 Ada
 seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal 
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu 
hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
Ada
 seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal 
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu 
hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 
batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga 
berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya 
dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada 
suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. 
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku 
itusatu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku 
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada 
bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok 
tersebut dan berkata ;
“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan 
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan 
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
 sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, 
sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan 
membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan
 menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati
 adalah lebih pedih dari luka fizikal.
on
Sunday, 3 March 2013
- See more at: http://anjunginspirasi.blogspot.com/2013/03/lubang-lubang-paku.html#sthash.B6O9nq4P.dpuf Sumber gambar: Lee Aziz
Sumber gambar: Lee AzizSAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. ;)
on
Sunday, 3 March 2013
- See more at: http://anjunginspirasi.blogspot.com/2013/03/lubang-lubang-paku.html#sthash.B6O9nq4P.dpufMutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa seseorang telah berkata kepada Nabi S.A.W,
“Nasihatilah aku.” Lalu Nabi S.A.W bersabda, “Jangan marah,” maka berulang-ulang orang itu meminta dinasihati, jawab Nabi, “Jangan marah.”
Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi S.A.W bersabda,
“Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”

 
 













![Konsert Metallica Live In Malaysia [21 August 2013] Stadium Merdeka Kuala Lumpur Konsert Metallica Live In Malaysia [21 August 2013] Stadium Merdeka Kuala Lumpur](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxbMNCPIM4cQkddto4bbbQYmQZZh44ddjNi3FMpmA0IGBRkn76EC3v3DS64RMQK4GKTWolBIP5Fg_pvulsAXa_IMFcrXTX1yBfgT1G2xFuCKWEWqszrg0ZgK8nDULzK4majJL_-QjD2Q/s400/1002335_667748883255009_339344128_n.jpg)










