Semua   pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk   HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk   lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik   (DNA) babi dalam produk berkenaan.
Menurut   Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),   Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan   mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri   masing-masing kepada Jakim.
"Jakim   sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan   Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
"Mereka   juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada   pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam   kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan   Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik   balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk   Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.
Penarikan   sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan   mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April   lalu. - Utusan
Tak bolehkah produk yang didapati "haram" oleh JAKIM walaupun diberi pengakuan "halal" oleh syarikat terbabit dihentikan terus dari berada di pasaran atau diberi tempoh yang munasabah, sebelum boleh memasarkan semula produk tersebut.Jangan Dok main-main dengan babi ni....sensitif ooooooo...
Ulasan 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan