Hina Tanpa Sedar
 AYAT SUCI...Rahmat menunjukkan antara bahan bacaan mengandungi ayat al-Quran yang tidak sepatutnya diletakkan merata tempat.
AYAT SUCI...Rahmat menunjukkan antara bahan bacaan mengandungi ayat al-Quran yang tidak sepatutnya diletakkan merata tempat.KAJANG:  Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis  di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan  meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan  penghinaan terhadap ayat suci itu.
Walaupun  hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan  perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan  seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib  tertentu.
 Pengurus  Percetakan Saufi yang menguruskan tempat pelupusan al-Quran, Rahmat  Mahdan, berkata selain al-Quran, ada di kalangan umat Islam terlepas  pandang petikan ayat suci itu yang ditulis di tempat lain seperti barang  perhiasan, seramik, jam dinding, pinggan, sejadah atau kaset agama.
“Al-Quran  ialah mukjizat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, jadi dalam  apa juga bentuk ia mesti dihormati dan dimuliakan kerana darjatnya yang  tinggi.
LUPUS...Rahmat menunjukkan antara kitab al-Quran yang akan dilupuskan kerana mengandungi kesilapan.
“Misalnya  dalam CD agama yang mengandungi bacaan al-Quran, sewajarnya ia  dihormati sama seperti kitab, namun ramai di kalangan kita tidak  mengambil berat soal ini sehingga dibuang atau diletakkan di tempat  tidak sepatutnya. Kalau kad kahwin seeloknya ditulis terjemahan al-Quran  bagi mengelak ia dibuang di merata tempat selepas habis kenduri,”  katanya yang ditemui di Batu 9, Cheras, di sini, baru-baru ini.
 Rahmat  berkata, sejak mengusahakan tempat pelupusan al-Quran bersama ahli  keluarga, dia bukan saja menerima kitab al-Quran sama ada uzur atau  tersalah cetak, malah barang lain seperti ukiran kayu dan kulit kambing,  kepingan kaca hiasan, kitab pengajian agama, buku teks, kad kahwin,  kain, kaset, pita video dan CD mengandungi ayat al-Quran.
Rahmat  berkata, sejak mengusahakan tempat pelupusan al-Quran bersama ahli  keluarga, dia bukan saja menerima kitab al-Quran sama ada uzur atau  tersalah cetak, malah barang lain seperti ukiran kayu dan kulit kambing,  kepingan kaca hiasan, kitab pengajian agama, buku teks, kad kahwin,  kain, kaset, pita video dan CD mengandungi ayat al-Quran.“Kesedaran  perlu wujud di kalangan umat Islam mengenai perkara ini supaya kesucian  ayat al-Quran terpelihara kerana dalam apa juga bentuk, maknanya tetap  sama,” katanya.
Di  sebalik tanggungjawab fardu kifayah yang dilaksanakannya itu, Rahmat  kesal kerana ada pihak memandang hina tugas dilaksanakannya, malah  disebabkan marah, kitab al-Quran turut mendapat penghinaan.
“Saya  buka tempat ini tanpa mendapat pembiayaan mana-mana pihak, jadi apabila  ada orang mahu menghantar al-Quran, saya meminta sumbangan untuk  menggaji pekerja, membayar bil elektrik serta kos operasi lain, namun  ada di kalangan mereka menganggap ia umpama menjual surat khabar lama di  tempat kitar semula dan mengharap wang daripada saya.
“Menguruskan  pelupusan kitab suci memerlukan tertib tertentu dan saya memerlukan  sumbangan kewangan, tetapi disebabkan tidak mahu membayar ada yang  memberi ‘kata dua’ supaya saya menerima al-Quran dibawa atau ia akan  dicampak ke tengah jalan. “Ada juga yang meninggalkan kotak mengandungi  kitab suci ini di depan pejabat tanpa pesanan atau akad semata-mata  tidak mahu membayar kos operasi pelupusan,” katanya.

Contoh Kad Jemputan Kahwin..jaga elok-elok
Menurutnya, tujuan dia membuka pusat pelupusan itu bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya rasa tanggungjawab selepas mendapati al-Quran dibuang sesuka hati di tempat kitar semula selain tidak mendapat penghormatan sewajarnya.
“Apabila  ada orang yang menghantar kitab lama dan membuat sumbangan, kami akan  memberi al-Quran baru sebagai menghargai mereka, namun masih ramai yang  tidak faham usaha kami sehingga membuat tuduhan dan menghina kami,”  katanya.
Rahmat  berharap jabatan agama Islam serta agensi berkaitan bekerjasama dengan  pihaknya bagi memudahkan fardu kifayah itu dilaksanakan.
“Kerja ini dilakukan atas dasar tanggungjawab dan kami amat mengharapkan bantuan serta kerjasama pelbagai pihak,” katanya.
Harian Metro
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan