 
  Rosnah menunjukkan  telefon bimbit yang digunakan Siti Munirah yang maut dipanah petir di  Kampung Belimbing, Tanah Merah semalam. 
TANAH MERAH – “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin (gambar), 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia  di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan  terbakar pada telinga, rambut dan punggung.
Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam  setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah  untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.
Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut.
Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini.
Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti  Munirah pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila  mendapat tahu kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat  sini.
“Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya  di dalam rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama,  dia terus keluar dari rumah./ kosmo!
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan