"Apa nak buat dah  di takdirkan  aku ni miskin.. nak buat macam lagi terima ajelah..". Begitulah keluhan ada dia antara kita bila di uji dengan musibah kemiskinan, kesusahan , kejahilan dan berbagai lagi di dunia ini. Tapi bolehkah kita mengubah takdir diri kita ini ? Jawapannya ... Boleh. Tapi bagaimana..
 
 Banyak orang malas yang menjadikan takdir sebagai dalih atas kemalasannya. Padahal, takdir itu boleh diubah. Memang, tidak semua takdir boleh diubah. Misalnya, jika kita ditakdirkan sebagai seorang laki-laki, tidak boleh diubah menjadi seorang perempuan. Kita memang tidak boleh mengubah takdir yang sudah terjadi sebab waktu memang diciptakan tidak boleh ke belakang. Yang dimaksud mengubah takdir disini ialah mengubah takdir dimasa mendatang.
 Lalu bagaimana cara kita mengubah takdir? Cara yang benar dan tepat,  tentu saja harus bersumber dari Pembuat takdir yang tiada lain Allah SWT  melalui Al Quran dan Hadits Nabi saw.
 Bagi Anda yang belum tahu, bahawa takdir boleh diubah, silahkan semak hadis berikut:
 Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda : “Barangsiapa  hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan  untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada  permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat  bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada  yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba  Allah pada doa”. (HR Turmudzi dan Hakim)
Cara Mengubah Takdir
Mengubah Takdir Dengan Berdoa.
 Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk  mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya  Allah menggantinya dengan takdir baru. Tetap, Allah yang menetapkan  takdir. Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada  hadis diatas.
Cara Kedua adalah bersedekah. Rasulullah SAW pernah bersabda : “Silaturrahmi dapat memperpanjang umur dan sedekah dapat merubah taqdir yang mubram” (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)
Cara Ketiga adalah bertasbih. Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah bersabda :
 “Mahukah  kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu  ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan  kesedihan itu?  Para sahabat menjawab : “Ya, wahai Rasululullah, Rasul  bersabda “Iaitu doa “Dzun-Nun : “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU  MINADH-DHOLIMIN” (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau,  sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”). (H.R. Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim).
Cara keempat ialah  dengan berselawat ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu  Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala  selawatnya untuk Rasulullah SAW, maka Rasul berkata kepada orang  tersebut : “Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni” (H.R Imam Ahmad At-Tabroni)
 Jadi, jangan berhenti berdoa dan berusaha. Seburuk mana pun kedudukan  masa ini, semuanya masih boleh berubah. Bagaimana pun pahitnya  pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh berubah. Optimis selalu Anda  boleh mengubah takdir Anda menjadi lebih baik.
 Rujukan :
 http://www.motivasi-islami.com/rahasia-mengubah-takdir/
 SUMBER: PERIBADIRASULULLAH
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan