 
 Sesungguhnya, kaum Yahudi mengetahui tentang kebenaran fakta sebagaimana digambarkan dalam ayat di atas, namun mereka menyembunyikannya, malam semakin melakukan kezaliman dan kebongkakan mereka pada setiap zaman.
Pengetahuan  Yahudi tersebut sama dengan dahulu ketika mereka mengetahui dan  mengimani kedatangan penutup para Nabi iaitu Muhammad bin Abdullah  (saw). 
Mereka berbondong-bondong berhijrah menuju Jazirah Arab untuk  menunggu kedatangan Nabi terakhir. Mereka pun tahu waktu dan tibanya  kelahiran Rasulullah, sebahagian mereka mendiami kota Mekah dan berdagang  di sana.
 
Dan  ketika tiba malam dilahirkannya Rasulullah (saw), mereka mendatangi  kaum Arab Quraisy dan berkata: ?Wahai Quraisy, apakah ada bayi dari kalian yang lahir pada malam ini? Kaum Quraisy menjawab? Demi Tuhan, kami tidak tahu?. 
Yahudi berkata,"Allah Maha Besar. Jika kalian  memang tidak mengetahuinya, tidak menjadi soal. Tapi, tolong  perhatikanlah dan jagalah dengan baik-baik apa yang kami katakan kepada  kalian ini! Telah lahir pada malam ini Nabi terakhir untuk umat manusia  yang di antara bahunya ada sebuah tanda kenabian.? 
Orang-orang Quraisy kemudian terperanjat hairan mendengar perkataan orang-orang Yahudi tersebut. Ketika pulang ke rumah, mereka pun memberi tahu berita berkenaan kepada sanak keluarga serta sahabat handai. Lalu mereka mendapatkan berita bahawa telah lahir putera dari Abdullah bin Abdul Mutalib yang diberi nama Muhammad.
Orang-orang Quraisy kemudian terperanjat hairan mendengar perkataan orang-orang Yahudi tersebut. Ketika pulang ke rumah, mereka pun memberi tahu berita berkenaan kepada sanak keluarga serta sahabat handai. Lalu mereka mendapatkan berita bahawa telah lahir putera dari Abdullah bin Abdul Mutalib yang diberi nama Muhammad.
Kemudian orang-orang Quraisy segera menemui Yahudi tadi dan memberi tahu berita kelahiran tersebut. Secara bersama-sama mereka pun menemui Aminah, ibunda Nabi dan meminta untuk ditunjukkan bayi itu kepada mereka.
Dan di antara kedua bahu bayi itulah mereka mendapatkan sebuah tanda kenabian, sebagaimana yang telah disifatkan sebelumnya. Orang-orang Yahudi lalu memberikan ucapan selamat kepada kaum Quraisy.
"Selamat Wahai kaum Quraisy, telah pindah nubuwwah (kenabian) dari kami Bani Israil kepada kalian (kaum Quraisy), bergembiralah! Kelak kalian akan berkuasa dari Timur hingga Barat bumi ini" 
Sebenarnya kaum Yahudi banyak mengetahui rahsia-rahsia besar. Hanya saja, mereka kerap menyembunyikan kebenaran dari rahsia tersebut.
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan