IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Unik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Unik. Papar semua catatan

Selasa, 13 November 2012

Helmet Khas Untuk ke Masjid


Ni  dia, selamat kalau kau pakai nak pi menunaikan solat kat  masjid  ataupun pakai bila-bila masa pun rasanya tak salah kot.

Dah tu mai kita tengok kot- kot  sesuai dengan  saiz kepala anda ...

Sedia,......... teruskan bacaan

Cool kan?
 
Billyinfo

P/s: Bila dah dapat sebijik...nanti jangan kau orang lupa pulak buka helmet tu..
sebab dah siap gambar ketayap tu :) 


Isnin, 12 November 2012

4 Sarang Burung Yang Unik dan Kreatif


Setiap manusia mengimpikan rumah yang besar, mewah dan selesa untuk tinggal. Begitu juga haiwan seperti burung. Yang bestnya burung tidak perlu menggunakan duit untuk membina sarang mereka.

Pendek kata langsung tak melibatkan kos ataupun dalam kata lain zero kos.

Jom kita tengok jenis-jenis burung dan sarang mereka yang cukup unik
dan kreatif ini.

Sarang Burung Golden Masked Tanager 
The Golden Masked Barbet boleh dijumpai di Amerika Selatan. Burung jenis ini 
mencari sarang lebah yang terbiar untuk membina sarang. Jom tengok sarang yang dibina oleh burung jenis ini.

 

Sarang Burung Spotted Nightingale-Thrush
Burung Spotted Nightingale-Thrush ditemui di Amerika Selatan sehingga ke selatan Mexico. Burung ini membuat sarang di kaki bukit hutan habitat berdekatan belukar. Jom kita tengok sarang jenis burung ini.



Sarang Burung Rock Sparrow
Brung jenis ini merupakan burung Eropah, Afrika utara dan Asia Tengah yang suka buat sarang di kawasan berbatu di dalam hutan.



Sarang Burung Pine Siskin
Burung Pine Siskin ditemui di Amerika Utara. Sarangnya cukup unik kalau kita lihat.



Sarang MacGillivray's Warbler
Burung ini gemar membuat sarang dikawasan yang rendah seperti di dalam semak. Kebiasaan burung lain akan membina sarang di dahan-dahan pokok yang tinggi. Berbeza dengan burung ini.



Sarang Burung House Finch
Burung House Finch sangat kreatif membina sarang mereka. Lihat sajalah dibawah.



Sarang Burung Anna's Hummingbird
Merupakan keluarga burung kelicap. membina sarang menggunakan ranting-ranting kecil dan bulu-bulu haiwan.




Sarang Burung The Western Tanager
Burung The western Tanager memilih pokok konifer untuk membina sarang mereka. Lihat sahaja betapa kreatif burung jenis ini.



Sarang Burung Allen's Hummingbird


sumber: environmentalgraff
 Kredit: openminda


Sabtu, 1 September 2012

Nama Saya 'MALAYSIA'


AYER TAWAR, 1 Sept -- NAMA SAYA 'MALAYSIA' ... Seorang penyelia ladang berbangga dinamakan sebagai Malaysia Mohamad Yusof oleh bapa saudaranya 48 tahun lalu.

Malaysia anak ketiga dari 11 orang adik beradik berasal dari Felcra Kawasan Kampung Kurnia, Ayer tawar. Menurutnya ketika zaman persekolahan dahulu beliau menerima pelbagai persoalan dari rakan-rakan mengenai namanya, kekadang dia merasa malu dan segan.

Ada jugak di kalangan kawan dan saudara-mara yang memanggilnya dengan gelaran 'Malay'. Kini Malaysia yang telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata berbangga menjadi 'Anak Malaysia' dan nama 'Malaysia'.PD

Kredit: Bernama



Khamis, 9 Ogos 2012

Hebat! Kaunter Zakat Pandu Lalu Pun Ada !?

sumber gambar : utusan

Kaunter Zakat Pandu Lalu

Penunggang motosikal menggunakan kaunter pandu lalu @ Drive Thru bagi menunaikan Rukun Islam keempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, hari ini.


 Sumber : ammboi.com


Sumber: Sinarharian/utusan 




Ahad, 15 Julai 2012

Ada Gurun Salju di Tengah Gunung Ais ?!

Pemandangan unik terlihat di pergunungan Siberia yang sejuk. Di antara gunung-gunung menjulang yang berkarpet salji berwarna putih bersih, kelihatan padang pasir tandus dengan warna kuning yang khas.
 
http://angkatigabelas.blogspot.com/
 
Sekitar 40 km dari Gunung Kodar, kawasan Trans-Baikal, Banjaran Siberia, Rusia, ada sebuah pemandangan tidak biasa. Gurun pasir seluas 37 km2 menjadi potret kontras di antara putihnya salji yang menutupi pergunungan. Chara Sands atau Gurun Pasir Chara adalah magnet yang cukup kuat bagi pelancong.
 
 
Daerah ini kerap memanggil pelancong, terutama pendaki gunung yang ingin melihat sendiri keanehan alam di sini. Bukit pasir setinggi 15-30 meter membentang sepanjang sungai ais di dasar pergunungan. Timbunan pasir ini benar-benar kelihatan seperti padang pasir yang ada di Mesir dan sekitarnya.
Anda boleh cuba menjejakkan kaki di sini untuk merasakan sendiri bahawa padang ini benar-benar diisi pasir. Sejauh mata memandang, hanya warna coklat muda khas pasir yang akan kelihatan. Sesaat anda akan merasa sedang berada di Timur Tengah, minus gerombolan unta dan pohon-pohon kaktus.
 
 
Diduga, gurun pasir ini terbentuk sekitar 50 atau 100 tahun yang lalu, demikian dilihat dari Amezing Planet, Rabu (13/6/2012). Daratan segi tiga yang ada di depan Gunung Sakukan terkikis oleh angin dan cuaca. Hakisan tersebut menghasilkan bukit-bukit kecil dan juga padang pasir ini.
 
 
Kadang-kadang, gurun ini juga tertutup salji terutama semasa musim sejuk menyapa. Namun, salji tidak pernah betah lama-lama di sana. Selesai musim sejuk, gurun ini kembali memesona dengan menjadi anomali dan siap memuaskan rasa ingin tahu para pelancong./ wisbenbae


Ahad, 8 Julai 2012

Sejadah Unik, Akan Menyala Terang Pada Saat Mengadap Kiblat


Sajadah Unik, Akan Menyala Terang Pada Saat Menghadap Kiblat


Alas untuk solat atau sejadah, yang biasa digunakan oleh sebahagian besar dari 1.6 bilion umat Islam di dunia, kini hadir dengan lebih moden.


Seorang pereka Inggeris, Soner Ozenc menyuntik inovasi baru ke dalam sejadah yang ia buat dengan mencipta sejadah yang boleh menyala terang, yang akan menyala apabila menghadapi kiblat di Makkah, surat khabar Mashable melaporkan.EL Sajjadah - yang "EL" adalah singkatan dari Electro Luminescent dan sajjadah, bahasa Arab untuk sejadah, menggabungkan kompas digital yang membantu menerangi dalam mencari araha Makkah.


"Saya ingin merancang sesuatu yang baru, tapi saya datang ke titik di mana saya perlu menambah fungsi untuk projek ini," kata Ozenc kepada Mashable."Kemudian saya datang dengan idea sejadah bercahaya." 


EL Sajaddah tidak hanya berfungsi, tetapi berseni, kerana boleh digantung di dinding rumah pemiliknya. Reka bentuk karpet ini berdasarkan pada seni vektor kontemporari, dengan terinspirasi oleh Masjid Biru di Turki. Dasarnya adalah hitam - bermotif berwarna hijau - dan boleh memancarkan cahaya. 


Sajadah unik ini telah dipamerkan di Turki, Kuwait, Australia, Inggeris, Korea Selatan, dan Jepun. Museum of Modern Art di New York mempamerkan EL Sajjadah tahun lalu sebagai sebahagian dari pameran berjudul "Talk to Me: Design and the Communication Between People and Objects." Ozenc, yang memulakan projeknya enam tahun lalu, belum menerima kritikan negatif berkaitan konsepnya mengenai penggunaan teknologi dealam amalan keagamaan tradisional. (fq / aby) 

Disunting dari: Eramuslim


Isnin, 23 April 2012

Air Mineral Paling Mahal Di Dunia..


Fillico Beverly Hills, itu nama air mineral termahal di dunia yang di hasilkan dari air kaki gunung Roko,Kobe Jepun. Di keluarkan oleh syarikat yang bernama Vieluce di Osaka Jepun. Air ini hanya di hasilkan 5,000 botol bersaiz 750ml setiap bulan. Air ini di jual pada harga RM350 iaitu lebih 100 kali ganda harga air mineral biasa yang bersaiz 1.5l.





Sumber /Kredits to infoserius.com

P/s: Pendapat akulah... yang membuatkan air ini jadi mahal sebab pembotolan, pembungkusan dan pengiklanan dengan begitu Eksklusif sekali rasa akulah..kekawan tenguklah sendiri..cara dipersembahkan hanya untuk menghilangkan kehausan insan yang dahagakan dunia..Tapi Air Zam-zam adalah air terbaik untuk kita minum kerana lebih banyak manfaat, khasiatnya, InsyaAllah dapat melembutkan hati yang keras membatu yang terlampau asyik dengan dunia...WallahuA'lam.


Bacalah apa kelebihan Air Zam-Zam Ni :


Isnin, 5 Mac 2012

Kota Berwarna Biru Penuh Misteri di India

Di India, terdapat sebuah kota yang keseluruhan rumahnya bercat biru. Kota tersebut adalah Jodhpur, bandar kedua terbesar di negeri Rajasthan, India. Terletak 335 kilometer (208 mil) barat dari ibu negeri Jaipur.


Kota ini menjadi destinasi pelancongan yang popular, selain keunikan warna biru yang menyelimuti seluruh kawasan, Jodhpur juga memiliki tarikan lain seperti istana dan kuil-kuil. Kota ini juga dikelilingi oleh tembok batu tebal.


Berkunjung ke tempat ini tidak perlu bergantung dengan musim, kerana cuacanya selalu cerah sepanjang tahun. Oleh sebab itu, Jodhpur juga dikenali sebagai "Sun City". Meskipun jolokan yang lebih terkenal disebut sebagai "Kota Biru".  

Yang menarik, alasan penduduk mengecat rumah mereka menjadi biru masih menjadi misteri. Kebanyakannya bila disoal mengapa mereka mengecat rumah mereka dengan warna biru, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. 


 
Namun demikian, beberapa sumber menyebut alasan-alasan berikut ini:

1. Warna biru dipilih mengikut orang-orang berkasta Brahmana yang selalu mengecat rumah mereka dengan warna biru, kerana dewa-dewa biasanya selalu berwarna biru.

2. Warna biru untuk mengusir nyamuk

3. Menurut pendapat penduduk Jodhpur, warna biru dapat mendinginkan suasana rumah.

Untuk menikmati keindahan lanskap Jodhpur, ia boleh dilihat dari tembok Meherangarh. Tembok setinggi 35 meter ini memiliki jendela-jendela batu untuk melihat pemandangan di luar. Dari tempat inilah para pelancong dapat mengagumi jajaran rumah biru yang sampai kini masih diselimuti misteri.   









  




 

Kataku :  biru mata hitam ku melihatnya....

 billyinfo/open

Lihat yang ini pula:

Ahad, 19 Februari 2012

Memerang Pun Berdoa Supaya Diberi Rezeki...Kita ?

Aksi Lucu Memerang Berdoa Supaya Dapat Ikan

Aksi Lucu Memerang Berdoa Supaya Dapat Ikan
Cuba perhatikan aksi memerang ini. Dia tampak seperti sedang berdoa dengan kepala yang mendongak ke atas. Sungguh menghiburkan.
Gambar ini diambil oleh jurugambar Marac Andrev Kolodzinski yang menghabiskan masa selama dua jam di Zoo Whipsnade, Dunstable, Bedfordshire, England. Semua demi merakam saat yang menarik itu.
Marac mengaku sudah menjadi jurugambar lebih dari 20 tahun. Namun, baru kali ini beliau mendapatkan gambar yang sangat menarik seperti itu.
Untuk mendapatkan gambar berkenaan, Marac mengawasi binatang itu secara berterusan dan menunggu masa yang tepat. ” Saya harus sembunyi untuk satu masa yang lama untuk mendapatkan gambar tersebut,” kata Marac.
Andai boleh bercakap, boleh jadi memerang itu berkata,” Wahai Tuhan, izinkan aku mendapatkan ikan hari ini,”.
(SUMBER GAMBAR: DailyMail)

Jumaat, 3 Februari 2012

Rekabentuk Unik & Lucu Uncang Teh


Bosan dengan paparan uncang teh  yang biasa, 

mari kita lihat rekabentuk uncang atau pencelup teh, yang mana satu yang menjadi pilihan sahabat semua:)



 















 

 

 
 
 
 
 

Suka ..?? Kongsi Artikel ni ..


Blogsahabat



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik