1. TELEFON BIMBIT
 Seorang wanita kehilangan handbag yang mengandungi handphone,kad  kredit,beg duit dan sebagainya. Lima belas minit kemudian dia menelefon  suaminya. Suaminya berkata “Abang menerima sms dari awak yang meminta no  pin kad bank, dan saya baru sahaja membalasnya”.
 Kemudian dia terus ke bank untuk ‘block’ kadnya tetapi terlambat kerana wangnya telah di ‘withdraw’ pencuri tersebut.
 Pengajaran dari cerita di atas:
 1. Jangan menerangkan hubungan di dalam contact list. Elakkan  menggunakan nama Home, Abang Sayang, Honey, Sweetheart, Mak, Abah dan  sebagainya.
 2. Jika mendapat SMS yang bertanyakan pasal sekuriti, sila confirmkan semula.
 3. Lagi jika anda menerima SMS family, kawan-kawan, orang tersayang  yang mengajak anda keluar, berjumpa di mana-mana, juga confirmkan  semula.
 2. GPS

Sekeluarga sedang menonton perlawanan bolasepak di stadium apabila kereta mereka dipecahkan oleh perompak. Di dalam kereta tersebut terdapat GPS, remote pagar rumah, kunci rumah dan sebagainya.
Apabila pencuri tersebut menjumpai rumah mereka, mereka merompak pula rumah mereka dan semua barangan berharga habis dikebas.
 Pengajaran dari cerita di atas:
Pencuri tersebut menggunakan GPS untuk mencari rumah mereka. Pencuri  tersebut menggunakan remote pagar rumah dan kunci untuk mereka menyamun  bersih rumah mereka pula kerana pencuri tersebut tahu mangsa sedang  menonton perlawanan bolasepak dan mereka mempunyai banyak masa.
 So jika korang menggunakan GPS jangan letakkan alamat ruamah  didalamnya. Letakkan alamat yang berdekatan spt stesyen minyak,kedai dan  sebagainya. Jadi anda boleh mencari rumah anda (jika perlu) dan pencuri  tidak tahu di mana rumah anda.
 3. PERBANKAN INTERNET
Seorang yang membayar bil secara online dan mencetaknya kemudian ditinggalkan di atas meja. Pada malam itu, rumahnya dirompak dan perompak tersebut itu tahu dia menggunakan perbankan internet selepas menjumpai salinan pembayaran yang dicetak.
Perompak tersebut telah memaksa mangsa memberitahu password perbankan internet dan membuat money transfer pada malam itu juga.
 Pengajaran dari cerita di atas:
Jika anda pengguna perbankan internet yang aktif, salinan pembayaran  yang anda cetak hendaklah disimpan dalam fail dan disimpan, jangan  bersepah-sepah. Anda boleh juga membuat print screen dan menyimpan di  fail microsoft word atau dalam bentuk gambar dengan aplikasi Paint.
 Sumber : www.isuhangat.net
 
 



perbankan internet... macam tu senang la polis nak carik perompak tu. siasat balik pada akaun siapa duit di transfer.. tak bijak langsung
BalasPadamye tak ya da..
BalasPadam