 Pemuda PAS menyatakan kekesalannya  terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem "berbaur penghinaan  kepada Islam" diterbitkan untuk tontonan umum, seperti filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham.
Pemuda PAS menyatakan kekesalannya  terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem "berbaur penghinaan  kepada Islam" diterbitkan untuk tontonan umum, seperti filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham.Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.
Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).
"Kalimah  syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda  sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan  syahadah walaupun ia sekadar lakonan," katanya.
 Filem  dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia,  Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah  dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta  untuk lima hari tayangan.
 Filem  dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia,  Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah  dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta  untuk lima hari tayangan.Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.
Penapis teh atau cendol?
Ia  mengisahkan Amran yang sering diganggu dengan hantu Maya yang mati  ketika diboncengnya sebelum itu. Berbagai cara dilakukan Amran untuk  menepis gangguan itu sehinggalan tanpa disedari Amran mula berubah  menjadi lebih baik. 
    Ustaz Nasrudin Hassan 
Dalam  kenyataannya hari ini, Nasrudin berkata, filem untuk tontonan umum itu  akan mencetus kekeliruan, memberi gambaran salah terhadap Islam,  dan  turut merosakkan akidah masyarakat awam.
Justeru,  dewan itu mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di  Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional  (FINAS), mengapa masih wujud babak kontroversi itu.
"Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis tea (teh)? Atau penapis cendol yang berlubang besar? 
"Sehingga  masih banyak adegan yang  'menyenakkan mata' dan mengganggu sensitiviti  masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah  diluluskan," kata graduan Universiti Al-Azhar itu.
Lebih  malang, Nasrudin menambah, pihak berkuasa agama didakwa seperti kaku  dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu  penghinaan terhadap Islam, seperti dalam kes blog Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara sebelum ini.

Cadang lembaga penapisan tertinggi
Nasrudin  juga menyatakan kekesalannya terhadap lambakan filem tahyul dan karut  untuk tontonan umum di kaca televisyen bermaharajalela di pelbagai  saluran.
"Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?" soalnya lagi.
Sehubungan  itu, Nasrudin berkata, pihaknya menggesa Finas dan LPF mewujudkan panel  syariah berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi, terutama  dalam menangani karya berkaitan Islam. 
"Selain itu,  Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara  langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk  merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama,  seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu  sebelum menerbitkan sesebuah filem. 
"Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri," katanya lagi.
Katanya,  industri filem harus maju dan berkembang ke seluruh dunia dengan  membawa imej baik tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap  agama, tahyul dan perlecehan akhlak, semata-mata untuk dijadikan  "tangkal pelaris".
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan