
Assalamualaikum semua ... Sahabat satu dunia.Harap sihatlah ya. Sebut hal-hal mati ni memang orang tak suka sangat walaupun kita semua akan menuju kesana juga nanti. Mengingati mati sebenarnya bukanlah sifat   negatif, malah ianya merupakan sifat positif yang dituntut kerana ianya   boleh menghidupkan jiwa kita untuk lebih produktif agar lebih maju,   bersatu dan lebih giat berusaha untuk kejayaan di dunia dan akhirat. 
Hati kita perlu dihidupkan dengan mengingati mati. Persoalan sekarang   ialah dimana kedudukan hati kita.Cuba sahabat bayangkan jika seseorang itu sentiasa mengingati MATI adakah ia akan mencuri,merogol ataupun memakan rasuah... tidak bukan..?! Itulah kebenaran yang Rasulullah ingin sampaikan kepada kita, itu pun kepada sesiapa yang mahu berfikir. 
Dimanakah kedudukan kita dari 3   keadaan manusia berikut; 
  1) Manusia yang lupakan mati. 
  2) Manusia yang takut mati.
 
  3) Manusia yang ingat mati. 
Cukuplah  kematian sebagai Tazkirah.  Daripada Ibnu Umar, bertanya seorang Ansar  kepada Rasulullah, 
"Wahai Nabi  Allah, siapakah orang yang paling cerdik  dan paling teguh?" 
Rasulullah  SAW  bersabda, "Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya,   mereka itulah orang yang cerdik" 
(Kitab Baghyatul Haris, vol.1).
(Kitab Baghyatul Haris, vol.1).
MANUSIA LUPAKAN MATI.
Ada   manusia sengaja melupakan mati kerana ingin terus bergembira di dunia   dan mati baginya seolah2 tidak perlu difikirkannya. Malah mereka sering   mengatakan "..kalau asyik ingat mati je, macamana kita nak maju dan   berjaya". Golongan ini hanya akan ingat mati apabila ditimpa kesakitan.   Minta jauh dari sikap sebegini. 
MANUSIA TAKUTKAN MATI.
Bagi golongan ini, mati merupakan 1 trauma yang sangat meresahkan. Mereka ingat mati, namun kesan ingatan mati mereka adalah negatif. Kalau boleh mereka tak ingin wujudnya istilah mati. Sikap ini menyebabkan kemurungan dan sering termenung. Ini berlaku kerana mereka tidak mendapat tarbiah rohaniah yang betul menyebabkan ni jiwa mereka sudah "mati' sebelum mati. In juga berpunca kerana kekurangan ilmu tentang kematian dan tidak bersedia menghadapi mati disebabkan kejahilan dan lambakan dosa2 yang tidak diminta ampun. Golongan ini ubat dia adalah mesti segra bertaubat.
Manusia yang bersedia menghadapi mati akan sentiasa:
1) Berbuat baik (pada diri sendiri, keluarga & masyarakat). 
2) Tabah hadapi ujian (redha dengan segala ujian Allah demi mengharapkan kesenagan akhirat). 
3) Segera bertaubat (kerana perkara paling hampir adalah mati). 
MANUSIA INGAT AKAN MATI.
Golongan   ini mempunyai fikiran yang sentiasa menumpukan pada matlamatnya. Ini   lah rahsianya mengapa Islam menyarankan agar umatnya sentiasa mengingati   mati.  Ingat akan mati bukannya sesuatu yang pasif dan jumud, bahkan   sesuatu yang dinamik, aktif dan produktif. Ini kerana fokus kepada   "KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIAN" memerlukan kita berusaha bersungguh2 didunia sekarang (iaitu sebelum kita mati) sebagai bekalan nanti. 
Semoga  kita dapat memupuk sikap mengingat  mati dalm jiwa kita seterusnya  mencintai mati. Semoga umat manusia  sekarang menjadi generasi yang  mencintai mati. 
, 
Hari itu saya ada bagi sumbangan  sikit dekat orang yang datang ke rumah minta derma untuk pembinaan satu  sekolah agama, dia orang ada bagi saya satu risalah ini, mula-mula dapat aku terus baca ianya amat mengecutkan perut... bila aku tenguk diri aku yang kurang serba-serbi ni. Risalah itu mengenai saat kematian semua anak Adam tak kira lelaki ataupun perempuan. Hayatilah ianya sampai habis ok.
9 TANDA - TANDA SAAT KEMATIAN
1. 100 hari, seluruh badan rasa bergetar
2. 60 hari, pusat rasa bergerak gerak
3. 40  hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan       malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu  mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan  mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan  akan orang kelihatan seperti sedang runsing
4. 7 hari, mengidam makan
5. 5 hari, anak lidah bergerak gerak
6. 3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak gerak
7. 2 hari, seluruh dahi bergerak gerak
8. 1 hari, terasa bahagian ubun bergerak gerak di antara waktu subuh dan asar
9. Saat akhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di  
bahagian belakang badan)
Seelok- eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap cakap.
BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA
Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :
"Apabila  telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan  malaikat ke dalam lubang lubang kecil di dalam badan dan kemudian mereka  menarik rohnya melalui kedua dua telapak kakinya sehingga sampai ke  lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk  menarik roh dari lutut sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka  keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik  rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.  Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik  roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan  saat nazak orang itu"
Sambung Rasulullah S.A.W lagi :
"Kalau  orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan  menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu  dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu  melihat Syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di  sekeliling nya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan  melihat terus pandangan nya kepada sayap Jibrail A.S.
Kalau orang  yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap  disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di  Neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang  sekelilingnya, ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat Neraka  yang akan menjadi tempat tinggalnya."
WallahuA'lam dan Wassalam.
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan