Tak perlu berbelanja  besar dan senang di cari.Cara yang paling mudah dan murah untuk  kuruskan badan kerana satu kajian di Amerika Syarikat telah mendapati  dengan meminum air dua gelas air setiap kali selepas makan boleh  membantu menurunkan berat badan.
 
Kajian oleh  kumpulan  penyelidik Institut Politeknik Virginia dan Universiti Negeri Virginia  mendapati kumpulan yang mengamalkan kaedah tersebut ketika berdiet  berjaya menurunkan berat badan dengan kuantiti lebih besar.
 
Dibentangkan  pada persidangan tahunan Persatuan Kimia Amerika,kajian itu menyatakan  mereka yang mengamalkan minum air  hilang purata tujuh kilogram dalam  tempoh tiga bulan iaitu 2.3kg lebih banyak daripada mereka yang tidak  megamalkannya.
 
Orang ramai diminta meminum lebih air kosong  dan kurangkan air bergula atau berkalori tinggi.Rahsia keberkesanan  kaedah tersebut adalah mudah kerana seseorang akan berasa cepat kenyang  dan makan dengan sedikit sekiranya perut dipenuhi air.
Sumber:borak kosong
 
Sumber:borak kosong
Kata ku: Makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang lagi senang dan mudah..ye tak
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan