Assalamualaikum,
 Kemerdekaan   negara akan disambut 31 Ogos ini. Kali ini disensasikan dengan putar  belit ceramah Timbalan Presiden PAS. Beliau bercakap perkara yang memang  fakta sejarah, tapi putar belit melalui media massa kerajaan  menyebabkan orang ramai keliru.
 Tapi ada  baiknya, rakyat akan mencari maklumat sebenar kumpulan manakah yang  benar-benar berjuang menuntut kemerdekaan  dan  kumpulan manakah yang  mengambil jalan mudah mendapat kemerdekaan dengan memijak kumpulan yang  lain?
 Tak ramai yang naikkan jalur gemilang.. kenapa?. Bukan  tak patriotik tapi dok rasa kalau naikkan bendera macam sokong kerajaan pulak .
 Beberapa  tahun dulu, penulis ada cipta pengkisahan sejarah kemerdekaan versi  penulis. Penulis paparkan dalam blog ini untuk tatapan bersama.
 Pengkisahan  Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan  di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang  bersemangat
Pengkisahan  Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan  di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang  bersemangat 24 Ogos 1511 - Setelah  hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan  Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke  tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis.
  Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.
 Perjuangan  mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan  Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A  Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.
1641 -  Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota  Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda  pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala.  Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.
1784 - Peristiwa  sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama  pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.
1824 -   Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah  membahagi Gugusan Kepulauan Melayu, satu untuk engkau, satu untuk aku.  Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek  mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta  rumpun Melayu nusantara.
 Setelah  Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk  mengambil Pulau Pinang pada 1786, kemudian Sultan Husein, Sultan Johor  diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini  bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka,  adilkah?.
 1874 -  Kekayaan bahan mentah membuka mata penjajah. Bijih timah dan minyak  adalah kekayaan tidak terkira nilainya. Inggeris mula mencipta alasan  campurtangan di negeri-negeri Melayu, seumpama Amerika mencipta alasan  untuk menyerang Iraq.
 Bermula  dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor,  Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk  menjadi kaya.
Bermula  dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor,  Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk  menjadi kaya. Bermula  dari Perjanjian Burney pada 1826 hingga Perjanjian Bangkok pada 1909,  Siam diugut dan menjadi mangsa tipu helah Inggeris mendapatkan  negeri-negeri bunga emas Siam. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu  dipaksa tunduk kepada Inggeris.
1914 -    Hanya Johor kekal merdeka. Inggeris kehilangan alasan, ketiadaan  punca. Paduka Sultan Ibrahim mula diperdaya menyingkirkan Dato’ Abd  Rahman Andak, penghalang utama Inggeris berkuasa diJohor. Johor negeri  terakhir ditakluk Inggeris.
 Sejak  pengambilan Pulau Pinang pada1786 hinggalah Johor pada 1914, semangat  mendapatkan kemerdekaan terus membara di hati orang-orang Melayu.
Mereka  sanggup mati, sanggup dipenjara, sanggup diseksa dan sanggup dibuang  negeri, namun undur tidak sekali. Lawan tetap lawan, perjuangan tetap  diteruskan.
- Dato’Maharajalela dan Dato’ Sagor mati di tali gantung Inggeris di Matang, Perak.
- Tok Janggut dibunuh dengan buluh runcing. Mayatnya diseksa, diarak dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah mengelilingi Pasir Putih, Kelantan.
- Haji Abdul Rahman Limbong, 'Peguambela' rakyat Terengganu yang ditindas, dibuang negeri ke Mekah.
- Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau diburu Inggeris dari Pahang sehingga ke Patani, Siam dan terpaksa menetap di sana.
 Mereka ini adalah pejuang agama, pejuang bangsa dan pejuang tanahair. Mereka  juga tokoh kemerdekaan. Namun darah mereka yang mengalir masih belum  mampu membebaskan negeri-negeri Melayu dari belenggu penjajah.

Awal kurun ke–20 - Kesedaran  untuk mendapatkan kemerdekaan dicetus kembali. Syed Sheikh Al-Hadi,  Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Taha lulusan Al-Azhar, Mesir  mencetuskan idea pembaharuan Islam melalui Kaum Muda.
 Desakan dan tuntutan janji kemerdekaan dari Jepun oleh Ibrahim Haji Yaakub menyebabkan Jepun mengotakan janji mereka.
 Ibrahim  Haji Yaakub bersama Sukarno dari Indonesia ke Jepun bagi merundingkan  kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu dengan nama Negara Melayu  Raya.
Ibrahim  Haji Yaakub bersama Sukarno dari Indonesia ke Jepun bagi merundingkan  kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu dengan nama Negara Melayu  Raya. Sukarno  pulang dan mengisytiharkan kemerdekaan oleh Jepun. Kemerdekaan sudah  hampir kepada Tanah Melayu, namun bom atom Amerika ke atas Nagasaki dan  Hiroshima memusnahkan segalanya. Ibrahim Haji Yaakub tidak sempat  mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.
 1946 - Malayan  Union diperkenalkan. Peluang Dato’ Onn mencetuskan kebangkitan  orang-orang Melayu. Kongres Melayu SeMalaya mengumpulkan semua persatuan  Melayu melahirkan umno. Tentangan orang-orang Melayu menguburkan  Malayan Union.
 April 1947 -  PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock  gabungan parti-parti politik Melayu dan Cina mengemukakan Perlembagaan  Rakyat bagi mengantikan Malayan Union tetapi ditolak Inggeris kerana  menjejaskan kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.
 Jun 1948 - Pengisytiharan darurat. Inggeris menggunakan kesempatan ini untuk menangkap pemimpin Melayu yang tidak disenangi Inggeris Dr.  Burhanuddin Helmi, Ishak HajiMuhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Ust.  Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi disumbat ke penjara di bawah  undang-undang kejam Inggeris.
 Kini  hanya umno 'anak didik British'  satu-satunya parti Melayu menjadi tempat pergantunggan  orang-orang Melayu selepas banyak parti yang mendapat sokongan terbesar  orang Melayu seperti PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin diharamkan dan  ramai pemimpin Melayu ditangkap.
 1955 -    Pilihanraya umum pertama di Tanah Melayu, Perikatan gabungan umno, MCA  dan MIC menang besar dalam pilihanraya ini. Tunku Abdul Rahman Putra  Al-Haj pengganti Dato’ Onn yang meletak jawatan, memimpin umno dan  menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.
 1 Jun 1956 - Tunku  dan rombongan merdeka berangkat ke London dari Singapura menaiki kapal  hingga Karachi dan kemudiannya menaiki kapal terbang ke London.
 8 Feb 1957 -  Tuntutan kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani di Lancester  House, London antara Tunku dan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Alan  Lennox Boyd, bagi pihak Inggeris. Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan  baru dibentuk.
 21 Feb 1957 - Rombongan  Tunku tiba di Padang Merdeka, Melaka dengan disambut puluhan ribu  rakyat yang menunggu pengumumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.
 9 Mei 1957 - Tunku sekali lagi pergi ke London untuk meneliti persiapan akhir kemerdekaan.
 31 Ogos 1957 - 12.01  dinihari di Padang Kelab Selangor bangunan Sultan Abdul Samad, bendera  Inggeris Union Jack diturunkan buat kali terakhir dan diganti dengan  bendera Persekutuan Tanah Melayu disaksikan ribuan penduduk.

 Kredit : Tulahan 
P/s: Walaupun kita pernah dijajah oleh tiga kuasa besar yakni  Portugis, Belanda dan Inggeris..takda atau jarang kita dengar orang-orang Melayu murtad. ..begitu mantap iman mereka yang terdahulu..Tapi selepas penjajah pulang ke negara  mereka masing-masing dan kita pun Merdeka sudah 50tahun lebih... ramai pulak umat Melayu yang dibelit oleh KeMURTADan apa erti merdeka ..Walau bagaimanapun aku tetap CINTAKAN MALAYSIA..tapi Allah dan Nabinya yang utama. Walaupun merdeka Kita masih lagi Hamba NYA.Merrdekaa!

 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan