 KL 22 Sept 11: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui kejujuran  Nik Aziz dalam melaksanakan hukum Hudud di Kelantan seperti yang  diamanahkan oleh rakyat dalam pilihanraya sejal sejak beliau menjadi  menteri besarnya.
KL 22 Sept 11: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui kejujuran  Nik Aziz dalam melaksanakan hukum Hudud di Kelantan seperti yang  diamanahkan oleh rakyat dalam pilihanraya sejal sejak beliau menjadi  menteri besarnya.Mengulas dakwaan bahawa hasrat Kelantan itu sekadar mainan politik, Dr Asri menafikannya dengan berkata "tuduhan itulah mainan politik". Katanya, walaupun hanya orang luar dan bukan anak Kelantan, beliau - yang sering diberi peluang melihat pentadbiran negeri itu dari dekat - yakin hasrat itu "bukan main-main".
 "Ia   adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab  perintah muslim   terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah SAW,   dalam sunnah baginda," katanya.
"Ia   adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab  perintah muslim   terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah SAW,   dalam sunnah baginda," katanya.Katanya, beliau pernah mendengar sendiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditanya tentang hudud dan menjawab:
“Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.
Dr Asri berkata, daripada riak wajah Nik Aziz itu, beliau merasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah itu.
Bekas mufti Perlis itu berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya. Suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat.
"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.
"Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri .
Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan.
"Namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya. (IbnuHashim)
Lihat sebelum ini..
- Hudud: 'Pi Tanya Najib...' Dr M Lucu -Nik Aziz
- Hudud Perlu Ijtihad & Tafsiran Baru -Dr Asri
- N/Aziz Harap Puak Tolak Hudud Dapat Dibetulkan
Apa Itu Hukum Hudud??

Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:
- Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)
Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat . ( al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).
Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah se
 ksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan )  sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c  al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).
ksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan )  sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c  al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:
Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
 Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu  perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )
 ( al-Quran, al-Isra : 32 )
Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
  Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat  tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )
 ( al-Quran, an-Nur : 2 )
Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
   Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka (   perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat   seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah   berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus   kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )
 ( Muslim, Sahih : hlm. 188 )
Zina  diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan   disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali   dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang   berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.
 Pengharaman  Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan  hukuman Had  mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang  bermaksud :
   Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina,   dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang   menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian   mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq 
 Iaitu  tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah  haram,  dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh  kali  sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian  orang  itu selama-lamanya.
Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
   Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ),   berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah   perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah   perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
 ( al-Quran, al-Maidah : 90 )
 Hukuman  hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat  dua  riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah  telah  memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua  pelepah  tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh  Abu  Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan   sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman    seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan  ( Muslim, Sahih :   hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.
 Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
   Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan   kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan   dan sebagai seksaan dari Allah .
 ( al-Quran, al-Maidah : 38 )
 Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara  yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.
 Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang  bermaksud :
   Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah  dan  RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh   atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal   balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan   untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang   besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )
 ( al-Quran, al-Maidah : 33 )
Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
   Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah  akan  diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di   antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )
 ( al-Quran, al-Imran : 35 )
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati  di  dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan  akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )
 ( al-Quran, al-Baqarah : 217 )
Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
   Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada   Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku (   Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga  (  orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh  orang  tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ). 
 ( Muslim, Sahih : hlm. 164 )
 Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang  bermaksud :
   Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka   damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu   berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan   yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah   Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )
Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya.
Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? minum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafkan untuk kali pertama?kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.
Kredit : Arkid Islam 
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan