 Sleep Paralysis, pada masa  mengalami ini biasanya kita akan sukar sekali bergerak dan   kemudian ada sedikit rasa sejuk menjalar dari hujung kaki ke seluruh   tubuh.
Sleep Paralysis, pada masa  mengalami ini biasanya kita akan sukar sekali bergerak dan   kemudian ada sedikit rasa sejuk menjalar dari hujung kaki ke seluruh   tubuh.  Untuk boleh bangun, satu-satunya cara adalah menggerakkan hujung   kaki, hujung tangan atau kepala secepat-cepatnya hingga seluruh tubuh   boleh digerakkan kembali,biasanya disertai juga dengan munculnya   bayangan kegelapan. 
  Keadaan inilah yang dikatakankan  “ketindihan” makhluk   halus oleh sebahagian besar orang.  Berdasarkan fakta perubatan, keadaan  ketika orang  akan tidur atau bangun tidur merasa  sesak nafas seperti dicekik, sesak  dada, badan sukar bergerak dan sukar  bersuara disebut sleep paralysis  atau tidur lumpuh (kerana tubuh tidak  boleh bergerak dan seperti rasa  lumpuh).  Hampir setiap orang pernah  mengalaminya. Sekurang-kurangnya sekali  atau dua  kali dalam hidupnya.
 Sleep paralysis boleh terjadi pada siapa sahaja, lelaki atau perempuan, dan umur kebanyakan orang yang pertama kali mengalami gangguan tidur ini adalah 14-17 tahun.
 Sleep paralysis atau tindihan ini memang boleh  berlaku  dalam kiraan saat hingga minit. Yang menarik, semasa  tindihan terjadi  kita sering mengalami halusinasi, seperti melihat  sosok atau bayangan  hitam di sekitar tempat tidur. Tidak hairan, fenomena  ini pun sering  dikaitkan dengan hal mistik. 
  Di dunia Barat, fenomena tindihan sering disebut mimpi buruk inkubus   atau old hag berdasarkan bentuk bayangan yang muncul. Ada juga yang   merasa melihat agen rahsia asing atau alien. 
  Sementara di beberapa   lukisan abad pertengahan, tindihan digambarkan dengan sosok roh jahat  dudu atas dada seorang perempuan hingga ia ketakutan dan sukar bernafas. 
  Kurang Tidur
 Menurut Al Cheyne, peyelidik dari Universiti Waterloo, Kanada, sleep paralysis, adalah sejenis halusinasi kerana adanya malfungsi tidur di tahap rapid eye movement (REM).
 Sebagai pengetahuan, berdasarkan  gelombang otak, tidur terbahagi kepada 4  tahap. Tahap itu adalah tahap  tidur paling ringan (kita  masih  setengah sedar), tahap tidur yang lebih dalam, tidur paling dalam  dan  tahap REM. Pada tahap inilah mimpi terjadi. 
  Semasa keadaan tubuh  terlalu letih atau kurang tidur, gelombang otak tidak  mengikuti tahap  tidur yang sepatutnya. Jadi, dari keadaan sedar (semasa  hendak tidur) ke  tahap tidur paling ringan, terus melompat ke  mimpi (REM).
Ketika otak mendadak terbangun dari tahap REM tapi tubuh belum, di sinilah sleep paralysis terjadi. Kita merasa sudah sedar, tapi tubuh tidak boleh bergerak. Ditambah lagi adanya halusinasi muncul sosok lain yang sebenarnya ini merupakan ciri khas dari mimpi.
 Ketika otak mendadak terbangun dari tahap REM tapi tubuh belum, di sinilah sleep paralysis terjadi. Kita merasa sudah sedar, tapi tubuh tidak boleh bergerak. Ditambah lagi adanya halusinasi muncul sosok lain yang sebenarnya ini merupakan ciri khas dari mimpi.
 Selain itu, sleep  paralysis juga boleh disebabkan sesuatu yang tidak  dapat dikawal.  Akibatnya, muncul tekanan dan terbawa ke dalam mimpi. Persekitaran kerja  juga ikut mempengaruhi. Misalnya, anda bekerja  shift sehingga  kekurangan tidur atau mempunyai pola tidur yang tidak  teratur. 
  Walaupun biasa terjadi, gangguan tidur ini patut diambil perhatian. Ini kerana  sleep  paralysis boleh juga merupakan pertanda narcolepsy (serangan tidur   mendadak tanpa tanda-tanda mengantuk), sleep apnea (berdengkur),   kecemasan, atau depresi. 
  Jika anda sering mengalami gangguan tidur ini,  sebaiknya buat catatan  mengenai pola tidur selama beberapa minggu. Ini  akan membantu anda  mengetahui penyebabnya. Lalu, atasi dengan  mencari punca. Bila  tindihan diakibatkan terlalu letih, cuba lebih  banyak beristirahat. 
Kurang tidur pun tidak boleh dianggap remeh. Jika sudah menimbulkan sleep paralysis, keadaan ini bererti sudah berat. Segera evaluasi diri dan cukupkan tidur. Usahakan tidur 8-10 jam pada jam yang sama setiap malam.
 Kurang tidur pun tidak boleh dianggap remeh. Jika sudah menimbulkan sleep paralysis, keadaan ini bererti sudah berat. Segera evaluasi diri dan cukupkan tidur. Usahakan tidur 8-10 jam pada jam yang sama setiap malam.
 Perlu diketahui juga, seep  paralysis umumnya terjadi pada orang yang  tidur dalam posisi terlentang  (wajah menghadap ke atas dan hampir nyenyak  atau dalam keadaan hampir  terjaga dari tidur). Itu sebabnya, kita perlu  sering mengubah posisi  tidur untuk mengurangi risiko diserang gangguan  tidur ini. 
  Jika  tindihan disertai gejala lain, ada baiknya segera berjumpa doktor, pakar tidur  atau laboratorium tidur untuk diperiksa lebih lanjut.  Biasanya doktor  akan menanyakan bila tindihan bermula dan sudah  berlaku berapa  lama. Catatan yang telah anda buat tadi akan sangat  membantu ketika  mendapat rawatan doktor. 
Mitos Sleep Paralysis Di Berbagai Negara:
 Mitos Sleep Paralysis Di Berbagai Negara:
- Di budaya Afro-Amerika, gangguan tidur ini disebut the devil riding your back atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.
- Di budaya China, disebut gui ya shen atau gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.
- Di budaya Mexico, disebut se me subio el muerto dan dipercayai sebagai kejadian adanya arwah orang meninggal yang menempel pada seseorang.
- Di budaya Kamboja, Laos dan Thailand, disebut pee umm, merujuk pada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegang atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.
- Di budaya Island, disebut mara. Ini adalah kata kuno bahasa Island. Ertinya hantu yang duduk atas dada seseorang di malam hari, berusaha menjadikan orang itu sesak nafas dan mati lemas.
- Di budaya Tuki, disebut karabasan, dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang semasa tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.
- Di budaya Jepun, disebut kanashibari, yang secara sastera diartikan mengikat sehingga diertikan seseorang diikat oleh makhluk halus.
- Di budaya Vietnam, disebut ma de yang ertinya dikuasai syaitan. Banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.
- Di budaya Hungari, disebut lidercnyomas dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang semasa tidur.
- Di budaya Malta, gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (isteri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut. Dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus meletak benda dari perak atau sebilah pisau di bawah bantal semasa tidur.
- Di budaya New Guinea, fenomena ini disebut Suk Ninmyo. Ini adalah pokok keramat yang hidup dari roh manusia. Pokok keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. Namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pokok ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.Erikakaputera
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan