IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Panduan Elak di Rogol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan Elak di Rogol. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mei 2012

Budak 10 tahun Baca Ayat al-Quran Elak Dirogol


                          
JEDDAH. Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.


Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah  kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh. 


 “Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.  Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.


Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.
Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu. 


“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.


Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi


**Allahuakhbar!!!


Kredit: Sumber kirana

Isnin, 24 Oktober 2011

Petua Unik Elakkan Diri Dari Di Rogol



Jika anda wanita (lelaki juga boleh mengikuti tips ini) tiba-tiba berhadapan dengan seseorang yang mahu memperkosa diri anda. Oleh itu anda harus ingat beberapa tips pelik untuk mengatasi diperkosa seperti berikut ini:

    • Katakan pada si perogol bahawa anda penghidap AIDS atau positif HIV. Ini paling penting!.
    • Katakan pada si perogol bahawa anda sedang datang bulan.
    • Katakan pada si perogol bahawa anda tengah hamil.
    • Tawarkan pada si perogol cara lain contohnya oral. Jika dia
      mengiyakannya, lakukan dan terus gigit zakarnya sekuat mungkin dan jika sanggup sehingga putus. Lalu larikan diri sejauh mungkin saat dia sedang parah.

    • Katakan pada si perogol bahawa anda menghidap penyakit sifilis.
    • Katakan pada si perogol bahawa anda baru saja melakukan pembedahan tukar jantina. Katakan bahawa anda adalah homo.
    • Jika si perogol telah membuka bajunya dan anda tidak punya cara lain,
      cuba mengalihkan perhatiannya dengan menarik bulu dadanya
      atau bulu putingnya sekuat mungkin.
    • Berpura-puralah menjadi orang gila, teruslah tertawa dan jangan
      terlihat panik, dengan demikian dia akan mengira bahawa anda sakit
      jiwa dan lalu meninggalkan anda.
    • Jika si perogol mencuba mencium anda, gigitlah lidahnya sekuat
      mungkin, jika boleh sehingga ia putus.
    • Jika semua cara tidak berhasil dan anda semakin dekat dengan
      perogol tersebut, tendang buah zakarnya sekuat hati berkali-kali!

Selasa, 2 Ogos 2011

Panduan Untuk Kaum Wanita Bagi Menghindari Rogol


•Sentiasa berwaspada dan pamerkan sifat berani anda

•Sentiasa peka - ketahui apa yang berlaku di sekeliling anda

•Jangan biar anda dipengaruhi oleh dadah dan alkohol

•Percaya gerak hati anda. Jauhi dari tempat yang mencurigakan anda

 
Ketika di rumah:

• Pastikan semua tingkap dan pintu berkunci. Pastikan ada lampu pada pintu masuk utama

•Jangan benarkan orang yang tak dikenali/ juru jual masuk ke rumah anda. Jika perlu telefon syarikat jualan langsung sebelum benarkan mereka masuk.

•Sentiasa berwaspada di tempat berisiko tinggi – tempat letak kereta, pejabat (selepas waktu kerja). Mestilah berteman jika anda berjalan pada waktu malam

•Kenali jiran anda sebagai tempat berlindung jika berasa takut/ tidak selamat

•Jangan masuk ke rumah jika anda dapati pintu terbuka. Hubungi polis.


Ketika di luar:

•Elak berjalan atau berjoging sendirian terutama pada waktu malam. Sentiasa berada di tempat yang terang

•Pakai pakaian dan kasut yang senang untuk bergerak

•Berhati-hati dengan individu yang ingin bertanya arah dari dalam kereta. Jarakkan diri anda

•Keluarkan kunci sebelum anda sampai ke pintu rumah, pejabat atau kereta

•Jika anda diikuti, tukar arah dan pergilah ke tempat yang terbuka - seperti restoran


Semasa menggunakan kereta:

•Letak kereta di tempat yang terang dan selamat

•Sentiasa kunci kereta anda - apabila keluar ataupun masuk kereta

•Lihat sekeliling kereta anda dan tempat duduk belakang sebelum masuk kereta

•Jika kereta anda rosak, angkat hud, kunci kereta dan buka lampu amaran kecemasan. Jika ada orang berhenti, buka tingkap dan minta beliau telefon polis atau perkhidmatan tunda kereta.

•Jangan menumpang kenderaan yang tidak dikenali
 

 Jika perkara tidak diigini berlaku:

•Bagaimana anda menangani cubaan merogol? Ia bergantung pada tahap fizikal dan emosi anda. Pentingkan nyawa anda

•Cuba untuk menyelamatkan diri anda - menjerit dan cuba melawan. Buat bising bagi elakkan anda diekori

•Cuba bercakap untuk melengahkan perogol. Fikirkan cara menyelamatkan diri.

•Jika perogol mempunyai senjata, cuba ikut arahannya. Nyawa anda lebih utama

•Jika anda ingin melawan, lakukan dengan cepat dan pantas. Pilih sasaran seperti mata perogol.

Jika Anda Mangsa

•Laporkan kejadian rogol atau gangguan seksual kepada polis dengan segera. Ia akan mencepatkan perogol ditangkap

•Jangan hilangkan bukti fizikal. Jangan mandi, tukar pakaian dan membuangnya sehingga pihak polis membenarkan

•Segera dapatkan rawatan di hospital atau daripada doktor peribadi anda

•Minta bantuan keluarga, rakan atau kaunselor untuk menemani anda ketika membuat laporan

•Dapatkan bantuan kaunselor bagi menangani emosi anda 

Dan Kaedah Yang Paling Mudah tapi amat-amat berkesan adalah Cengkaman Bebola Api ha ha nak nengok gambonya  Klik Sini aku tak tergamak nak siarkan kat sini...nanti kurang pulak pahala Puasa aku dan korang..

Kataku: Anda amat digalak men'klik' bila lepas berbuka atau lepas solat teraweh kalau 'klik' sekarang ditakuti pahala puasa anda akan berkurangan ataupun terbatal lak bila tenguk gambar tu nanti .Aku tak tanggung dosa kalian ok.. dosa aku pun membukit ok..Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik