Giliran Siti Nordiana pula bertudung.  Inilah tajuk yang dipaparkan dalam sisipan Akhbar Sinar Harian pada 17  hb Sept 2011. Perubahan imej yang dilakukan oleh penyanyi ini bakal  memberi lembaran baru dalam hidup ibu tunggal inibahkan akan menamatkan  kontroversi penampilan seksinya sebelum ini.
Mungkin  sudah tiba masanya untuk penyanyi ini melakukan penghijrahan imejnya  apabila buat pertama kalinya tampil dengan imej bertudung pada majlis  rumah terbuka aidilfitri sempena hari raya anjuran Fablous Global di  Shah Alam baru-baru ini.
Beliau  ditemui baru-baru ini dan berkata "perubahan imejnya bukan dipengaruhi  oleh mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusannya sendiri"
"Saya  mula bertudung semasa seminggu sebelum Hari Raya yang lalu. Sebenarnya  perasaan nekad untuk bertudung itu datang selepas saya membaca sebuah  majalah berunsur keagamaan, ketika itu saya terbaca artikal tentang  golongan wanita mualafyang bercerita tentang pengalaman mereka memeluk  agama Islam. Selepas saya cuba membeli beberapa helai tudung dan nekad  untuk bertudung"
"InsyaALLAH  ...saya berasa lebih tenang dan selesa dengan imej baru saya ini.Jadi  saya harap selepas ni tiada lagi isu yang mengaitkan imej seksi saya ".
Bersama-sama  ini disertakan beberapa artis yang telah membuat penghijrahan kepada  yang lebih baik. Sk mengharapkan dengan penghijrahan ini kehidupan  mereka akan lebih tenang.
p/s: Wanita Islam memang cantik bila menutup auratkan.ehem! berkenan pulak aku tenguk.. haha gurau aje...semoga lepas ni ada jejaka yang masuk meminang doakan ya..amin.
p/s: Wanita Islam memang cantik bila menutup auratkan.ehem! berkenan pulak aku tenguk.. haha gurau aje...semoga lepas ni ada jejaka yang masuk meminang doakan ya..amin.

 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan