NEW  YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan saintis AS menghasilkan seekor  kucing yang bersinar-sinar dalam kajian mereka untuk menangani penyakit  virus Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)
Apabila  kucing itu diletakkan di bawah cahaya biru, bulu, misai dan kuku kaki  haiwan berkenaan kelihatan bersinar dengan warna hijau..
Kumpulan  penyelidik berkenaan menggunakan gen yang mengeluarkan kilauan untuk  menandakan kehadiran sejenis protein yang dimasukkan ke dalam telur  haiwan tersebut.
Protein itu diambil daripada monyet Macaque.
Kajian itu disiarkan kelmarin dalam jurnal Nature Methods yang menyatakan gen monyet tersebut dimasukkan ke dalam telur kucing.
Saintis-saintis juga memasukkan gen obor-obor yang menyebabkan sel-sel kucing menjadi berkilauan.
Ujian  ke atas sel-sel yang diambil dari kucing itu menunjukkan ia mampu  menangani virus yang menyebabkan AIDS ke atas kucing. - Reuters
     
 
 



Peh...teknologi memungkinkan perkara yg tak terjangka didalam kehidupan....lepas ni binatang ape plak yg derang nk buat bagi bersinar2 yekk....
BalasPadamaku rasa mungkin kupu2 malam chowkit kot..haha
BalasPadam