IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Makanan Beracun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Beracun. Papar semua catatan

Khamis, 19 April 2012

Ada Apa Dengan Tepung Gandum Putih


tepung gandum


Assalam. Sihat semua..harap sihatlah ya..pagi tadi dah pekena Teh tarik dan Roti Canai baikk punya ke..yang diperbuat dari tepung gandum tu. Benarkah Tepung Gandum yang kita makan selama ni beracun..Gulp! Bacalah kisah yang diceritakan oleh Sahabat aku ni.. 


Saya hanya nak kongsi dari seorang kawan dan nak minta juga komen2 dari Sahabat semua. Baru-baru ni saya jumpa seorang rakan yang kerja dengan sebuah company dari Dubai yang eksport tepung gandum.

Dia cerita pada saya tentang sekarang ni kecoh pasal tepung gandum ada bahan kimia...saya simpulkan dulu cerita dia...katanya...tepung gandum sebenarnya warna putih macam vanila...bukan putih macam tepung yang kita biasa jumpa di pasaran. Katanya tepung yang terhasil dan berwarna putih vanila ni adalah tepung yang diproses dari biji gandum tu sendiri, tapi di Malaysia kebanyakkannya proses biji dan hampasnye sekali..jadi warnanya macam teh.Jadi nak buang warna teh ni, mereka kena bleach tepung ni guna bahan kimia. Bahan tersebut ialah Benzoyl Peroxide. Apa tu?

Benzoyl Peroxide adalah :


· Bahan toksik

· Bahan penggalak tumor

· Boleh menyebabkan alahan pada kulit

· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

.Benzoyl Peroxide adalah kimia yang sangat ampuh yang sering digunakan dalam kepekatan rendah sebagai rawatan jerawat. Benzoil Peroksida pada dasarnya bekerja sebagai agen peeling, mengupas sel-sel kulit mati dan membunuh bakteria dalam pori-pori. benzoil peroksida sangat mudah terbakar, meletup, beracun.


.Walaupun benzoil peroksida umumnya dianggap aman pada konsentrasi rendah, tapi..kalau kena pada  kulit, akan menyebabkan kesan sampingan( buruk )seperti gatal-gatal, pembengkakan wajah, kulit kering dan kulit mengelupas. 
http://msds.chem.ox.ac.uk/BE/benzoyl_proxide.html
Benzoyl Peroxide

Bila dah letak bahan ni...zat-zat pada tepung tu semua hilang. Jadi kalau dah hilang..macamane? kenalah tambah balik zat tu guna benda lain. Difahamkan zat hanya boleh diambil dari tumbuhan dan haiwan. Tapi yang mudah dan murah ialah dari haiwan yakni Bab*. Sebab tu serangga kurang suka pada tepung putih ni sebab tiada zat dah...dan padanlah ramai rakyat Malaysia ramai kena kanser...dan budak-budak sekarang makin teruk perangai.

Difahamkan semua makanan yang berasaskan tepung memang guna tepung ni. Dia bagitahu saya, syarikat dia dah masuk market dan supply tepung. Dari Dubai. Jadi antara brand yang pakai tepung asli ini dan bebas dari bahan kimia dan bab* ialah Gardenia. dekat roti gardenia ada tulis "Tanpa Trans Lemak". Ni contoh je. Bukan promote tau.

Ni sekadar info...saya pun tak tahu boleh ke berhenti guna tepung ni...huhuhu...yang pasti bila beli tepung...tengok ada tak tulis BENZOYL PEROXIDE atau BLEACH. Jadi sesiapa ada info bolehlah kita kongsi bersama-sama. Mana tahu saya salah. Sebab yang bagi info ialah orang yang ada dalam line ni dan dia suruh berkongsi.

search aje youtube TEPUNG GANDUM ADA BAB*
/ Sumber


Laman Emjay:

Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP. Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya .."
from:http://getacnetreatmentas.com
Benzoyl Peroxide



Bagaimana  proses pemutihan tepung gandum berlaku?


Bila kita bercakap secara teknikal, carotenoid pigment (Kuning) yang terkandung dalam tepung yang dioksidise untuk mengeluarkan warna tepong bertukar kepada warna putih. Sebenarnya oxcidition akan bertukar secara semulajadi mengikut masa apabila  tepung tersebut didedahkan atau terdedah secara semulajadi yang memerlukan masa sekurang kurangnya mengambil masa 14 hari untuk mendapatkan hasil atau bertukar pada ke putih putihan (bukan putih melepak).


Namun pada hari ini proses (Bleaching) telah diambil alih peranan proses semulajadi dengan mengunakan cecair(chemical) agent pemutih.Proses ini mempercepatkan masa sesingkat 1 jam sahaja berbanding proses secara semulajadi untuk mencerahkan dan mematangkan tepung.Namun begitu ianya perlu dilabelkan sebagai tepong yang diBLEACH.


Bleach@agen pemutih biasanya mengunakan : (Chlorine Gas) yang boleh menyebabkan kematian atau (Benzoyl Peroxide) bahan atau chemical yang digunakan dalam ubat jerawat. Ianya telah diharamkan pengunaan bahan kimia berikut pada makanan sejak awal tahun 1900 lagi. Tetapi masih digunakan oleh peniaga yg mementingkan keuntungan tanpa mengira ianya boleh mendatangkan kemudharatan kesihatan serta mungkin boleh membawa maut.


Selain itu, additive Chemical : Potassium Bromate, di gunakan untuk menambah pertumbuhan ragi(yeast) dan pengebuan gluten dan ini amat bahaya kepada kesihatan.







HarianMetro Melaporkan



KUALA LUMPUR: Sesetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran didakwa boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan peluntur selain dikhuatiri diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal.

Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.

Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.

Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan. Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).

“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan.

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.

“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.

“Selain itu, kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.

Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.

“Selain daripada meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih disebabkan bahan kimia,” katanya



-----------------------------------------------------------------------------------



Kem. Kesihatan : Penggunaan benzoyl peroxide ikut aturan dibenar

KUALA LUMPUR: Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.

“Benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan barah,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.

Noraini berkata, berhubung penggunaan bahan kimia itu berisiko mendatangkan kencing manis dan arthritis, pihaknya tiada sebarang maklumat.

“Laporan JECFA menyatakan pengambilan benzoyl peroxide boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan, sebaliknya kesan rawatan kulit,” katanya. Katanya, selain Malaysia, Singapura dan Jepun yang membenarkan penggunaan benzoyl peroxide dalam tepung gandum, Amerika Syarikat turut membenarkan penggunaannya dalam tepung dan keju manakala Kod Standard Pemakanan di Australia dan New Zealand membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.

Noraini berkata, PPM 1985 membenarkan mana-mana tepung termasuk tepung gandum yang mengandungi benzoyl peroxide pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. 
Sumber

P/s :)  Walaupun penggunaannya mengikut aturan tahap keselamatan dan dibenarkan oleh pihak yang berkuasa... tapi kita dah pekena tepung ni dah lama dah..dah berapa ratus kilo masuk dalam segenap tubuh kita pun tak tahu..patutlah kita rasa makin hari makin tak sihat..sakit sana sini. Sendiri mahu ingatlah ya..Kebanyakkan penyakit datang dari bahan yang kita makan semuanya terkandung di Perut.


Jumaat, 16 Disember 2011

Alkohol Beracun Di India Bunuh 80 Orang

 .Keluarga mangsa yang meninggal akibat minuman alkohol beracun
Bengal Barat – Sekurang-kurangnya 80 orang maut manakala 100 yang lain terpaksa dirawat di hospital selepas mereka minum minuman keras beracun di 24 daerah termasuk Magrahat, Usthi dan Mandirbazar.
Pihak berkuasa memaklumkan, 70 orang kini berada dalam keadaan kritikal sementara hospital di daerah tersebut penuh sesak dengan pesakit.
Keadaan ini memaksa sebahagian pesakit dipindahkan ke hospital di Calcutta.
Mangsa mula jatuh sakit selepas minum minuman keras yang beracun itu sejak Selasa lalu.
Berikutan itu, polis menahan 4 orang.
Kematian akibat minum alkohol beracun bukan perkara baru di India.
Malah, minggu lalu, sebuah negeri di India, Gujarat telah memperkenalkan undang-undang baru yang mengenakan hukuman mati kepada pengeluar dan penjual alkohol secara haram.
Hanya Gujarat, Mizoram dan Nagaland di India yang menguatkuasa undang-undang keras tersebut.
Alkohol haram popular di India terutama di kalangan penduduk miskin di negara tersebut kerana ia dijual dengan harga 60 sen sahaja.
Minuman keras yang dihasilkan dengan campuran alkohol untuk kegunaan industri itu boleh menyebabkan peminumnya mengalami muntah-muntah dan boleh membawa maut.


P/s: Islam sejak awal sudah mengatakan Arak itu haram.Banyak bawa mudarat dari manfaat..sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat...



Rabu, 26 Oktober 2011

Banyak Minum Soda Tingkatkan Kelakuan Ganas Remaja


PARIS 25 Okt. - Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) hari ini mendedahkan wujudnya kaitan antara perlakuan ganas golongan remaja dengan jumlah air soda yang mereka minum.

Dalam kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan pelajar sekolah menengah di Boston, mereka yang minum lima tin minuman ringan setiap minggu didapati mudah terlibat dengan perlakuan agresif berbanding pelajar yang kurang mengambil minuman tersebut.

''Apa yang kami temui ialah wujud kaitan yang kuat antara jumlah minuman ringan yang diambil oleh remaja dengan perlakuan ganas mereka.
''Bukan hanya keganasan terhadap rakan sebaya malah perlakuan ganas terhadap teman masing-masing serta adik-beradik.

''Ia satu penemuan yang mengejutkan bagi kami apabila kajian yang dijalankan cukup jelas memperlihatkan perkaitan itu,'' kata Profesor di Sekolah Kesihatan Awam, Harvard University, David Hemenway.
Katanya, kajian itu berdasarkan kepada soal selidik terhadap 1,878 responden yang terdiri daripada golongan pelajar berusia antara 14 dan 18 tahun di pusat Boston, kawasan yang mencatatkan jumlah jenayah yang tinggi berbanding pinggir bandar Boston.

Antara soalan yang dikemukakan adalah sama ada mereka pernah meminum arak atau merokok serta membawa senjata dan melakukan keganasan terhadap rakan serta ahli keluarga.

Hemenway berkata, di kalangan mereka yang minum 14 tin minuman ringan dalam seminggu, 43 peratus daripada mereka didapati membawa senjata api atau pisau manakala 27 peratus lagi melakukan keganasan terhadap teman masing-masing dan lebih 58 peratus pula bertindak ganas kepada rakan sebaya. - AFP

sumber



Rabu, 24 Ogos 2011

' Pencuci Mulut ' Menyumbang Ke Arah Risiko Kanser Mulut ?


Menurut kajian yang baru-baru ini dikeluarkan oleh Dental Journal of Australia,pencuci mulut dalam bentuk cecair seperti Listerine,Colgate dan sebagainya menyumbang ke arah risiko kanser mulut (oral cancer)

Dulu aku pakai lepas tu aku terus berhenti .Baru-baru ni ada aku beli Listerine hijau satu botol sampai sekarang aku tak buka-buka lagi.Takut pulak aku baca ni.

Dahlah aku hisap rokok,tambah pulak dengan pencuci mulut yang merbahaya ni menyebabkan aku jadi trauma.Cukuplah hisap rokok menyebabkan risiko kanser lain.

Aku sekadar cuba meminimakan risiko kanser aku.

Link
ABC News Australia
3News New Zealand

Bila aku baca aku baru sedar,rupanya semua tu alkohol.Jadi,apa status halal haram dia?Logo halal mana ada.

( Kredit )


Berapa Banyak Gula Dalam Makanan Kita?


Sugarstacks.com telah menyediakan gambarajah untuk kita membandingkan jumlah gula dalam makanan dan minuman yang kita makan sehari-hari.Mungkin kebanyakan pengguna kat Malaysia ni tak menggunakan gula kiub tu dan aku sendiri tak sure satu kiub tu berapa banyak gula dia (aku assume satu kiub tu satu camca besar)





Kalau kita tengok,jumlah gula yang digunakan khasnya dalam minuman adalah terlalu tinggi jumlahnya dan akan mengakibatkan kita mengalami kencing manis,gigi rosak dan hipertensi.




Jadi,kalau ada makanan dan minuman yang anda gemari ada kat sini,bolehlah mula kurangkan jumlah pengambilan.




Ada banyak lagi contoh makanan dan minuman yang ada,jadi aku hanya ambik yang mana relevan dengan pengguna kat Malaysia dekat sini.Jagalah kesihatan anda terutama di ramadhan ini dan raya nanti ok.



Sumber : cursingmalay

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik