasaan umat Islam), tetapi ia menyatakan tidak mahu mengambil bahagian dalam kegiatan Islam. Dalam web Islam malah dikatakan Neil Armstrong tidak mahu mengakui, kerana ia telah dicuci otaknya di Assylum (RSJ).


Satu hal lagi yang menjadi bahan tertawaan dunia barat adalah pemberitaan Neil Armstrong menyusuri retakan di bulan yang berpadanan dengan cerita bahawa suatu saat nanti bulan akan terbelah dua, ditertawakan juga, kerana dia bulan itu sangatlah besar, mana mungkin ia punya masa untuk menyusurinya.Mendengar azan juga dikatakan saintis Barat tidak mungkin kerana tidak ada udara di bulan sana.


Dalam beberapa jurnal barat dikatakan, umat Islam memerlukan nama-nama besar atau cerita palsu untuk menambah keyakinannya antaranya: Jaques Cousteau, Michael Jackson, Maurice Bucaille, King Offa of England
Terlepas benar atau tidaknya Sunita William atau Neil Armstrong masuk Islam sepulang dari bulan, kita berharap Allah SWT memberi hidayah kepadanya. 


Bagaimanapun para mubaligh (Nasrani) tidak suka dengan pemberitaan ini. Padahal jika Allah menghendaki, ehwal terdengarnya suara azan di bulan, hal itu bukanlah mustahil. Boleh saja terjadi. Satu hal, media Barat tidak akan pernah memberitahu hal-hal yang dianggap boleh menggoncangkan iman umat Kristian, bukan hanya di Amerika Syarikat, tetapi juga di dunia. Kerana itu mereka meredamnya.Wallohu'alam. (Desastian)


Sumber





Sabtu, 5 November 2011

Saintis Di China Cipta Protein Dalam Darah Daripada Beras


beras coklat vs beras putih

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Sekumpulan saintis di sebuah universiti di China semalam menyatakan mereka berjaya menghasilkan albumin daripada beras.


Albumin adalah sejenis protein yang ditemui dalam darah manusia yang digunakan untuk merawat kesan melecur, kejutan trauma dan penyakit hati.

"Apabila diekstrak daripada beras, protein yang dihasilkan adalah sama dengan albumin manusia (HSA) secara fizikal dan kimia," kata laporan penyelidikan berkenaan yang diterbitkan dalam jurnal AS, Proceedings of the National Academy of Sciences.

Penemuan tersebut merupakan kejayaan besar dalam pengeluaran HSA yang sebelum ini dihasilkan melalui bekalan darah manusia. 
-AFP/kosmo-

Jumaat, 9 September 2011

NASA Sangkal Teori Konspirasi Pendaratan Di Bulan



Pada 1979, ketika kali pertama teori ini muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan. Namun, dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi daif. Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Penafian sejarah dunia sains AS ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.

“Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio,” kata Bill.

Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil. Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O’Leary berkata:

“Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan.”

Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.

Kini, setelah berabad-abad Teori Konspirasi Pendaratan Angkasawan NASA di Bulan {1} beredar, NASA mula menyiarkan gambar-gambar bukti pendaratan di bulan untuk menghentikan pelbagai spekulasi mengenai sejarah terulung dunia sains Barat itu. {2} Namun, mengapakah begitu lama masa yang diambil oleh NASA?


Dakwaan penipuan pendaratan angkasawan NASA di bulan mungkin timbul setelah tayangan filem James Bond - Diamond Are Forever pada 1971 yang memaparkan satu adegan di mana James Bond (Sean Connery) menceroboh set pengambaran pendaratan angkasawan USA di bulan (milik kerajaan USA) di satu lokasi rahsia mirip Area 51. Ia mungkin menjadi titik tolak kepada kemusykilan terhadap projek NASA itu. Namun seperti yang dinyatakan di atas, beberapa kenyataan yang dikeluarkan daripada individu-individu berkaitan seperti menguatkan lagi teori penipuan ini. Berikut adalah gambar (bawah) petikan daripada filem James Bond.




PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAP NASA

1. Mengapa bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan ke bulan berkibar? Jika di permukaan bulan tiada oksigen mahupun udara, dengan kata lain suasana hampagas, bendera itu tidak sepatutnya berkibar. Memang NASA telah meletakkan satu batang paip horizontal pada bendera tersebut, tetapi ia tidak pula dilengkapi dengan kipas angin untuk membuatkannya berkibaran. Jika hanya diletakkan batang paip, maka bendera itu sepatutnya hanya tegak diam, bukan berkibar seperti ditiup angin.

2. Tiada kesan hentaman jet modul pendaratan pada permukaan bulan. Sepatutnya ada kesan berlepas dan tapak-tapak kaki angkasawan berdekatannya akan terhapus. Tetapi tapak-tapak kaki di situ masih wujud.

3. Tapak kaki angkasawan tersangat jelas. Sedangkan graviti di bulan tidak kuat. Permukaannya tidak lembab. Tetapi kesan tapak kaki tersebut seolah-seolah permukaan di situ lembab dan tarikan gravitinya kuat. Debu-debu di permukaan bulan dikatakan sangat nipis, tetapi mengapa masih wujud kesan tapak kaki yang dalam dan details?

4. Pergerakan para angkasawan di bulan jika dilajukan filemnya sedikit akan menunjukkan pergerakan yang sama jika mereka di bumi. Bermakna filem yang merakamkan segala pergerakan mereka itu kemungkinan besar telah disunting dengan teknik slow motion.

5. Batu-batu yang dibawa pulang adalah sama dengan batu-batu yang dikumpul pada ekspedisi saintifik ke Antartika. Ada kemungkinan juga batu-batu itu adalah meteor-meteor yang jatuh ke bumi.

6. Bayang-bayang yang wujud pada subjek-subjek di permukaan bulan seperti yang dirakam oleh NASA kadang-kadang tidak menepati yang sepatutnya berlaku. Contohnya, arah muncul bayang tidak kena dengan arah cahaya matahari. Lagi pun angle kamera yang diambil bukan matahari membelakangi jurugambar. Jika matahari membelakangi jurugambar, logik lah bayang dilihat menuju arah yang berlainan sedikit, kerana perspektif jurugambar dari bayang tersebut.

7. Seolah-seolah mengggunakan tali lutsinar dari atas disangkut pada angkasawan-angkasawan itu yang kadangkala dapat kelihatan dalam video rakaman NASA.

8. Suasana angkasa ketika di permukaan bulan (seperti dakwaan NASA) adalah hitam gelap pekat. Tetapi mengapa tidak kelihatan langsung bintang? Sedangkan atmosferanya bukan seperti bumi, yang ketika matahari memancar terik di atas langit jadi biru. Tetapi alasan aperture kamera dan tetapan-tetapannya untuk mengelakkan over expose mungkin munasabah.

9. Pencipta kamera untuk misi ke bulan itu, Jan Lundberg juga mengakui hairan melihat keadaan gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan NASA. Dengan hanya cahaya bersumber dari matahari, tanpa flash kamera, mustahil wujud pencahayaan seperti yang dirakamkan. Dengan beberapa bayang-bayang wujud ditempat yang salah. Dan bagaimana kamera yang disangkut ke dada angkasawan itu, boleh merakam gambar-gambar yang jelas dan kemas, sepertimana diambil oleh jurugambar professional.

10. Bagaimana pula mereka boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul - video-video di bawah dan lain-lain yang membuktikan bahawa pendaratan manusia di bulan itu adalah satu hoax / penipuan?





( sumber )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik