IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Bestnya Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bestnya Kahwin. Papar semua catatan

Khamis, 18 April 2013

PADA YANG BAKAL BERKAHWIN NANTI JANGAN LUPA AMALKAN~



PADA YANG BAKAL BERKAHWIN NANTI JANGAN LUPA AMALKAN~

AMALAN Sunnah Nabi S.A.W yang jarang dipraktikkan oleh pasangan yang 

baru berkahwin pada hari ini ialah di mana Suami MELETAKKAN tangan di ubun kepala isteri sambil membaca doa :

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan


segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung

kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau 

ciptakan pada dirinya." ( Riwayat Abu Daud )

oleh Mohd Rasul Abu Hanipah

Isnin, 31 Disember 2012

Wang Hantaran Mahal Punca Perkahwinan Gagal


Ramai pasangan gagal meneruskan perkahwinan hingga bercerai-berai kerana menghadapi tekanan emosi. Antaranya, akibat masalah tidak cukup wang belanja selepas hidup berpasangan atau setelah mempunyai cahaya mata.

Perunding motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, kes sedemikian banyak berlaku kepada pasangan yang membuat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan. Bahkan ada yang berhutang dengan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long) bagi menyediakan wang hantaran dan kos kenduri.

“Ramai datang ke klinik kaunseling saya mengadu tertekan sebab terpaksa membayar hutang ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Sedangkan perbelanjaan harian berubah bila dah hidup berdua dan beranak-pinak.

“Peringkat awal semua nampak manis. Cinta masih baru. Tak nampak kesan. Lepas berbulan atau setahun dua, pasangan itu akan rasa kesannya. Gaji tidak seberapa tapi hutang yang beribu kena bayar setiap bulan. Bayangkan kalau individu baru tamat universiti berkahwin secara berhutang,” ujar beliau.

Hushim menambah, sedia maklum pasangan baru tamat pengajian jika makan gaji tidak akan terus menerus menerima gaji lumayan. Selepas berkahwin banyak belanja hendak guna seperti duit sewa rumah, bil air dan elektrik, peralatan serta makan minum. Perbelanjaan makin bertambah setelah pasangan mendapat anak.

“Tapi gaji suami atau isteri dipotong setiap bulan sebab nak bayar hutang. Mungkin juga tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sesetengah tu tolak hutang belajar.

"Secara psikologi bila tak cukup duit, biasanya pasangan saling mempertikai dan mengaitkannya dengan hutang wang hantaran dan belanja kahwin dulu,” jelas Hushim.

Tambahnya, akibat pertengkaran tidak berkesudahan, emosi pasangan terganggu serta tertekan. Mereka mula memikirkan semula diri pasangan hingga ada beranggapan tidak mengenali pasangan yang sudah dinikahi. Dalam erti kata lain ungkit mengungkit.

“Bila bertengkar, macam-macam perkataan disebut. Terkeluar sifat sebenar pasangan. Bergaduh setiap masa. Ketika inilah mereka terlupa soal cinta.Dah tak kenal cinta. Cinta jadi retorik semata-mata. Daripada cinta terbalik jadi benci.

“Masalah akan lebih teruk dan tidak berkesudahan kalau ada yang masuk campur keluarga kedua-dua pihak. Tapi tidak mampu menyelesaikan konflik. Kepada pasangan yang gagal mencapai persefahaman kebiasaannya mengambil keputusan bercerai.

“Ada kes seorang pensyarah buat kenduri kahwin besar-besaran. Tapi bercerai selepas 15 hari. Bila lalui kaunseling, puncanya sebab bertengkar dan ungkit mengungkit wang hantaran serta belanja kenduri.

“Waktu bersanding hanya ingat yang indah-indah. Tapi lepas selesai majlis, baru sedar terlalu banyak guna duit. Lalu saling menyalahkan sesama sendiri dan mula fikir tak sefahaman.

Akhirnya bercerai,” akhiri beliau. -SH

Ulasan

Malah bukan sahaja "menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut" lebih teruk dari itu, pasangan boleh terjebak dengan perbuatan maksiat apabila gagal untuk menempuh lautan kesabaran apabila dilanda ombak percintaan dan gelora nafsu.

Itu sebab mengapa Rasulullah pernah bersabda:

Yassiru wa la tu 'assiru
Bashiru wa la tu naffiru

Permudahkan dan jangan dipersusahkan
Gembirakan dan jangan menakutkan. Sahih Bukhari & Muslim
Kredit: greenboc


Isnin, 28 November 2011

Aku Ingin Berkahwin, Tapi ...



Pernikahan, adalah saat penting bagi setiap orang. Termasuk juga diriku. Setelah sekian lama, aku berharap kejadian suci itu akan terjadi dalam hidupku.

Aku benar-benar ingin berkahwin, tapi ...
Aku belum boleh memantaskan diriku dengan keikhlasan kerana Allah, untuk sebuah pengabdian kepada seorang lelaki. Ya, lelaki yang nantinya akan menjadi suamiku. Semua kerana masih besarnya egoku, dan susahnya diriku, bahkan untuk sekadar menyenangkan orang lain. Yang ada malah, aku ingin selalu dimanjakan dan disenangkan. 

Tiada istilah kemakluman bagiku atas diri orang lain. Kerana itu sungguh sangatlah sukar untuk ku lakukan. Tidak ada istilah `kita` dalam hidupku, yang ada adalah, kamu dan aku.

Aku ingin berkahwin, tapi ... aku belum boleh dan belum terbiasa untuk berkongsi. Bagiku, semua milikku adalah milikku, dan menurutku orang lainpun perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang kemudian akan menjadi milik mereka.

Aku ingin berkahwin, tapi ... aku belum boleh bersabar. Aku sudah terbiasa meluahkan emosiku atas apa-apa yang aku mahu dan yang aku suka. Yang aku mahu adalah, orang lain bersabar atas apa adanya aku. Yang aku mahu adalah, orang lain selalu membenarkan apa-apa pendapatku, serta menurutinya.

Aku ingin berkahwin, Tapi ... aku belum boleh bersikap lembut.Buatku, lembut adalah lemah. Dan menurutku, wanita lembut adalah serupa dengan ketidak mampuan mereka untuk melawan dan hanya sekadar menuruti keinginan orang lain.

Aku ingin berkahwin, tapi ... aku adalah peribadi yang susah untuk dipercayai. Bagiku keburukkan sesiapa, kecuali diriku sendiri.. adalah sesuatu yang enak untuk dibicarakan dan bagiku itu adalah hiburan. Kadang aku bertanya pada diri sendiri, lalu bagaimana jika nanti suamiku mempunyai kekurangan yang jelas-jelas aku akan tahu .. entahlah, yang aku tahu aku hanya ingin berkahwin.

Aku ingin berkahwin, Tapi aku belum boleh tampil indah bagi orang lain. Menurutku, orang lain harus menerima apa adanya aku. Jika mereka tak menyukainya, itu hak mereka dan bukan urusanku. Dalam fikiranku, kritik adalah tuntutan orang lain atas aku, dan sama sekali aku tidak suka itu.

Aku ingin berkahwin, tapi aku tak tahu atas niat apa aku ingin berkahwin. Yang aku tahu, aku hanya memerlukan seseorang yang akan mendampingi aku. Paling tidak supaya aku tidak mendapat jolokan `tidak laku` .. sahaja. Dan aku tidak mahu diribetkan dengan rentetan tuntutan dan kewajipan dari sebuah perkahwinan. Yang aku tahu, aku hanya ingin berkahwin.

Aku ingin berkahwin, tapi ... mungkin sebaiknya aku bertanya kepada diriku sendiri dahulu, Aku memang ingin berkahwin, tapi apakah aku sudah benar-benar mempersiapkan diri untuk berkahwin?



Hantaran Untuk Majlis Pertunangan Berapa Bajetnya?

Hantaran Untuk Majlis Pertunangan 


Mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).


Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang2 hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan.
Sebelum memilih barang-barang hantaran, anda kenalah mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.
Berikut disenaraikan hantaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.Coklat atau manisan lain
9.Kek
10.Potpourri
11.Buah-buahan
Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat atau manisan lain
8.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
Di harap anda telah mendapat sedikit idea dalam memilih barang-barang untuk majlis pertunangan anda kelak!

homefamilysite.com







Ahad, 27 November 2011

Erti Mas Kahwin Dan Nilai Mas Kahwin Seluruh Malaysia




Menurut undang-undang Keluarga Islam, maskahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang. 


Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : ” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”


Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah seperti 
 berikut :

BIL
NEGERINILAI
ANAK DARA
ABC
1JOHORRM 22.50
2MELAKARM 40.00
3NEGERI SEMBILAN
a. Bukan WarisRM 24.00
b. Ahli WarisRM 48.00 
c. Kerabat Diraja di WilayahRM 725.00 
Datuk Kelana& Kerabat
4SELANGOR
i.   Puteri SultanRM 2,500.00 
ii.  Puteri Raja Muda atau PuteriRM 2,000.00 
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii.  Puteri KerabatRM 1,000.00
iv.  Puteri Anak Raja (Waris)RM 550.00
Puteri Anak Raja (yang lain)RM 300.00
v.   Anak Perempuan org-org besarRM 300.00
vi.   Cucu orang besarRM 200.00
vii.  Orang KebanyakkanRM 80.00
5KUALA LUMPURRM 80.00
6PERAKRM  101.00
7PULAU PINANGRM  24.00
8KEDAH
9PERLIS
10PAHANGRM 22.50
11TERENGGANU
12KELANTAN
13SABAHRM 100.00
14SARAWAKRM 120.00
15W.P LABUANRM 80.00

BILNEGERINILAI
JANDA
ABC
1JOHORRM 22.50
2MELAKARM 40.00
3NEGERI SEMBILAN
a. Bukan WarisRM 12.00
b. Ahli WarisRM 24.00
c. Kerabat Diraja di Wilayah
Datuk Kelana& Kerabat
4SELANGOR
i.   Puteri SultanRM 625.00
ii.  Puteri Raja Muda atau PuteriRM 500.00
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii.  Puteri KerabatRM 250.00
iv.  Puteri Anak Raja (Waris)RM 137.50
Puteri Anak Raja (yang lain)RM 75.00
v.   Anak Perempuan org-org besarRM 75.00
vi.   Cucu orang besarRM 50.00
vii.  Orang KebanyakkanRM 40.00
5KUALA LUMPURRM 40.00
6PERAK
7PULAU PINANGRM 24.00
8KEDAH
9PERLIS
10PAHANGRM 22.50
11TERENGGANU
12KELANTAN
13SABAHRM 80.00
14SARAWAKRM120.00
15W.P LABUANRM 80.00

Maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat. Dalam hadith riwayat Ahmad Ibnu Majah, Tarmizi bahawa Rasulullah pernah menikahkan seorang perempuan dengan maskahwin sepasang sepatu wanita dengan persetujuan wanita itu. 


Dalam hadith yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Baginda s.a.w juga pernah menikahkan seorang lelaki dengan seorang wanita dengan maskahwin lelaki itu mengajarkan kepada wanita itu beberapa hafazan surah dalam Al-Qur’an, kerana lelaki itu tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh dijadikan maskahwin.

Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut semasa akad nikah. Jika maskahwin disebut dalam akad akan dibayar secara tunai oleh suami, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu. Sekiranya isteri diceraikan sebelum berlaku persetubuhan, maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud


“Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu”.

Kadar maskahwin juga akan diambilkira untuk Hakim semasa menentukan kadar tebus talak sekiranya pihak-pihak itu ditakdirkan kemudiannya bercerai secara tebuk talak. Apabila maskahwin tidak dibayar dan tidak dihalalkan oleh isteri, isteri berhak mendapat maskahwin itu  walaupun setelah bercerai.


Sumber



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik