
10 Syaaban 1432H. [MOD] -
KUALA  LUMPUR – Kepada mereka yang memiliki cicak yang popular dengan  panggilan cicak tokek dan berhasrat untuk menjual kepada pelanggan  beragama Islam mungkin boleh berfikir dua kali kerana ia adalah haram  dimakan.
Muzakarah  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan baru-baru ini menetapkan cicak  besar tersebut tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan serta  mengandungi racun.
Bagaimanapun  dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web e-fatwa itu  berkata, pengecualian diberi untuk tujuan perubatan dengan hukumnya  adalah harus.
“Namun  sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang  membuktikan bahawa cicak itu mampu menjadi penawar atau mengubati  penyakit-penyakit tertentu,” katanya.
Kosmo!
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan