IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kisah Benar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Benar. Papar semua catatan

Sabtu, 26 April 2014

Kisah Benar: Gambar Kubur Haslinatul Adlin Bercahaya, Apakah Amalan Allahyarhamah..?!


Gambar Kubur Haslinatul Adlin Bercahaya
Kisah kubur bercahaya di Perak. Subhanallah!!! Kubur seorang ibu tunggal Haslinatul Adlin Binti Abdullah Halimi bercahaya. Satu kisah yang menjadi “viral” di facebook dimana beberapa keping gambar yang dikongsi kelihatan kubur arwah Haslinatul Adlin bercahaya. Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada Allahyarhamah Haslinatul Adlin dari Ipoh, Perak yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 20.4.2014 jam 8.52 pagi. 

Kejadian dikatakan telah berlaku di Tanah Perkuburan Batu 8, Changkat Jering, Taiping. Jenazah wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak.

Allahyarhamah merupakan seorang ibu tunggal dua orang anak dan meninggal dunia akibat sakit kanser payudara. Kanser payudara yang dihidapinya berada pada tahap yang teruk sehinggakan merebak ke sum-sum tulang serta hatinya.
Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak Aina Sofiya,10tahun dan Amsyar Zarif,7 tahun yang masih kecil. 

Kisah Benar Kubur Bercahaya
Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti secara perlahan-lahan./Gambar: DAily TRaffic REport
 "Sepanjang dia sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, mulutnya tidak henti-henti berzikir. Jadi, bukan mustahil jika Allah berikannya keistimewaan dengan menampakkan kepada kita kubur arwah bercahaya."
Demikian kata Salahuddin Sulaiman,91, datuk kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya ketika kerja pengebumian, tersebar luas di Internet, semalam.-Metro

‘Ibu pesan, belajar rajin-rajin’

Ipoh: “Saya tak sangka ibu akan pergi seawal ini kerana kami masih memerlukan kasih sayangnya. Namun mungkin ibu lebih tenang di sana dan pesanan untuk saya belajar rajin-rajin tidak akan saya lupa.
“Ibu selalu beri saya semangat belajar dan harapannya untuk melihat kejayaan saya pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dua tahun lagi tidak kesampaian,” kata Aina Sofiya,10, anak sulung kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya seperti dilaporkan akhbar ini semalam.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 35 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8, Cangkat Jering, Ahad lalu selepas solat Asar dan meninggalkan dua anak iaitu Aina serta Amisyar Zarif,7.
Aina yang petah berkata-kata itu dilihat menitiskan air mata apabila diajukan soalan mengenai ibunya itu dan bertekad membalas pengorbanan ibunya selama ini dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Menurutnya, dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan oleh bapa saudaranya bahawa kubur ibunya itu bercahaya di dalam kamera kerana ketika proses pengebumian cahaya berkenaan tidak kelihatan.

“Ibu seorang yang baik dan sentiasa sayang saya dan adik. Walaupun ibu sudah tiada namun kenangan menjaga kami akan sentiasa saya ingat.
“Kali terakhir ibu bersama saya ialah ketika saya menerima anugerah cemerlang pada majlis penyampaian hadiah sekolah dan kenangan itu menjadi kenangan paling manis dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Taman Seri Dermawan di sini, semalam.

Sementara itu, ibu arwah Aminah Salahuddin, 58, berkata, dia akan mengambil alih tugas menjaga kedua cucunya itu memandangkan mereka sudah dijaganya sejak kecil lagi.
“Semua itu masih dalam pertimbangan sama ada kedua mereka akan dijaga bekas suami arwah atau saya namun buat masa ini saya akan menjaga kedua anak arwah kerana itu amanat terakhir arwah kepada saya,” katanya.
http://www.hmetro.com.my

Isnin, 19 Ogos 2013

Punk di Myanmar Membela Umat Islam dan Mengkritik Sikap Fasis Biksu Buddha

Youths dressed as punks drink beer as they wait for a punk music show during the Myanmar New Year Water Festival in Yangon Punk di Myanmar yang sedang berkumpul di sebuah acara 
Burmese New Year Water Festival di Rangoon (Photo: Reuters / Soe Zeya Tun)

Punk bukan hanya soal rambut mohawk dengan cat merah muda, jaket kulit atau tatto bergambar tengkorak dibadan, tapi di Myanmar mereka berani mengkritik sikap warga Myanmar yang diam melihat kekerasan yang dialami umat Muslim disana.
 
Sekumpulan band Punk terang-
terangan menentang sami Buddha yang menjadi provokator kekerasan terhadap umat Islam di Myanmar. Mereka berani bersuara disaat warga Myanmar lain diam atas pembunuhan itu.
 
"Jika mereka benar-benar sami, aku akan tenang, tetapi mereka tidak," kata Kyaw Kyaw, vokalis kumpulan Punk Rebel Riot. Dia mengecam para sami dan gerakan anti-Muslimnya yang dikenali dengan nama "969."
 
"Mereka anggap diri mereka nasionalis, namun nyatanya fasis! Tidak seorang pun ingin mendengarnya, tapi itu benar. "Ujar Kyaw dilansir dari Todays Zaman, Selasa (06/8/2013).
 
Sami radikal berada di garis depan dalam kempen berdarah terhadap Muslim, dan hanya sedikit di bangsa ini yang majoriti beragama Budha dari 60 juta orang yang bersedia untuk bercakap melawan mereka. Bagi banyak orang, menjadi Buddha merupakan bahagian penting dari menjadi Myanmar, dan Biksu adalah anggota masyarakat yang paling terhormat, tidak tercela. Mereka menganggap umat Muslim sebagai "Orang Luar" dan ancaman bagi budaya dan tradisi Myanmar.
 
Kumpulan Punk lain mengatakan bahawa Umat Budha harus melihat kembali ajaran Budha sesungguhnya.
 
"Semua yang saya dapat katakan adalah, orang harus melihat pada ajaran Buddha dan bertanya pada diri sendiri, apakah ini ajaran Budha?" Kata Ye Ngwe Soe, vokalis dari band "No U Turn" beraliran punk rock yang paling popular di negara itu.
 
Dia bahkan menulis sebuah lagu yang berjudul "Perang Manusia", lagu ini dibuat setelah melihat kekerasan yang dialami Muslim Rohingya di negara bahagian Rakhine beberapa waktu lalu yang mulai menjalar ke daerah lain.
 
"Ketika saya pergi ke beberapa kawasan bandar, saya mendengar mereka bercakap tentang gerakan" 969 "dan membenci Muslim dengan melakukan kekerasan. Seharusnya tidak seperti ini. "Ungkap Ye Ngwe Soe lebih lanjut.
 
Menurut pemerhati cara terbaik untuk melawan pemikiran kekerasan orang-orang seperti Biksu Wirathu itu adalah dengan memberi ruang bagi warga myanmar lain yang anti kekerasan dan lebih mengedepankan sikap toleran.
 
Namun para Biksu dan aktivis awam yang anti kekerasan tidak cukup berani mengeluarkan suara dan pendapatnya ketika terjadi dialog lintas agama berkaitan permasalahan ini.
 
"Saya yakin banyak dari mereka fikir ini sesuatu yang sudah diluar batas kemanusiaan, tetapi mereka kebanyakan tidak berani mengatakan hal tersebut secara terbuka," kata Bertil Lintner, seorang wartawan Sweden yang telah menulis beberapa buku tentang Myanmar.
 
"Jika mereka melakukannya mereka akan diserang dengan dianggap tidak nasionalis, musuh agama, dan dituduh berteman dengan Muslim. ... Ini adalah situasi yang sangat sukar. "Ungkap Bertil.
 
Arker Kyaw, seorang seniman grafiti street art yang mempunyai teman Muslim yang sebahagiannya adalah pemuzik dan DJ juga menyatakan keprihatinannya atas kekerasan yang telah didera komuniti Muslim beberapa tahun ini.
 
Lewat video dan muzik Arker Kyaw mengumpulkan orang dari pelbagai latar belakang agama yang berbeza untuk mendedahkan perpaduan terhadap rakan muslim mereka.
 
"Jangan bimbang, sekurang-kurangnya antara kami, semuanya baik-baik saja," kata remaja berusia 20 tahun ini.
 
Tapi ketika ditanya apakah ia tidak tergoda untuk menjawab provokasi kumpulan "969" yang menyebarkan pelekat dan tanda-tanda di dinding seluruh Yangon dengan keahliannya sebagai seniman grafiti, ia menjawab, "Tidak. Ini sangat rumit, dalam hal ini, saya fikir lebih baik kita memantau saja, sekurang-kurangnya saya boleh mempengaruhi orang di sekeliling saya bahawa tindakan gerakan "969" ini tidak berperikemanusiaan dan intoleran. "[Islamedia]

Kredit: www.undergroundtauhid.com
 

Rabu, 7 Ogos 2013

Masuk Islam Hanya Kerana Tangga Kayu

Hidayah itu hanyalah dari Allah. Kadang-kadang kita berbelanja berjuta-juta ringgit beri bantuan, beri saguhati penceramah beribu-ribu ringgit untuk beri ceramah, buat siaran ceramah di TV, belum pasti yang bukan Islam akan dapat hidayah, kerana hidayah milik Allah.
Cerita bagaimana mereka mendapat hidayah di Sabah hanya kerana upah buat tangga kayu RM150 yang pada asalnya bertujuan untuk bantu orang lain, akhirnya yang membuat tangga yang mendapat hidayah.

Tangga kayu yang buta, bisu dan pekak boleh jadi punca Allah beri hidayah, kita bagaimana?

Kisah penuh “Hidayah Sang Pemburu: Kisah Tangga” 
pemburu1
Hamzah, nama lamanya Pakiak, seorang pemburu. Kebolehan beliau memburu amat dikagumi di pedalaman ini. Beliau mampu “memanggil” binatang buruan yang dikehendaki.

“Bagaimana kamu semua sebaik ini?” Tanya Encik Pakiak. Saya jawab, “Inilah Islam.” Maka dia berkata, “Saya pun ingin jadi Islam.”

Demikian sebahagian perbualan kami pada 28 Sept 2012, ketika Saudara Hamzah (Pakiak) sedang membina tangga di rumah saudara Anton di Kampung Kagasa, Nabawan.

Beliau tertarik memeluk Islam apabila mendapat tahu, kayu-kayu yang diguna membina tangga itu diusahakan oleh saudara-saudara Islam di Mukim Sepulut, walaupun agak jauh dan tidak begitu kenal antara mereka. Hanya kerana rasa bersaudara dalam Islam, mereka sanggup membantu.

Malam Jumaat, 7 Sept 2012, kami ziarahi keluarga Anton dan Rosneh di Kampung Kagasa, Nabawan. Kebetulan rumah mereka terletak dalam perjalanan kami menuju ke Sepulut.
pemburu2
Rumah Anton
Ketika kami ziarahi mereka mereka baru pulang dari hospital di Keningau. Anton mengidap sakit tulang belakang sementara isterinya Rosneh Osman baru menjalani pembedahan usus.

Masalah kesihatan yang ditanggung Anton menyebabkan beliau tidak mampu bekerja berat. Beliau selama ini mengambil upah membersih kebun atau tanah orang.

Keadaan rumah mereka amat menyedihkan. Tangga rumah mereka yang sangat uzur dan reput, jika disentuh pasti luruh. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka masuk ke rumah melalui tangga ini, lebih-lebih lagi dalam keadaa anak-anak mereka yang masih kecil dan masalah kesihatan mereka.

Kami perlu berhati-hati ketika memanjat sisa-sisa tepian tangga untuk naik ke rumah. Mereka menyambut baik walaupun pertama kali bertemu.

Hal kesusahan hidup pasangan ini saya ketahui dari adik mereka yang belajar di SMK Nabawan. Walau hari sudah gelap, kami berusaha untuk singgah ke sini, menghulurkan bantuan mana yang patut.

Setelah ziarah sebentar, bertanya khabar serta menyampaikan sedikit makanan dan wang, kami bergegas ke Sepulut. Di sana ada seorang sedang menanti untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Oleh kerana ketibaan kami agak lewat malam itu, saudara-saudara di Sepulut bertanya, kerana lama mereka menunggu. Saya jelaskan keadaan serta menunjukkan gambar keluarga Anton dan keadaan rumah mereka.

Walaupun tidak saling mengenali, atas rasa tanggungjawab sesama Islam, mereka berjanji akan mengusahakan kayu untuk mengganti tangga rumah Anton.

Bukan sahaja kayu, malah zink dan paku juga dihantar sama ke rumah Anton. Kini hanya perlukan seorang tukang.

Pemandu kami, Wasli @ Stanley, mencadangkan agar bapa saudaranya, Pakiak sebagai tukang. Saya bersetuju.
pemburu3
Membina Tangga
Dengan upah RM150, Pakiak memulakan kerja-kerja dibantu isterinya.

Beliau kehairanan apabila melihat kayu-kayu yang telah sedia digunakan untuk membuat tangga.

“Dari mana kayu-kayu ini? Tanya Pakiak.

“Kayu ini dari saudara muslim di Sepulut.” Jawab saya.

Beliau terkedu apabila diberitahu oleh isteri Anton bahawa mereka tidak saling mengenali.

Begitulah, walaupun saudara-saudara kita di Sepulut kebanyakannya baru memeluk Islam, tetapi iman dan rasa persaudaraan Islam mereka subur. Mereka membantu menyediakan kayu untuk menggantikan tangga rumah saudara Islam mereka yang telah rosak, walaupun mereka dari kampung yang berjauhan.

Pakiak tersentuh…hatinya mula terbuka. Hidayah mula tiba.

“Bagaimana kamu semua sebaik ini?” Tanya Encik Pakiak.

Saya jawab, “Inilah Islam.”

Maka dia berkata, “Saya pun ingin jadi Islam.”

Itulah yang mendorong beliau mengucap dua kalimah syahadah di Kampung Padang pada 9 Feb lalu. Beliau insan ke 160 memeluk Islam sepanjang misi dakwah ini. Alhamdulillah. 

pemburu4
Pakiak Mengucap dua kalimah syahadah
pemburu5
Isteri Pakiak memeluk Islam
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya.” (HR. Muslim)

Kerana itu kasih sayang amat berkait rapat dengan iman. benarlah sabda Nabi, “Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
pemburu6
Rentetan
pemburu7
Tangga baharu


Jumaat, 5 April 2013

Al fatihah, Gambar Majlis Pengebumian Fauziah Muhamad



Jenazah pesakit saraf otak, Fauziah Muhamad atau Gee telah selamat dikebumikan di Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 4 petang 2 April 2013. Gee menghembuskan nafas terakhir di sisi suaminya, Abil di rumahnya di Taman Seri Putih, Seremban.

Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu

Gee diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.



Ahad, 31 Mac 2013

20 Tahun Hidup Tanpa Wang



SUELO sanggup meninggalkan kehidupan moden kerana tidak mempercayai sistem kapitalis.



LELAKI ini telah lebih 20 tahun menyerahkan hidupnya tanpa menggunakan sebarang wang dan tinggal di dalam gua seperti orang pada zaman Batu.
Daniel Suelo, 51, menggunakan semua wangnya sebanyak RM90 di sebuah pondok bagi memulakan memulakan hidup baharu di sebuah gurun di Moab, Utah, Amerika Syarikat (AS).
Kehidupannya menjadi inspirasi kepada ribuan rakyat AS yang kini menderita akibat kegawatan ekonomi negara yang mendapat jolokan Uncle Sam itu.
Menurut Mark Sundeen, seorang penulis buku dan rakan Suelo, dia telah menulis buku biografi berkenaan rakannya itu selepas bersamanya selama beberapa tahun.
Penulis buku yang bertajuk The Man Who Quit Money itu mengakui dia terputus hubungan dengan Suelo selama beberapa tahun sebelum mendengar rakannya hidup tanpa wang sambil berfikir rakannya sudah gila atau menghidap penyakit mental.
Namun, selepas berlaku kegawatan ekonomi pada 2008, Sundeen mula cuba untuk memahami cara rakannya itu.
"Sistem kewangan kita terlalu kompleks membuatkan pakar kewangan tidak mampu mengawalnya sehinggakan kita seakan-akan menjadi hamba kepadanya lagi buruk kita tidak mampu untuk mengawalnya.
"Secara fakta, kehidupan manusia memerlukan wang sehingga untuk mendapatkannya kita menodai nilai-nilai kemanusiaan," ujarnya.
Menurut blog Suelo, dia mencatat falsafah hidupnya:
"Saya tidak menggunakan wang atau melakukan sistem barter untuk meneruskan hidup.
Buang pasport
"Matlamat saya hanyalah mengoptimumkan sumber semula jadi untuk memenuhi keperluan semasa sedangkan sistem kini direka membuatkan manusia mengejar wang semata-mata," katanya.
Tegasnya, sistem kapitalis membuatkan sesiapa sahaja perlu mengikutinya dan bersalah untuk meninggalkannya.
Selain tidak lagi menggunakan wang, dia membuang pasport yang dimiliki selain menukar namanya Shellabarger kepada Suelo.
Sejak itu, dia tinggal di gua atau khemah sambil ditemani haiwan liar atau menetap di rumah individu yang tidak dikenali.


LELAKI ini mengembara dan hidup di dalam gua sambil ditemani haiwan liar.



Untuk beberapa tahun, dia menetap dalam gua di Taman Negara Arches, Utah.
Alas tilam Suelo hanyalah batu, berburu haiwan untuk makan dan minum air gua.
Dia juga mempelawa sesiapa sahaja untuk menetap bersamanya dan menu makanan utama hanya bunga-bungaan dan biji kaktus.
Suelo bukan dilahirkan dalam keluarga nomad atau gipsi sebaliknya berasal daripada persekitaran normal.
Semasa menuntut di universiti Suelo percaya wang tidak boleh membeli segalanya termasuk menguasai dirinya.
"Dia ingin individu lain mengikuti jejak langkahnya selain membuktikan kepada dunia bahawa dia boleh hidup tanpa melakukan sebarang urus niaga berkaitan wang," kata rakannya Damian Nash.
"Hidup saya berubah sama sekali. Saya pernah mendapat kembali cukai pendapatan berbentuk cek pada 2001 tetapi cek itu dikoyakkan.
"Semua itu tidak mempunyai erti dan hidup sebegini lebih tenang dan mendamaikan," katanya.

www.kosmo.com.my



Sabtu, 15 September 2012

KISAH BENAR: Kisah Ular TERKAM Jenazah Pelacur


ular terkam jenazah

“DIAlah yang memperlihatkan kepadamu tanda tanda kekuasaanNYA dan menurunkan untuknya rezeki dari langir. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang orang yang  kembali kepada ALLAH” Surah al-Mukmin, ayat 13.

Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menanrik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman. 

Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jerit  menyebabkan tumpuan  saya yang ketika itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.

“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang  bergegas  ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun  menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.

Saya berjalan menghampiri penjaga  kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.

“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.

“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelah,” doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada  yang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah  lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahan  dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.

Di Mekah kedaan kuburnya  yang berlainan dengan  di Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau  batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam  lubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.

Ahmad membuka lubang  tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg  sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan,  tedung  pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.

“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur  lain. Dia mengagak  lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.

SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi  pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang tulang itu  dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.

Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit.  Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.

“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.

 “Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan  saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.

Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. Ia   memang seorang yang  rajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.

Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.

Namun hari tidak selalu panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya  menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda: 

“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.” 

Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.

Sumber : Mastika April 2004
 
 

Rabu, 13 Jun 2012

Video - Remaja Biadap Melempang Pengemis.


Remaja Melayu melempang pengemis.

Owh! konon glamer lah tu merakam sambil melempang pengemis. Oke memang glamer pun. Tahniah diucapkan.


Video penuh saksikan kat bawah neh ;




Lain kali kalau ada mana2 remaja nak lakukan aksi bodoh, boleh lah rakam dan upload di internet. Anda pasti akan popular. Jangan risau kerana kami akan bantu anda meraih populariti. Tahniah ye di atas keberanian anda melempang orang tue. Mesti mak bapak anda bangga dengan kejayaan anda.
Well done. 

kREdit: sozcyili


 P/s: Anak siapalah ni...Kesian Mak bapak dia orang..


Isnin, 7 Mei 2012

Isteri Sabung Nyawa Lawan Harimau, Suami Tolong Rakam Je ..



Foto : Detik sabung nyawa antara seorang wanita Britain dengan cheetah yang 'jinak' ketika percutian keluarga mereka ke Safari Park, Afrika Selatan.

Saksikan lebih banyak foto kejadian serta artikel dari sumber : dailymail.co.uk
  • Wanita yang berusia 60 tahun ini mengalami pendarahan yang banyak selepas serangan 
  • Suami wanita tersebut merakamkan setiap detik kejadian .. uuuu, sangat cemerlang .. wadehex
  • Menurut doktor, beliau bernasib baik kerana tidak kehilangan mata akibat serangan tersebut
  • Seorang kanak kanak perempuan berusia 8 tahun juga menjadi mangsa serangan
  • Pengurus taman tersebut berkata, harimau tersebut mungkin menyangka ia adalah waktu bermain


PORT ELIZABETH – Percutian bagi seorang pelancong British di Afrika Selatan bertukar ngeri minggu lalu apabila dia, yang cuba menyelamatkan seorang gadis dari dibaham, nyaris maut diserang haiwan itu.

Violet D’Mello, 60, dari Aberdeen berkata, dia berdepan dengan ambang maut di Taman Krangga Kamma,  Port Elizabeth, ketika mengunjungi taman itu bersama keluarganya.

Ketika menceritakan pengalamannya kepada Herald Online, D’Mello berkata, dia bersama satu lagi keluarga berhasrat untuk mengambil gambar secara dekat bersama haiwan tersebut, dari ruang sangkar.

Tiba-tiba, salah seekor harimau bintang melarikan seorang budak perempuan daripada keluarganya.

D’Mello berkata, selepas kanak-kanak perempuan dibebaskan, adik lelakinya berusia tujuh tahun pula berlari ke arah harimau bintang.

“Ketika saya cuba menghalang dia, sesuatu menerkam saya dari belakang,” katanya dipetik BBC.

Ketika seorang kakitangan taman itu cuba menarik harimau bintang, seekor lagi cuba menyerang wanita emas itu.



“Peristiwa tersebut bagaikan mimpi ngeri bagi saya, keluarga yang lain teruja untuk mengambil gambar pada awalnya, namun kejadian menjadi bertambah serius dalam masa yang singkat,” katanya lagi.

D’Mello cedera di bahagian kepala, perut dan kaki dalam kejadian itu, yang dialami ketika bercuti bersama suaminya.

Suami D’Mello, Archibald memberitahu, isterinya terpaksa menerima banyak jahitan di paha dan percaya ia akan meninggalkan parut teruk.

Dia juga berkata, ketika kejadian isterinya tidak mempunyai sebarang senjata hingga ada orang dari luar menghulurkan kayu untuk menghalang harimau bintang itu dari terus menyerangnya.

Isterinya kehilangan banyak darah kerana cedera di kepala dan terpaksa  menghabiskan masa 48 jam di katil akibat kejadian ngeri tersebut.

Taman tersebut kini ditutup kepada kunjungan orang ramai bagi memudahkan proses siasatan dikendalikan.


Sumber


Sabtu, 10 Disember 2011

SUBHANALLAH..!! Menakjubkan Anjing Pun Jawab Azan


Assalam. Tujuan saya memasukkan artikal ini hanya untuk mengajak dan memperingatkan diri dan juga semua  umat Islam.
Sesungguhnya semua makhluk yang wujud di dunia ini  tunduk kepada-Nya, Allahu Akbar

Bagaimana haiwan seperti anjing ini  memahami gelombang azan dan sentiasa menjawab azan ...
manakala kita yang berakal ini kadangkala mengabaikannya..Harap maaf  jika saya tersalah tafsir tentang video  dibawah ini.  WallahuA'lam.




Kredit: exelroze





Rabu, 14 September 2011

Misteri Mayat Siapa Di Atas Kubah Masjid Nabawi Terjawab


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQOvgnymxiV39uitA8zA3-5ltIxL18ZCCGNsDP84b_9pg0VswReHmhvxywFbhorxqO7fDI2_woUWXyrfmfElNjyWOmkhFlTp566nEpfGnYbgqvnrINB4Hk2sEyEzQm95kboTVKqVMW5ts/s1600/nabawi.jpg
Gambar Masjid Nabawi

Qubbatul Khadhra’ (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul Saw yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra. 


Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul Saw kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah Swt dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi Saw: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. (HR. Ibnu Majah)

Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi Saw adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.

Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibina rumah Nabi Saw. 

Manakala di sebelah Barat dibina ruangan untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).

Pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2 . 


Program jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi Saw dengan sabdanya menjelang wafat: “Selayaknya kita memperluas masjid ini”.


Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan diteruskan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H.


Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad Saw, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk sebahagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid.


Inilah yang menjadi perbahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam, iaitu mendirikan bagunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kubur. Kerana Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kubur para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim)


Hadis di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh saingannya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi). 


Secara umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan membina kubah di atas kuburan.


Terakhir ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang. 



Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan “Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i’tibar”.


Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google “Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi”.


Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul Saw adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik. 


Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111).


Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut? 


Adapun maksud Nabi Saw Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Semoga kita dapat pengajaran. Wallahua’lam

Tulahan


Tapi Sebenarnya Kisah mayat di atas Masjid Nabawi rupanya bida'ah


Saya tahu mesti ramai yang sudah membaca mengenai kisah kubur di atas bumbung Masjid Nabawi kan? Kisah yang mana seorang yang berniat jahat ke atas jasad Rasulullah SAW memanjat bumbung masjid dan dipanah petir.


Pendapat Imam Az-Zabidi menganggapnya bida'ah dholalah, adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah 

Janganlah kita menjaja lagi pendapat-pendapat yang tidak sahih. 

Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. 

Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi. WallahuA'lam.

Sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik