 
 Dari kiri: Cat, Wangi, Zizi dan Adeep
KL: Salah seorang ahli  kumpulan The Fabulous Cats  (TFC), Adeep  atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar, nekad untuk  keluar daripada  kumpulan tersebut dan bersara sebagai seorang penyanyi  selepas membuat  keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah. 
Jelas pandangannya adalah pandangan terbaik dan ikhlas kerana  sanggup meninggalkan rakan-rakan di saat nema kumpulan mereka mulai  gemilang. Ia lebih mementingkan kerja-kerja untuk agama, yang sepatutnya  menjadi contoh kepada artis-artis lain.
Menurut ketua kumpulan itu, Cat Farish, dia menghormati  keputusan  Adeep walaupun dia tahu TFC kini kekurangan seorang ahli yang  berbakat  dalam bidang muzik.
"Kali terakhir kami dapat membuat  persembahan bersama iaitu pada  sebulan lalu di Sungei Wang Plaza. Kalau  nak diikutkan, sudah lama dia  berhasrat untuk bersara daripada  kegiatan muzik.
"Memang sebelum ini Adeep banyak membantu dalam  penciptaan lagu-lagu  TFC. Bagaimanapun nasib baiklah seoarnag lagi  anggota TFC iaitu Zizi  sudah pandai menghasilkan lagu." katanya.
Bagaimanapun, Cat gembira dengan perubahan Adeep tetapi enggan mengganggu urusan kehidupan peribadi rakannya itu selepas ini./mStar) 
Kataku: Semoga ramai lagi artis mendapat petunjuk dari Allah S.W.T. Jangan hanya artis sahaja kita harap berubah... kita juga patut berubah kearah yang lebih baik, bukan hanya selesa di takok lama.Wallahu'alam.
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan