| Kartunis Laknat Kurt Westergaard | 
DAMMAM: Seorang mahasiswi yang belajar di Amerika Syarikat mengaku bertanggung jawab memusnahkan 23 laman sesawang Denmark yang menghina Nabi Muhammad, menurut laporan Al-Madinah, semalam.
Nouf Rashid berkata, dia menggodam laman sesawang Denmark yang merujuk  kepada kartun Nabi Muhammad dan kandungan yang pada pandangannya,  meragukan.
Katanya, dia turut memusnahkan beberapa sesawang porno dan menggodam  sistem komputer lelaki yang cuba memeras gadis dengan mengugut akan  menyiarkan gambar peribadi mereka.
Dia belajar menggodam kerana mahu mencuba sesuatu yang baru di dalam bidang Teknologi Maklumat.
Nouf berkata, dia memasuki dunia penggodaman untuk menyelamatkan seorang  gadis dari seorang lelaki yang mahu mengahwini gadis itu dan telah  memperolehi foto peribadinya.Kawan kepada gadis itu telah meminta tolong  daripada Nouf yang berada di Amerika Syarikat untuk mencari siapa  penggodam itu.
“Saya telah menghubungi kawan-kawan penggodam dan belajar daripada  mereka cara-cara untuk menggodam internet,” katanya. “Sejak itu saya  membantu ramai gadis yang telah diperas ugut melalui gambar peribadi  mereka. Dengan izin Allah, saya berjaya pecah masuk ke sistem mereka dan  memadam gambar-gambar itu.” katanya.
Kata Nouf, dia berjaya menggodam beberapa laman sesawang Denmark yang memburukkan Rasulullah dan terus menutupnya. 
[HM]  
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan