Salam,
 
 gambar hiasan
Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang    hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis   Melayu.  Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib   di dada  mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin    merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke    pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni    keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah    terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan    seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan    tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1.    Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua    itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah    ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa.    Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran    sempit.
2.    Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis    berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata    menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan    begitu.
Kita    tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau    kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu    bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus    diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo    tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main    sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau    kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari    Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
“Ibnu    Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung    rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya    (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang    meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan    hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak    menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh    memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad  juga.   Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar    sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar    ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.Ummu Abbas-keranacinta
Wassalam
   
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan