Assalamualaikum.
Ambon  kembali bergolak. Dikhabarkan ramai yang telah menjadi mangsa dek  kerana penyebaran SMS palsu. SMS palsu itu telah menyebabkan penduduk  Islam dan Kristian bergaduh di Ambon.
Dimaklumkan juga, pihak polis Indonesia sedang giat mencari penyebar utama SMS palsu tersebut. 
Inilah bahananya apabila ada  pengadu-domba, inilah bahananya andai satu perkhabaran tanpa kesahihan  menjadi sumbernya. Inilah akibatnya jika perasaan hasad dan dengki  menakluk hati. 
JAKARTA: Penyebaran mesej  pesanan ringkas (SMS) palsu menjadi punca pertempuran di Ambon antara  penduduk Islam dan Kristian menyebabkan tiga orang maut dan 89 cedera  selain memaksa 400 anggota keselamatan dikerah berkawal di bandar itu.
Pergaduhan itu dilaporkan meletus di  ibu kota Maluku, kelmarin selepas SMS menyatakan seorang pemandu teksi  Muslim diserang dan dibunuh penduduk Kristian. Satu kumpulan dipercayai  turut disertai anggota keluarga pemandu teksi itu bersenjatakan parang  dan batu terbabit dalam pergaduhan.
Jurucakap polis kebangsaan,  Anton Bachrul Alam, berkata pihak yang menyebarkan SMS palsu itu sudah  diketahui tetapi tangkapan belum dibuat.
“Kami gesa penduduk Ambon tidak menyebarkan SMS yang boleh mencetuskan masalah,” katanya.
Anton berkata, rusuhan tercetus selepas kemalangan jalan raya membabitkan seorang pemandu teksi.
SMS palsu itu menyatakan,  seorang pemandu teksi, Darmin Saiman, diserang dan dibunuh. Pergaduhan  meletus selepas dia dikebumikan. – Agensi

 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan