IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kekuasaan Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kekuasaan Allah. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Oktober 2013

Seorang Nenek yang Buta dari Tunisia, Disembuhkan Allah ketika di Bukit Arafah


Ibu Nafisah Al-Qurmazi


ARAB SAUDI – Jumaat (18/10/13) dalam sebuah persitiwa yang menunjukkan keagungan Islam dan ibadah haji, seorang nenek dari Tunisia yang telah kehilangan penglihatan sejak satu setengah tahun lalu, boleh melihat semula saat ia wukuf di atas bukit Arafah pada hari Isnin lalu (14/10/13).

Wanita yang berusia 70 tahun itu lantas sujud syukur saat ia dapat kembali melihat. Ia boleh melihat khemah tempat ia tinggal. Orang-orang di sekitarnya yang menyaksikan hal itu bersorak mengumandangkan takbir dan tahlil di khemah para jemaah haji delegasi dari Tunisia yang berada di bawah Yayasan Jamaah Haji Negara Arab.

Ibu Nafisah Al-Qurmazi, itulah nama wanita yang berasal dari Tunisia ini. Beliau pun berjalan tanpa bantuan dari siapa pun. 

“Allah memuliakanku dengan mengembalikan penglihatanku. Puji syukur atas nikmat-Nya yang Ia beri akan di atas tanah yang suci ini dan di hari yang suci (Arafah)” tutur Nafisah.

“Ibu Nafisah banyak berdoa kepada Allah Aza wa Jalla saat berada di Arafah, setelah Allah memudahkan ia untuk mengerjakan Haji, agar Allah memberikan kesembuhan penglihatannya dengan penuh khusyuk. Allah pun mengabulkan doanya. Orang-orang di sekitarnya agak terkejut. Ia boleh berjalan sendiri tanpa dituntun orang lain, yang sebelumnya beliau tidak berjalan kecuali dibantu salah seorang anaknya” ujar salah seorang petugas khidmat lapangan.[usamah/imo]


Di terjemah edit & dari (voa-islam.com)

Selasa, 1 Oktober 2013

Sebatang Pokok Dengan 250 Jenis Epal


Pokok Epal 
Bayangkan sebatang pokok epal, mampu menghasilkan 250 jenis buah epal jenis berbeza? Mungkin pada fikiran anda ia mustahil untuk dihasilkan tetapi Paul Barnett berjaya melakukannya.

Beliau telah mengahwinkan pokok epal berkenaan dengan pokok epal lain dengan mencantumkan tunas baru di atas dahan pokok epal miliknya.

Pokok itu kini sudah membesar dan ada diantara dahannya terpaksa disokong menggunakan kayu kerana sudah terlalu berat dek buah epal.

“Saya pada mulanya bekerja di sebuah pusat penjagaan pokok epal dengan kawasan tanaman epal yang luas dengan 90 jenis variasi buah epal dalam satu barisan pokok,” katanya.

Barnett berusia 40 tahun berasal dari Chidham, West Sussex, United Kingdom.

Beliau berkata, beliau mahu menanam pokok-pokok epalnya sendiri tetapi tidak mempunyai kawasan luas untuk menempatkan kesemuanya.

“Saya mula menanam pokok ini yang digelar ‘family tree’ dengan mengahwinkan atau mencantumnya satu persatu jenis epal yang berbeza,” katanya.

magicappletree17
Antara epal yang terdapat di pokok Barnett ialah jenis yang jarang ditemui iaitu epal untuk masakan jenis Withington Fillbasket yang berasal sejak tahun 1883 dan jenis Eady’s Magnum berasal pada tahun 1908.

Bagi Barnett, epal kegemarannya ialah jenis Winter Gem kerana rasanya lazat, rangup dan manis.
mynewshub
 

Selasa, 27 Ogos 2013

Gemar Bersedekah dan Membaca Al-Quran, 19 Tahun Dikubur Jenazah Siti Masrinah Masih Utuh


TUBAN,Indonesia - Penggalian makam untuk perluasan masjid yang berada di kawasan makan Syekh Asy'ari, Desa Bejagung, Kecamatan Semanding, Kabupaten, Tuban mengegerkan warganya. Kerana, dalam pengalian kawasan pemakanan itu ditemui adanya satu jenazah yang digali masih dalam keadaan baik @ utuh, Sabtu (17/08/2013).

Jenazah itu masih dalam berkeadaan baik walaupun telah dikebumikan selama 19 tahun itu adalah almarhumah Siti Masrinah, yang meninggal pada tahun 1994, dengan usianya ketika itu 84 tahun. Almarhuman Masrinah merupakan warga Desa Penambangan, Kecamatan Semanding, yang dikuburkan di kawasan makam Syekh Asy'ari atau yang dikenal dengan Sunan Bejagung.
 
 
Pada saat menggali makam Siti Masrimah itu, Munasir, penggali makam merasa terkejut kerana papan penutup jenazah masih keadaan utuh.
Meskipun mengetahui papan penutup jenazah masih utuh, Munasir bersama dengan tiga orang lagi penggali kubur di tempat tersebut tetap meneruskan pengaliannya. Sehingga mengetahui bahawa keadaan kain kafan jenazan Siti Masrimah tidak mengalami kerosakan sama sekali.
 
"Tidak seperti jenazah yang lain, saat digali papannya masih utuh. Setelah saya lihat ternyata jenazahnya juga masih utuh bersama dengan kain kafannya," ujar Munasir (50), ketua penggali kubur di makam Desa Bejagung, Kecamatan Semanding, Tuban.
 
 
Keluarga almarhumah Hajah Siti Masrinah, pun mula bercerita. Mereka menyatakan kebiasaan almarhumah semasa hidupnya. Salah satunya adalah almarhum gemar membaca Al-quran dan berzikir kepada Allah.
 
"Waktu itu cahaya lampu tidak seperti sekarang, Ibu malam-malam suka baca Al- quran menggunakan lampu suluh," kata Kusnan Hariyadi (61), menantu almarhumah.
 
Kusnan, yang merupakan suami dari anak ke 5 almarhumah, iaitu Siti Sumini, menambah, selain gemar membaca Al-Quran, almarhum juga gemar berzikir dan membaca selawat keatas Nabi s.a.w. Disamping tidak pernah tidak hadir untuk melakukan solat malam.
 
"Suka solat malam juga," katanya, menerangkan.
 
Siti Sumini sendiri mengatakan, ibunya waktu hidup gemar sekali melakukan infaq mahupun sedekah. Bahkan beberapa kali ibunya ditipu oleh orang yang  bekerja di atas tanah miliknya... , tapi ia sentiasa mengikhlaskannya.
 
"Ibu suka bersedekah masa hidupnya," kata Siti Sumini, saat berada di kompleks Makam Sunan Bejagung Lor, Desa Bejagung, Kecamatan Semanding, Kabupaten Tuban.
 
 
Cerita lain, semasa hidup almarhumah terkenal sebagai orang yang pandai bergaul. Bahkan beberapa orang pada masa itu dianggap sebagai sampah masyarakat pun menghormati beliau. Bahkan selalu menurut apabila di nasihati oleh almarhumah .
 
"Orang yang katanya tidak benar sama ibu dulu juga taat," tambahnya.
Ketua Takmir Masjid, Ahmad Sholikin, juga mengatakan hal yang sama. 

Masa itu ada 17 makam terpaksa dipindahkan dalam rangka perluasan Masjid Bejagung Lor. Pembongkaran dibagikan dalam dua tahap, pada Ahad lalu, pihaknya membongkar sembilan makam, dan selebihnya akan berlangsung hari ini.
 
"Di hari pertama itulah, ada satu jasad wanita yang sudah meninggal 19 tahun tapi masih utuh dan mengeluarkan bau yang harum," ujar Ahmad.

Disunting dari: voa-islam.com

 

Rabu, 22 Mei 2013

Solat Atas Air??

 Gambar ini telah menerima like lebih drp 100K. Tak pasti berlaku di mana dan apa sebenarnya cerita atas gambar ini. Yang menarik mereka tetap bersolat.

Ada beberapa kemusyiklan pada gambar ini. Mereka solat berjamaah tetapi tidak mengikut saf yang betul. Kalau jamaah, kenapa pula ada yang solat bersendirian di belakang?

Kenapa mereka tak solat sebelah yang tak ada air? Sebut pasal air, kedalam air tidak sekata. Budak paling tepi itu muka dan hidungnya tenggelam dalam air. Macam mana dia bernafas semasa sujud?

Lihat no 3 daripada budak yang tenggelam hidung itu macam tak nak rapat muka ke lantai pasal takut air masuk dalam hidung??

Kalau dikatakan gambar ini direka, bagaimana pula baju mereka basah. Semua baju adalah basah menunjukkan semacam kena hujan, tapi tanda-tanda hujan tiada. Adakah hujan sudah berhenti?

Tapi kalau diperhati ada kesan 2 titisan air daripada bumbung pada gambar ini.

Anda jawab semua persoalan di atas. 


 tranungkiteoffline

Khamis, 18 April 2013

Inilah Salur Darah Pada Muka Kita



Pernah tak korang tengok macam mana rupa salur darah kat muka kita? Tak pernah? Takper, kali ni edy nak kongsi dengan korang macam mana rupa salur pada muka kita. Berselirat tuh.
 

Inilah dia salur darah pada muka kita semua. Banyak dan berselirat, kan? Hebat sungguh ciptaan Allah SWT. Subhanallah.

 http://edyramanov.blogspot.com

Isnin, 18 Mac 2013

Penemuan Saintis, Daun Bertasbih Menuji NYA



UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG  


SEBUAH majalah sains terkenal, Journal of Plant Molecular Biologies, menyebutkan bahawa sekumpulan ilmuwan yang membuat kajian mendapatisuara halus keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak dapat didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perekam tercanggih yang pernah ada.

Ilmuwan itu selama hampir 3 tahun meneliti fenomena yang mencengangkan ini berhasil menganalisis denyutan atau detik suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik (kahrudhoiyah ) dengan sebuah alat canggih yang bernama Oscilloscope. Akhirnya mereka dapat menyaksikan denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu detik!

Prof. William Brown yang memimpin para pakar sains untuk mengkaji fenomena tersebut mengisyaratkan setelah dicapainya hasil bahawa 'tidak ada penafsiran ilmiah' atas fenomena tersebut. Padahal seperti diakui oleh  profesor, pihaknya telah menyerahkan hasil penelitian mereka kepada universiti-universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika juga Eropah. Tetapi semuanya tidak sanggup menafsirkan fenomena itu, bahkan semuanya tercengang tidak tahu berkomentar apa-apa lagi.

Pada kesempatan terakhir, fenomena tersebut dihadapkan dan dikaji oleh para pakar dari Britain, dan di antara mereka ada seorang ilmuwan Muslim yang berasal dari India. Setelah 5 hari mengadakan kajian dan penelitian ternyata para ilmuwan dari Inggeris tersebut angkat tangan. Maka ilmuwan Muslim tersebut mengatakan:

“Kami umat Islam tahu tafsir dan makna dari fenomena ini, bahkan semenjak1,400 tahun yang lalu!”

Maka para ilmuwan yang hadir pun tersentak dengan pernyataan tersebut, dan meminta dengan sangat untuk menunjukkan tafsir dan makna dari kejadian iti. lmuwan Muslim segera memetik firman Allah SWT

  • “…Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (QS. Al-Isra`: 44)
Tidaklah suara denyutan halus tersebut melainkan lafazh jalalah (nama Allah) sebagaimana tampak dalam layar. Maka keheningan dan kehairanan yang luar biasa menghiasi aula di mana ilmuwan Muslim tersebut berkata.
  • Subhanallah, Maha suci Allah! Ini adalah salah satu mukjizat dari sekian banyak mukjizat agama yang haq ini! Segala sesuatu bertasbih mengagungkan nama Allah. 
Akhirnya orang yang bertanggung jawab terhadap penelitian pengkajian ini,iaitu profesor William Brown menemui ilmuwan Muslim itu berdiskusi tentang agama yang di bawa oleh seorang Nabi yang ummi (tidak dapat baca tulis) sebelum 1,400 tahun lalu tentang fenomena ini. Maka ilmuwan tersebut pun menerangkan kepadanya tentang Islam, setelah itu ia memberikan hadiah al-Qur`an dan terjemahnya kepada profesor itu.

Selang beberapa hari setelah itu, profesor William mengadakan ceramah di Universiti Carnich – Miloun, ia mengatakan:

“Dalam hidupku, aku belum pernah menemui fenomena semacam ini selama 30 tahun menekuni pekerjaan ini, dan tidak ada seorang ilmuwan pun dari mereka yang melakukan pengkajian yang sanggup menafsirkan apa makna dari fenomena ini. Begitu pula tidak pernah ditemui kejadian alam yang bisa menafsirinya. Tetapi satu-satunya tafsir yang dapat kita temukan adalah dalam al-Qur`an.

Hal ini tidak memberikan pilihan lain buatku selain mengucapkan syahadatain: “Aku bersaksi bahawa tidak ada ilah yang haq melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusannya!”

Seorang profesor ini telah mengumumkan Islamnya di hadapan para hadirin yang sedang terperangah. Allahu akbar! Kemuliaan hanyalah bagi Islam, ketika seorang ilmuwan sedar dari kelalaiannya, dan mengetahui bahawa agama yang haq ini adalah Islam! (IH/DZ/Faiz) 



Sabtu, 16 Mac 2013

Bayi Jatuh Tingkat Lapan Terselamat


hkcscheer.net

NEW YORK - Seorang wanita maut selepas dipercayai terjun bersama anaknya dari tingkap tingkat lapan apartmen West Harlem, namun bayi lelaki berumur 10 bulan itu dilaporkan terselamat, menurut polis New York, kelmarin.

Tingkap di apartmen West Harlem ini tidak dilengkapi jeriji besi. Foto: CBS

Tingkap di apartmen West Harlem ini tidak dilengkapi jeriji besi. Foto: CBS



Saksi, Steven Dominiquez, 18, memberitahu dia melihat bayi tersebut melantun beberapa kali sebelum jatuh ke tanah dalam keadaan tertiarap berhampiran mayat ibunya, Cynthia Wachenheim, 45.

"Saya terkejut selepas mendengar bayi itu meraung dengan kuat. Dia amat bernasib baik kerana terselamat," katanya.

Difahamkan, bayi malang itu kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Hasil siasatan awal polis mendapati Wachenheim turut meninggalkan tujuh nota di bawah katilnya dan tiada tanda berlaku pergelutan di rumahnya.

Menurut dalam laporan AP rakaman kamera pengawasan juga menunjukkan suami mangsa meninggalkan rumah mereka kira-kira sejam sebelum kejadian.
sinarharian


Rabu, 20 Februari 2013

Inilah Bentuk Pecahan Batu 'Meteor Rusia'


detail berita
Batu pecahan meteor Rusia (Gambar: Mirror)

Moscow - Meteor yang jatuh ke tanah besar Rusia pada Jumaat 
(15/2),  melanda berhampiran timbunan salji dekat sebuah Tasik.  

Serpihan hasil ledakan meteor tersebut ditemui oleh saintis.Mirror melaporkan , Selasa (19/2/2013), butiran hitam yang berasal dari meteor dahsyat meluncur di atas Ural Mountains Rusia pada pagi Jumaat itu. 

Para saintis telah menjelajahi kawasan pedalaman di sekitar bandar Chelyabinsk, Rusia untuk mencari tanda-tanda batuan dari luar angkasa itu. Fragmen atau pecahan meteor berbentuk kecil adalah yang pertama kali ditemui.

Sementara potongan yang lebih besar dianggarkan telah tersebar di sebahagian kawasan industri. Anggota penyelidik dari Russian Academy of Sciences melakukan ujian kimia pada beberapa batu yang tidak biasa yang ditemui disana. 

Mereka mengatakan bahawa potongan benda ini berasal dari luar angkasa. "Kami mengesahkan bahawa zarah ini dijumpai oleh ekspedisi dekat Danau Chebarkul yang mempunyai komposisi sebuah meteorit," ujar penyelidik Viktor Grokhovsky dari Russian Academy of Sciences. 

Melalui bantuan mikroskop, diketahui bahawa serpihan meteor ini mengandungi besi sebanyak 10 peratus. "Meteorit ini mempunyai kelas chondrites biasa," tambahnya. Lebih banyak Grokhovsky mengatakan, batu tersebut terdiri daripada sebahagian besi metalik serta Chrysolite dan sulfite ."Kemungkinan besar, batu ini akan dinamakan meteorit Chebarkul," jelasnya. (amr)

Kredit: Ahmad Luthfi - Okezone


Ahad, 17 Februari 2013

Video dan Gambar Kejadian Tahi Bintang Yang Gugur Di Rusia

Misi cari serpihan tahi bintang dicari


SEORANG pegawai polis Rusia semalam mengawal lubang yang dipercayai tempat sebutir tahi bintang jatuh di Tasik Chebarkul, Chelyabinsk kelmarin.

MOSCOW - Sekumpulan orang menyelam ke dasar sebuah tasik yang berais semalam untuk mencari serpihan sebutir tahi bintang yang jatuh ke bumi selepas meletup di udara sehingga mengakibatkan 1,200 penduduk cedera dan ribuan rumah musnah.
Seorang jurucakap Kementerian Kecemasan Rusia berkata, enam penyelam memeriksa dasar Tasik Chebarkul di wilayah Chelyabinsk, 1,500 kilometer dari sini untuk mencari serpihan tahi bintang yang jatuh kelmarin.
Terdapat sebuah lubang besar di tasik berais itu yang dipercayai menjadi tempat tahi bintang tersebut jatuh.
Tasik itu terletak 80 kilometer dari bandar Chelyabinsk.
Namun, enam penyelam tersebut yang menyelam selama tiga jam gagal menemui sebarang serpihan tahi bintang.
"Mereka mendapati dasar tasik itu dipenuhi dengan 1.5 meter lumpur tebal," kata salah seorang anggota mencari itu kepada media Rusia.
Gambar yang disiarkan agensi berita Reuters semalam menunjukkan satu serpihan kecil dipercayai daripada tahi bintang itu.
Beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat menganggarkan jumlah tenaga yang dibebaskan akibat kesan perlanggaran dengan atmosfera itu adalah kira-kira 30 kali ganda daripada bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Letupan tahi bintang seberat 10 tan itu telah menyebabkan sejumlah tingkap kaca lebih 4,000 buah bangunan pecah di wilayah itu.
Bumbung dan dinding sejumlah bangunan juga runtuh selepas bebola api dan letupan dilihat sebahagian penduduk di wilayah berkenaan.
Gabenor wilayah berkenaan, Mikhail Yurevich menyatakan kerugian akibat letupan itu dianggarkan AS$33 juta (RM102 juta).
Ramai mangsa cedera akibat terkena kaca dan pelbagai serpihan yang pecah akibat letupan tersebut. - Agensi/.kosmo.


Video dan gambar ketika dan selepas kejadian


A fiery meteor streaks over the Ural Mountains.

AWAN kelihatan di laluan tahi bintang itu.
KESAN pergerakan tahi bintang di ruang udara sebuah kampung di Bolshoe Sidelnikovo, kira-kira 50 kilometer dari Chelyabinsk.

A meteor streaks through the sky before exploding with a flash and boom that shattered glass in buildings and left hundreds of people hurt.

The meteor leaves a white streak through the sky. The national space agency, Roscosmos, said scientists believed one meteoroid had entered the atmosphere, where it burned and disintegrated into fragments, according to RIA Novosti.

Inilah lubang yang dipercayai tempat sebutir tahi bintang jatuh di Tasik Chebarkul, Chelyabinsk

A large chunk of a meteor that exploded over Russia is found in a late on Friday, February 15.


SEBUAH bangunan runtuh akibat letupan kuat tahi bintang tersebut.

Workers repair a damaged power line near the wall of a local zinc plant. About 270 buildings were damaged -- mostly broken glass -- by shock waves caused by the blast, said Vladimir Stepanov of the National Center for Emergency Situations at the Russian Interior Ministry.

A man removes shards of glass from the frame of a broken window.

A ruler is used to examine fragments said to be from a meteor, near an ice hole on lake Chebarkul, some 50 miles west of Chelyabinsk, February 15, 2013. REUTERS-Chelyabinsk region Interior Ministry

Pembaris digunakan untuk memeriksa serpihan dikatakan dari meteor, berhampiran lubang ais di tasik Chebarkul, kira-kira 50 kilometer barat bandar Chelyabinsk, 
 February 15, 2013.

The meteor damaged windows at a sports hall.


By noon Russia time more than 725 people had sought medical help.

Pakcik ini diantara  orang-orang yang tercedera


Sumber gambar dari : http://www.reuters.com


Mari kita rasakan sesama gegaran dan bunyi yang supersonik yang mengegarkan deria rasa..
masihkah kita berkhayal dengan dunia yang fana ini.





Sabtu, 9 Februari 2013

Bagaimana Burung Merpati Tahu Jalan Pulang ?

kiacauanburung.blogspot.com

Burung merpati atau burung dara merupakan burung peliharaan istimewa, kerana dilepas di mana pun boleh mencari jalan pulang ke rumahnya. Tak hairan, burung merpati selama berabad-abad dijadikan burung pos pengantar surat.

Selama berpuluh-puluh tahun saintis mencari tahu sistem navigasi yang dibangunkan pada haiwan ini. Apakah haiwan ini boleh merakam peta bumi layaknya google map?


Belakangan baru terungkap mereka membangunkan sistem peta akustik. Dalam Jurnal Experimental Biology, Ketua kajian, Dr Jonathan Hagstrum, dari Survei Geologi AS, mengatakan burung-burung tersebut mencipta peta akustik lingkungan sekitar mereka.Walaupun hipotesis ini masih jadi bahan perdebatan antara ahli.


Bagaimana kaedah penyelidikan yang dijalankan?Professor Bill Keeton dari Universiti Cornell berupaya untuk memahami kemampuan merpati untuk mencari jalan kembali ke tempat yang pernah mereka lawati. 


Dia melepaskan sejumlah burung di negara bahagian New York, tetapi mendapati bahawa burung yang diterbangkan di Jersey Hill, dekat Ithaca, menjadi disorientasi dan terbang tanpa tujuan.Kejadian ini berlaku berulang kali, terpisah dari sebuah peristiwa pada 13 Ogos 1969, di mana burung boleh kembali lagi ke tempat mereka. 


"Burung terbang dengan menggunakan kompas dan peta. Kompas yang digunakan biasanya adalah kedudukan Matahari dan ladang magnetik Bumi, tetapi peta yang digunakan tidak diketahui selama beberapa dekad," jelas Dr Hagstrum"Saya telah mendapati bahawa mereka menggunakan suara sebagai peta mereka ... dan ini akan menjelaskan mereka berkaitan dengan rumahnya." 


Merpati, katanya, menggunakan "bunyi infra", yang merupakan suara dengan frekuensi sangat rendah yang tidak ditangkap oleh alat pendengaran manusia.


Dia menjelaskan: "Suara asli lautan. Gelombang di laut dalam mempengaruhi dan mereka mencipta suara antara atmosfera dan Bumi. 


Anda boleh mengambil tenaga ini di mana-mana di Bumi, bahkan di pusat daratan.


"Dia meyakini ketika burung dilepaskan di kawasan yang tidak dikenalinya, mereka mendengar tanda dari sinyak bunyi infra dari rumah - dan kemudian menggunakannya untuk menentukan sikap mereka. Bagaimanapun, bunyi infra boleh dipengaruhi oleh perubahan di atmosfera.


Mengapa beberapa burung yang dilepas tak boleh kembali pulang ke New York?"Struktur suhu dan angin di atmosfera di atas New York telah melencong dan diatas Jersey Hill," jelasnya. 


Ertinya burung ini tak dapat mendengarnya dan tersesat. Bunyi infra yang terganggu dapat menjelaskan teka-teki cara burung untuk mencari jalan pulang, dan ini menjelaskan mengapa ada kes burung merpati tak boleh mencari jalan pulang 

adipedia.com/ Om


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik