Sekiranya  sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser,  kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka  untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat  witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah  saaw;
Dituntut  ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu  merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk  mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus  segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."
Menurut  guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala  penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit  tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi  badan si sakit semula.
Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua

 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan