Kini sudah sekian banyak kita menghadali delima tentang benar. Pembongkaran tentang sejarah, pemberitahu tentang kejadian Semasa, mendengar cakap dan membaca berita, sumber yang Dikata saheh, mutawatir, ahad dan sebagainya selalu juga Dipertikai tentang apakah ia benar? Sehingga Al-Qur`an yang dianggap benar dan suci itu sendiri Ada yang mempertikainya tentang kebenaran isi dan kebenaran hikmat, kebenaran akibat sehingga menimbulkan berbagai-bagai keraguan pula.
Saya terima satu e mail dari seorang kawan “Barajiwa’ yang dia pula terima dari seorang kawannya yang sedang membuat PhD di luar negara. Amat mengejutkan satu tesis yang menyongsangkan tradisi pemikiran kita selama ini. Tapi saya tetap terima kerana ia sangat
menunjukan sebagai pencari kebenaran.
Adakah ia sama dengan penemuan dari mereka yang dalam keadaan jumud perihal bukan Islam boleh berdiri dan bercakap dalam masjid? Orang bukan Islam menziarahi masjid dan mendoakan bukan Islam Agar mendapat hidayah?
Kongsilah bersama membaca tulisan di bawah ini.
Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku  lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara  berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia  bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu  dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat  dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa  dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan  memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan  mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun  kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -
1.  Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel.  Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana  beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2.  Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan  terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada  tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga  tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome  telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula  lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini  sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang  beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa  kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan  Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada  tentera yang bukan Islam.Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak  dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan  kisah para sahabat dalam mentadbir…

Beliau  juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam  untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera  German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu  sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…


Hitler  juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka  serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam  mentadbir…

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau  juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi  mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang  beragama Islam untuk membunuh Yahudi…



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Semua  maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku  untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah  apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti.  Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan  pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama  tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…
Hitler  berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan  dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan  bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud  yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam  buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek  tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan  tindakan beliau ke atas Yahudi…
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler  telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam  ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera  German.
” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha  Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua  perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin  bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban  dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”
3.  Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar  semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para  doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan,  sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak  untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya  menyentuh arak?”
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…
Bukanlah  tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler,  tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh  pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan