Beberapa jenis serangga dibenci kerana menjijikkan dan kadang-kadang menyebarkan kuman penyebab berbagai penyakit merbahaya.
Di sudut lain, ternyata serangga ini memberikan manfaat tertentu bagi ekosistem global.
Di sudut lain, ternyata serangga ini memberikan manfaat tertentu bagi ekosistem global.
1. Nyamuk
Selain  menyebarkan malaria, nyamuk juga menyebarkan  beberapa penyakit merbahaya yang lain seperti demam berdarah, chikungnya  dan kaki gajah. Tanpa ada  kuman yang disebarkan, gigitannya itu sendiri  sudah sangat mengesankan kerana menyebabkan gatal-gatal dan bintik  kemerahan.
 
  Namun beberapa  spesies memerlukan nyamuk dan larva atau  jentik-jentiknya untuk  dimakan. Misalnya katak, kelawar, malah   tumbuhan seperti kantong  semar. Tanpa ada nyamuk, kepupusan atau pola  migrasi binatang liar boleh berlaku. 
2. Ulat Rengga
Dalam  filem-filem horor, ulat ini  selalu digambarkan  sebagai pemakan bangkai yang menyeramkan sekaligus  menjijikkan. Malah   kadang-kadang berlebihan, kemunculannya pada mayat sering  dikatakan  sebagai  azab orang berdosa.
 
 Sedangkan  dalam ilmu  pengetahuan, ulat ini boleh dimanfaatkan untuk  praktik perubatan yang  disebut maggot debridement therapy (MDT).  Ulat yang merupakan larva  lalat atau kumbang itu diletakkan ke  luka  dengan cara tertentu agar  tidak merebak, sehingga boleh memakan  bakteria yang menjadi punca penularan penyakit.
3. Lalat
Di  mana ada sampah dan bau busuk, di situlah lalat  akan selalu muncul.  Kesan kotor sudah pasti melekat pada serangga  terbang yang sukar sekali  ditangkap dengan tangan kosong.
 
  Sama seperti nyamuk,  lalat juga diperlukan oleh beberapa spesies  sebagai makanan utama.  Selain itu, telur lalat akan menetas menjadi  ulat dan membantu  penguraian sampah dan material organik yang  mengotori persekitaran. 
4. Lipas
Permukaan  badan yang berkilat tidak mengurangi kesan kotor serangga ini. Warna hitam dan antena lipas yang selalu  bergerak sering merangsang  tindak balas untuk mengambil penyapu untuk memukulkannya.
 
 Sebenarnya  lipas mempunyai perilaku hidup bersih yang seperti  dengan  kucing,  iaitu sering menjilat badannya sendiri agar sentiasa bersih / higienis . Di  samping itu penyelidikan membuktikan otak lipas mengandungi  paduan  anti bakteria yang boleh membasmi kuman besar.gugling
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan